Bila manusia terlalu mengejar duniawi, mereka lupa tentang pentingnya nilai insani. Itulah yang terjadi bila kita menjadikan duit dan wang "Raja" di hati kita. Bila duit dijadikan "Raja", maka ia di tempat pertama, mengatasi nilai persahabatan dan kekeluargaan. Kerana duit hancur sebuah rumahtangga yang dibina atas nama cinta. Kerana duit gelap mata sehingga masuk penjara. Kerana duit pembunuhan berlaku di sana sini.
Manusia berubah ke arah positif dan negatif semuanya kerana duit. Ada yang semakin bongkak kerana merasa dia semakin berkuasa kerana memiliki lebih duit. Ada yang semakin merendah diri seterusnya berubah menjadi Dermawan kerana percaya rezeki itu untuk dikongsi bersama nescaya Allah SWT akan lebihkan segala-galanya. Ada yang semakin tamak dengan lambakan duit yang banyak seterusnya berubah menjadi kedekut dan "berkira". Segala-galanya kerana duit.
Pada pendapat saya, ada masa lebih baik kita tidak terlalu fikirkan duit walaupun hakikatnya dalam hidup ini segala-galanya memerlukan duit. Nilai persahabatan, kekeluargaan, kasih sayang terlalu berharga. It's priceless. Tidak terbayar dengan wang ringgit. Itu saya. Awak, anda bagaimana?
17 comments:
Betul tue kak , zaman sekarang nie manusia sanggup memperhambakan diri kerana duit , dengan duit boleh beli apa saja , bukan setakat pangkat malah lebih dari itu..kalau keluarga pula sanggup bergaduh berparang dok kerana duit... hai la dunia
ermm..mmg kakchik..zmn skrg nie..org pk duit2...jgn smp mkn diri sdh la..
salam KC..zaman ni setiap kali kita melangkah kita terpaksa menggunakan duit !!.ya KC..bagi mama juga wang bukanlah segala2nya..kerana duit yg banyak tak dapat membeli sebuah kebahagiaan..sob2x..
"betul tu kc..saya penah terlibat dlm satu bisnes nii,mmg duit banyak..kwn ngan org2 berduit..hari2 ckp pasal duit...tp last2 saya sekerat jln je sbb ank2 dn suami jadi mangsa..keluar pagi balik malam...kesian sgt kt diorng..bila sy nangis kt boss,diorang kt saya tkkan pegi jauh kalau asyik pkkn benda remeh..remeh bagi diorng?ank2 dn suami remeh?..tp saya tak bolehlah kc,sy nak tgk ank2 membesar dpn mata,antar diorng skolah,amik diorng,ajar ngaji,masakkn utk diorng,segala-galanya lah...kalau saya mati nanti..anak2 dan suami ada kenangan yg paling manis utk dikenang..."
SALAM,
DIRI INI KHUATIR KALAU2 TERSIBUK DGN BENDA2 YG AKAN DITINGGALKAN DAN BUKAN BENDA2 YG NAK DIBAWA BERSAMA NANTI
Ada yang putus saudara kerana duit. :(
setuju bab "money is not everything but everything is momey.
semoga hari ini lebih baik dari hari semalam.
setuju dgn apa yg kc katakan, kerana duit boleh merubah seseorg itu kpd keburukan atau kebaikan. tp zaman skrg ni utk hidup kita perlu duit...
sokong kak chik.duit bukan segala-galanya. kak chik pun melentik cam kim tau.
Salam ELLA.
Sebab itu kita masih dapat lihat orang sanggup tinggalkan istana, keluarga berada demi kerana cinta dan kasih sayang...
skrg duit itu penting dari semua, dgn duit semuanya akan dtg kemudian, sahabat dan persahabatan, tiada duit semua itu hilang sendiri.
duit memang penting..tak dinafikan tapi jangan terlalu stress dan jadi hambanyer..guna stakat kemampuan yang ada :)
btul tu sis. tp tak sume org berpikir mcm tu msg2 ada pndpt masing2 nak nye dunia skrg ni yang mmg org kata stiap benda perlukan duet huhu ;)
zaman skrg ni sllu dgr anak smpai sggup bunuh mak-pak hya sbb $$$
ada gak anak yg sggup sisihkn mak-pak jugak sbb $$$
smga kita dijauhkan dr sifat keji itu...amin~
kak...
boleh tak sy cakappp....
suamiku rajaku....hehehehhehe
gateiiiii kan....
ye laa kak...semua dia mintak dapat,
yang, buat kopi
yang, urut kaki....
cuba kl kita....hehehhe
tapi kl kawan yg materialistik kan, mmg hampehhh kak....tak kuaseee...
Duit boleh dicari
tapi kasih sayang, persahabatan
& keluarga tidak ternilai harganya.
^__^
Setuju ngan kak chik..sebanyak mana duit kita pun tidak kan kemana..
Post a Comment