Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Senyum je lah ..

Saya percaya, bukan mudah kita nak menghadapi cabaran kehidupan. Walau sume orang suka yang manis, yang payau, kelat dan masin pun nak tak nak harus ditelan jugak. 


Orang kata .. yang menyakitkan, yang pahit dan payau tu kita lupakan atau kita buang je dari hidup kita. Tapi kan .. bukan sume benda boleh kita buang. Ada jugak yang perlu kita kendong atau pikul dengan rela atau terpaksa walau terlalu pahit untuk kita telan. Lumrah kehidupan, kan.


Orang kata lagi .. Senyum itu penawar duka. Kalau lah betul kata-kata orang itu  .. moh le kita "SENYUM SOKMO". Marah sambil senyum .. sedih pun senyum. Boleh ke camtu?? Ada ke orang menangis sambil senyum? Menangis syukur ye la kot .. tapi kalo menangis kesedihan???? Tak "dan" nak senyum la weih. Hihihi ..


Patutnya saya senyum dalam entry ini. Tapi tu la .. takat tu je la senyuman saya. Tu la sebab dulu Mr. Loo Loo cakap "Kak Ella .. u senyum tapi tak manis".  Haiyoooo ....harus gi 'grooming class' ni. Motiff? Belajo senyum!! Hihi.

15 comments:

Ujang9897 said...

meh saya aja senyum..=)

shafiqabdshukor said...

senyum tiga~~~

cucu umie said...

kehkeh..senyum shje yg pntg orng thu kita senyum..kehkeh

mr.curly said...

xpe2 KC..wlau takat tu senyum tp tetap chantekkkk..hikhik

deAnza-wAnda said...

smileeee kc... alalla sweet taw kc senyum ai dah tgok.. huhu...

qemaishak said...

banyak jenis senyum..
senyum manja
senyum simpul
senyum nampak gigi dan sebagainya..
camana kita senyum hanya org yang melihat tahu menilainya hihi

Melati Qistyna's Mummy said...

kc senyum mmg x nmpk gg :P
tp tetap suwitttt.....


kc ptg rmbut kah?

eiela said...

senyum,,senyum awet muda kak. hehe

Ct Arina said...

senyumlah utk bersedekah ^_^

kakyon said...

salam kakchik,
betullah tu.org nmpk luaran kita saja senyum ketawa..
beban yg di kendong..kekadang tak mampu nak menyerlahkan senyuman manis..sekadar senyuman saja..

Amy Syaquena said...

betul la kak cik orang sekeliling hanya dapat lihat luaran je tapi di sebalik senyuman itu tersimpan seribu kepahitan...

diana said...

senyum je walau ada yang tak suka blog kita ..:p

eqbalzack said...

salam kak chik @ fauziah latiff zaman muda2...hehe
kad raya tu mmg eq tak letak address. letak url je...
kak chik tak payah la balas. hantar komen pun kira balas juga tu..hehe

Rozzana said...

Ella, bila bergambar i rasa i senyum tapi m children kata, mum, tak senyum la!' aduhhh..mahal senyum i...and i perasan i selalu senyum, tapi tak tahulah orang nampak i senyum ke tak coz, ada students kata, 'takut la ngan doktor,' aduhhhh...tapi kawan2 lelaki kata pulak, 'u ni senyum je la Rozzana,' macam mana tu ek? hehehehe...

logorithm said...

Biler ek kita boleh tengok KC senyum yang menampakkan gigi. Sikit-sikit pon jadi lah. :->


Logo MRT:  Promo Video - Undi anda diperlukan!