Ramadhan dulu .. Ramadhan sekarang.
Ramadhan dulu ..
Paling seronok waktu nak berbuka puasa. Walau sibuk mana pun mama kita sebab dia bekerja, makan minum keluarga tetap terjaga. Riuh dan kecoh waktu berbuka dengan kami 6 beradik. Tak cukup meja kerusi, makan bersila kami di lantai bersama-sama. It's fun. Really miss that lovely moment.
Ramadhan sekarang ..
Hmmm .. Tiap hari berbuka puasa 3 orang. Tak perlu tergesa-gesa mengejar masa di dapur, Pasar Ramadhan wujud di mana sahaja.
Ramadhan dulu ..
Excited tunggu baju rayu yang dibawa pulang mama dan abah. Apa yang dibeli mereka, itulah 'hadiah raya' buat kami. Bersyukur sebab ada jugak baju baru untuk tahun ini.
Ramadhan sekarang ..
Anak kita yang umur 15 tahun dah ada citarasa sendiri. Dah ada "Mall favorite" sendiri .. Mahu pilih sendiri. Budget raya buat dia seorang dah ratusan .. tak macam kita dulu-dulu. Haihhh .. zaman dah berubah. Zaman susah kami tinggalkan sudah. Walau tak mewah dan "berada" .. sekurang-kurangnya "Alhamdulillah" ... Berkat usaha yang gigih .. taraf hidup dah berubah.
Ramadhan dulu ..
Minggu terakhir puasa dah mula buat kueh raya. Zaman dulu-dulu mana ada kueh beli. Bersusun kami 6 beradik dengan tugas masing-masing. Tukang bancuh @ Head of the Baking Dept dah tentu lah mama. Kami jadi tukang terap, tukang letak kismis dan ceri, tukang bakar dan tukang susun. Teringat kueh gunting hasil tangan sendiri dan Rempeyek hasil tangan my sista, Kak Yang. Hmmmm .. miss that moment.
Ramadhan sekarang ..
Kueh raya "tunjuk-tunjuk" jer ..
Ramadhan dulu ..
Pengumuman raya waktu yang ditunggu-tunggu. Siangnya kami menganyam ketupat. Kita "terror" tau anyam ketupat. Tiap orang ada tugas masing-masing. Meriah betul persiapan raya. Macam nak kenduri.
Ramadhan sekarang ..
Masak Rendang Ayam 2 ekor untuk dibawa pulang ke rumah mama dan mertua bertemankan Aiman di dapur. Sunyi .. sepi dapur kita. Haihhh .. Rindu lagi kenangan lalu ..
Kalaulah bisa diputarkan waktu, ingin ulangi saat itu. Zaman dah berubah .. mana mungkin kerana masing-masing dah ada keluarga sendiri. Beza, kan dulu dan sekarang???