Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Wany Hasrita buat kejutan, Khai Bahar ulangi kejayaan di ABPBH31


Hello pembaca kesayangan,



Wany Hasrita paling popular di ABPBH31

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 31 (ABPBH31) sudah pun berakhir. Diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada hari Ahad, 7 Oktober 2018 lalu, ABPBH31 disaksikan hampir enam juta penonton sepanjang tempoh 3 jam bersiaran. Penyanyi Wany Hasrita membuat kejutan apabila dinobatkan sebagai Artis Paling Popular, membawa pulang sebuah kereta Citroen Picasso C4 yang berharga RM126,000 serta trofi. Tahniah Wany Hasrita! Video You Tube lagu Menahan Rindu Wany Hasrita telah ditonton oleh lebih dari 30 Juta Penonton. Hebat, kan. Patut lah Wany Hasrita menang!


Misz-ella dan Khai Bahar

Sementara itu penyanyi Khai Bahar mengulangi kejayaan apabila sekali lagi dinobatkan sebagai Penyanyi Lelaki Paling Popular ABPBH31. Well, siapa lah yang tak kenal Khai Bahar, kan. Khai Bahar adalah antara penyanyi muda yang Misz-ella paling suka interview. Dia sentiasa mesra, ramah dan sentiasa melayan para peminatnya tak kira di mana dia berada. Misz-ella pun suka Khai! Teringat satu ketika dahulu masa Misz-ella interview Khai, Khai dengan rendah diri katakan 'peminat saya semuanya makcik-makcik, Kak'. Tak betul tu adik sebab sejarah sudah membuktikan yang satu Malaysia minat awak. Bukan makcik-makcik je tau. Sehingga ke hari ini, Khai telah menerima 18 anugerah sepanjang dua tahun berada di dalam industri seni tanah air ini. Paling membanggakan ialah sikap Khai yang sentiasa merendah diri. Betul lah kata Abang Bad (dari Rojakdaily), orang-orang hebat biasanya kebanyakannya sentiasa merendah diri.




Pelakon terkenal Fazura dan suaminya Fattah Amin pula pulang dengan senyum besar apabila memenangi kategori Pelakon TV Wanita Popular dan Pelakon TV Lelaki Popular.




Penyanyi dan pelakon era 70an, Noor Kumalasari menerima Anugerah khas, Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat di atas sumbangan beliau di dalam pelbagai cabang seni. Misz-ella pun peminat Noor Kumalasari ni tau!


Lain-lain pemenang ABPBH adalah :-



Artis Baharu Lelaki Popular  
Fendy Bakry
Artis Baharu Wanita Popular 
Farah Nabilah
Pelakon Filem Lelaki Popular 
Zul Ariffin
Pelakon Filem Wanita Popular 
Emma Maembong
Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular
Syamel & Ernie Zakri
Artis Komedi Popular  
Zizan Razak
Artis Versatil Popular 
Alif Satar
Pengacara TV Popular 
Neelofa
Penyampai Radio Popular  
Haziq (Hot FM)


Kategori Online
Gandingan Serasi Drama Popular 
Fattah Amin & Nur Fazura
Gandingan Serasi Filem Popular 
Zul Ariffin & Nur Fazura
Artis Sensasi Popular 
Neelofa
Instafamous Cilik Popular 
Arif Jiwa
Personaliti Media Sosial Popular 
Fatimah Omar Mukhlis



Tahniah TV3 di atas kejayaan menganjurkan ABPBH31 dan Terima Kasih sekali lagi kerana tidak pernah lupa menjemput Misz-ella ke majlis gilang gemilang ini. Jumpa lagi di tahun hadapan, ya!

0 comments: