Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Dache Colours of Rama-Rama di London Fashion Week 2018


Hello pembaca kesayangan,


Kali ini Misz-ella nak kongsikan tentang Dache - satu jenama fesyen oleh rakyat Malaysia yang mungkin asing dikalangan kita tetapi telah menempah nama di pentas antarabangsa.

Yadz Harudin, Fieda dan Julie dari Dache

Dache baru-baru ini telah mengadakan pertemuan dengan rakan-rakan dan media di Butik Dache di Kota Damansara untuk berkongsi kisah kejayaan jenama Dache beraksi di pentas London Fashion Week 2018 (LFW 2018) pada bulan September yang lalu. Misz-ella pun tak ketinggalan untuk turut serta. 


Jangan betulkan mata anda ye pembaca-pembaca sekalian,  kerana Misz-ella tak salah taip, saya memang mentioned LFW.  

LFW adalah salah satu dari empat pertunjukan fashion terbesar didunia bersama dengan New York Fashion Week, Milan Fashion Week dan Paris Fashion Week. LFW diadakan dua kali setahun di Kota London iaitu pada bulan Februari dan September dengan 250 penyertaan dari seluruh dunia.



Jenama Dache telah terpilih untuk menyertai pertunjukan fashion LFW iaitu di Aston Martin herRunway Show, satu platform yang disediakan untuk usahawanita di bawah kategori 'emerging designer'. Dache terpilih setelah melalui tempoh saringan yang ketat dimana kesemua rekaan Dache telah diaudit terlebih dahulu. Sebanyak 114 jenama telah menghantar rekaan masing-masing dan hanya 10 label terpilih ke pentas Aston Martin herRunway Show, termasuklah Dache.







Pentas Aston Martin herRunway Show adalah merupakan pentas ketiga buat Dache selepas pertunjukan pertama di Kuala Lumpur dan Dubai Fashion Week pada tahun 2017.


Membawakan tema Colours of Rama-Rama, setiap rekaan adalah bermotifkan sifat rama-rama yang sentiasa menjadi sumber inspirasi kepada CEO Dache, Yadz Harudin. 

Rama-rama sangat unik dan tersendiri. Apabila saya melihat si rama-rama, ia bagaikan melihat kehidupan kita sendiri. Setiap rama-rama adalah istimewa dan punyai identiti tersendiri .. begitulah juga dengan wanita. Setiap wanita dilahirkan berbeza. Meski kita cuba memakai baju yang sama, tetap akan berbeza penampilan kita kerana berbeza jiwa yang memperagakannya ~ Yadz Harudin.

Koleksi Colours of Rama-rama yang dibawa ke Kota London dibuat dengan sangat teliti oleh Yadz bersama rakan kongsinya Julie bagi menyerlahkan sisi feminin si pemakai. Bermula dari pilihan fabrik yang bersesuaian, Yadz turut mereka sendiri corak atau print fabrik tersebut. Koleksi Colours of Rama-rama direka khas buat wanita moden hari ini yang berkerjaya, sentiasa sibuk dan mementingkan kkeselesaan. Rama-rama sangat feminin, elegant dan sesuai digayakan di mana sahaja ~ dari bilik mesyuarat ke majlis cocktail malah sesuai juga untuk si lincah yang bijak menggayakan Rama-rama menjadikannya kelihatan lebih 'funky'


Yadz bersama rakan-rakan dan media

Dache ditubuhkan pada tahun 2015 oleh Yadz bersama rakan kongsinya Julie dengan menjadikan 'Authentic. Natural. Art' sebagai identitinya. Ini bersesuaian dengan jiwa Yadz yang mementingkan keaslian, mencintai seni dan alam semulajadi. Pada tahun 2016, Dache membawakan koleksi Colours of Spice di Kuala Lumpur diikuti dengan koleksi Colours of Rangoli di Dubai Fashion Show.

Saya sukakan Kota London. Pentas LFW yang sentiasa menjadi idaman setiap pereka fesyen terlalu besar buat nama kecil seperti Dache. Bagai mimpi yang menjadi kenyataan bila diberitahu Dache tersenarai antara 10 jenama lain untuk beraksi di pentas LFW. Tambah terharu apabila diberitahu Dache satu-satunya jenama yang terpilih dari benua Asia. Ini semua telah menyuntik semangat saya untuk beri yang terbaik. Meski berdepan dengan pelbagai cabaran seperti kurangnya sokongan moral dari pihak-pihak yang berkenaan, kedudukan kewangan yang agak terbatas disamping sibuk dengan Kerjaya saya sebagai Pereka Hiasan Dalaman, saya nekad untuk membawa Dache dan Malaysia ke pentas LFW. Saya dan Julie terpaksa berjimat cermat malah ke sana sini untuk mencari penaja bagi merealisasikan misi ini. Alhamdulillah berkat kesabaran, kesungguhan dan dengan izin Allah SWT, Dache berjaya dipentaskan di herRunway, Aston Martin Show, Park Lane London pada 15 September 2018. Colours of Rama-rama diterima baik di London dan bakal memasuki pasaran London pada bulan April 2019 ~ Yadz Harudin.


Team Dache

Team Dache tidak besar tetapi kuat dan sentiasa bersemangat. Dache sentiasa mahu tampil dengan idea-idea baru yang lebih segar berinspirasikan alam semulajadi yang boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat. Koleksi ready-to-wear Dache akan mula berada di pasaran tempatan pada Januari 2019 dan impian kami adalah ingin pergi lebih jauh lagi dalam bidang ini tambah Yadz lagi.




Rakan-rakan rapat yang hadir di Majlis Dache Bersama Media 

To be honest, I always believe in Yadz. Begitu juga dengan kawan-kawan yang lain iaitu Puan Sri Nisa, Datuk Rozzana, Nurul dan Liza. Sebagai kawan rapat, kami sentiasa jadi saksi kesungguhan dan kegigihan Yadz dalam usaha untuk merealisasikan impian melihat Dache berdiri seiring dengan jenama-jenama terkemuka yang lain.

Misz-ella sentiasa ingat akan kata-kata Yadz .. Saya masih baru lagi Sis. Masih merangkak-rangkak mengejar impian. In Sha Allah Sis, satu hari nanti saya akan berjaya. Sis doakan saya ye.


All The Best, Dache! Semoga impian Yadz dan teamnya untuk melangkah jauh dalam industri fesyen dipermudahkan Allah SWT. Kami dah tengok serba sedikit koleksi Dache dan tak sabar menanti kemunculan sulung koleksi Ready-To-Wear Dache pada bulan Januari 2019 nanti. Nanti kita pakai sama-sama ye, geng. Pakai sama-sama, cantik pun sama-sama, baru lah kawan, kan.

OK Misz-ella dah habis berkongsi kisah Dache Colours of Rama-Rama di London Fashion Week 2018. Seronok rasa dapat kongsi kisah realiti penuh inspirasi ini kepada pembaca semua. Mudah-mudahan ada pengajaran buat kita semua. Terima Kasih baca ye. Jumpa lagi di lain entry. Bye.












1 comments:

azzey said...

wow.. cayalah KC :)