Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Sibuk rupanya bila menjadi Ibu rumahtangga.

Wahhhh .. dua hari berturut-turut menjadi Ibu Rumahtangga sepenuh masa. Baru ku tahu kepenatannya. Ingatkan duduk rumah boleh rehat goyang kaki. Rupa-rupanya banyak 'task' yang perlu diberikan sentuhan jari halus dan kaki Cinderella ai ni ye.  Buat Ibu-ibu rumahtangga, Ai tabik spring kat u ols la. Penat, kan duduk rumah. Memang tak cukup rehat. Encik Asben patut bagi bonus kat koranglah. Hihihi.

Task pertama ~ In/Out 2, 3 kali sehari jadi Driver untuk Aiman sebab exam dia dua sessi ~ Pagi dan petang. Harini terlambat jemput dia sebab asyik dan leka beraerobik dgn CD baru. Ha .. kelam kabut mandi. Dalam 'task' pertama ni, kaki dan tangan paling banyak berjasa. Ailebiu lah darlings. Hihi.

Task ke dua ~Main masak-masak di dapur sendiri. Waaa .. bila 'Chef Ella in the house' dan punya banyak masa maka 'extra' la juadahnya. Puding Jagung ni ai masak pagi tadi. Resepi ai dapat hasil dari skodeng blog Kak Ngah. Tqvm Kak Ngah for the recipe. Menjadi sangat-sangat. Aiman kata "Mama da boleh meniaga ni". Hihihi. Eh Kak Ngah .. mai la sini rasa pastu kritik ala-ala Akademi Fantasia tu. Hihi.

Eh .. OK lah., Got to go. Nak anta anak bujang ai untuk Exam Sessi ke 2. Babai semua. Tima kaseh baca ye. Jap-jap lagi datang la lagi. Entry ai banyak 'on queue' dalam Draft Box tu. Hihihi.



Duniawi dan Insani

Bila manusia terlalu mengejar duniawi, mereka lupa tentang pentingnya nilai insani. Itulah yang terjadi bila kita menjadikan duit dan wang "Raja" di hati kita. Bila duit dijadikan "Raja", maka ia di tempat pertama, mengatasi nilai persahabatan dan kekeluargaan. Kerana duit hancur sebuah rumahtangga yang dibina atas nama cinta. Kerana duit gelap mata sehingga masuk penjara. Kerana duit pembunuhan berlaku di sana sini. 

Manusia berubah ke arah positif dan negatif semuanya kerana duit.  Ada yang semakin bongkak kerana merasa dia semakin berkuasa kerana memiliki lebih duit. Ada yang semakin merendah diri seterusnya berubah menjadi Dermawan kerana percaya rezeki itu untuk dikongsi bersama nescaya Allah SWT akan lebihkan segala-galanya. Ada yang semakin tamak dengan lambakan duit yang banyak seterusnya berubah menjadi kedekut dan "berkira". Segala-galanya kerana duit. 

Pada pendapat saya, ada masa lebih baik kita tidak terlalu fikirkan duit walaupun hakikatnya dalam hidup ini segala-galanya memerlukan duit. Nilai persahabatan, kekeluargaan, kasih sayang terlalu berharga. It's priceless. Tidak terbayar dengan wang ringgit. Itu saya. Awak, anda bagaimana?

Jamuan Raya berjemaah

Tiap-tiap tahun kejiranan kita akan buat Sambutan Hari Raya secara Berjemaah. Tiap-tiap rumah kuar duit, konsep gotong royong. Kita kerja ari Jumaat lepas. So, kita bantu apa yang boleh sehari lebih awal. Antara task kita ialah beli barang. So, hari Khamis malam Jumaat kita bizi shopping, hari Jumaat malam Sabtu kita bizi makan. Baguskan kita? Hihihi. 


Rumah Kak Ani jadi pilihan untuk acara Jamuan Raya Berjemaah tahun ini. Mekaseh Kak Ani. Susah payah bagi kami tumpangkan rumah untuk Majlis Ramah Mesra macam ni. Ini Buffet Counter kami ~ Bihun Sup Utara, Nasi Lemak, Nasi Putih, Sup Tulang, Kerabu Pucuk Paku, Sambal Udang, Ayam Goreng Berempah. Mmmmm .. Yummy!!

Sila bayangkan rasanya sambil pejam mata. Heavennnnn .. sgt2.

Kerabu Pucuk Paku dan Ulam. Sila terliur ye kawan-kawan.

Kita mulakan dengan Membaca Doa Selamat. Ramai antara kami yang ada anak-anak nak periksa ~ besar PMR, SPM. Moga Allah permudahkan segalanya. Amin.

Pastu .. orang lelaki serbu dulu.

Orang perempuan pulak dok pot .. pet .. pot .. pet. Gossip la tu. Hihihi.

Yang sawan kamera macam ni .. ber 'fotogedik'. Hihi.

Ini bukti yang kami sawan kamera!!! Hahaha.

Pastu giliran mak-mak pulak serbu ..

Makan bersila dan bersimpuh ala-ala Perempuan Melayu Terakhir. Ayu gitu ...Eh .. perasan sangat la kau ni Ella. Hihihi.

Lepas makan, jangan lupa kemas. 

Lepas makan jugak .. jangan lupa basuh pinggan.

Pekerja MDKS Shift pertama ~ Pkl 12 malam.

Bakal penerima anugerah Pekerja MDKS Cemerlang tahun depan sebab Falin basuh lantai sambil 'Peace'. Hihihi.

Saya la partner Falin dalam job cuci lantai. Berkilat korang .. lantai Kak Ani kami kerjakan. Tahun depan gerenti boleh lagi kami tumpang. Hihihi.

Job bungkus membungkus ~ Maznah dan Noor Sani yang handle.

Amboi Kak Asmah .. suka ye dapat sental periuk. Dia punya misi .. kasi kilat .. kasi kilat .. sampai boleh bikin cermin. Hihihi.

Disebabkan tak dapat bikin itu periuk jadi cermin, misi beralih ke Cik Kuali. Adoiiii .. sakit ai kena sental*kalau si Kuali bole berckp* Hihihi.

Last but not least. Ini la Falin ,, jiran sebelah rumah saya yang Ya Rabbi .. Susahnya nak jumpa. Nama je berkongsi dinding tapi .... U in .. I out. U out .. I in. Itu la Hai Hai .. Itu la Babai. Camtu la gaya hidup orang Kolumpo ye. Time kenduri kendara je la nak beramah mesra. Hidup Jiran-jiranku!! Chewah ... Over!!! 













Doa dan Harapan

Dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim .. Kita mulakan hari ini dengan doa dan harapan. Moga semua urusan dipermudahkan. Moga tiap langkah diberkati. Moga tiap impian bakal terlaksana. Moga segala cita-cita dalam genggaman akhirnya. Teruslah berimpian dan berusaha mencapainya kerana Allah SWT sesungguhnya sentiasa ada untuk setiap hambaNya. Amin.

Kenduri hari Ahad.

Event :- Kenduri dan Birthday party hari Ahad. 
Organiser :- My only kakak, Kak Yang (KY). 
Date and Day :- Ahad, 2 Oktober 2011, 12 tengahari- 5 petang.
Location :- Tmn Impian Indah, Sg. Buloh.
Result :- Kenyang + Penat.

 Cornflakes Oreo Cheescake ~ Before and after sponsored by me.



Alif Haqeem and the gangs ..








OK. Tamat sudah entry Mengenang Kenduri dan Birthday Party Hari Ahad di rumah KY. Sekian. Tima kaseh buat yang singgah dan baca.





Aduhai ..

Aduhai .. main kejar-kejar lagi harini.  Kepenatan berkenduri kendara 3 hari berturut-turut membuatkan dapur tak berasap hari ni. Bungkus sahaja makanan buat anakanda tercinta. Tapi tak pe anakanda, esok dan lusa siang mu tidak akan sepi lagi kerana bonda bakal menemanimu disisi. Makan tengahari mu bakal berteman, kepulanganmu bakal dijemput oleh SUV kesayangan. Tapi dua hari je tau .. 2 hari berikutnya giliran Ayahanda. Wah .. main 'pass baton' pulak ayahanda dan bonda Anakanda ni ye. What to do .. i got tenderssss .. my dear. OK. Nanti-nanti kita sambung lagi. Mak bizi dari pagi. Dikejar dan main kejar-kejar. Penat ... stresss .. Sib baik ada blog tempat mengadu. Hihihi.




3 Hari 5 Jemputan

Masih galak dengan aktiviti bertemankan makanan. Selagi kita dijemput, tu tandanya orang ingat kat kita. Alhamdulillah. Malam semalam 1, hari ni 2, esok lagi 2. Betul-betul pesta buat "perut" ni. Hmmm .. 'Six pack' entah ke mana .. 'spare part' yang bertambah ye? Hihihi. Tapi bukan sume dapat kita penuhi. Mintak maaf Ujang dan Liyana, settle je Aiman PMR kita jumpa ye.

So, kesimpulannya .. Jemputan + Makanan = PENAT. Alhamdulillah .. "Rejeki". Hihi.