Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

ELLA

Katanya Ella itu ...


Entah le. No komen.

Terapi!!

Terapi paling best :- Bila berdamping dengan makanan yang 'best-best' camni. 

Ada yg sama 'spesis' macam kita tak? Kalau ada, kita geng. Meh Give Me Five*Pap*tampor skrin je le*

Hati Kering Tak Berombak

Baru tengok Filem Ombak Rindu hujung minggu lalu. Tiga generasi menonton bersama. Eh .. bukan .. Bapak-bapak bawak anak-anak menonton Puss In Boots, Ibu-ibu layan movie jiwang. Kita sebenarnya tak suka tengok wayang sedih sebab tersasar dari tujuan asal tengok wayang iaitu nak hepi-hepi tapi memandangkan "Ombak Rindu" ni novel feveret kita, sikit-sikit ada rasa teruja jugaklah. So, kita ringankan mulut suruh adik kita beli tiket. 


Sedih ke? Hurmmm .. Mama dan Kakak kita nangis. Kita nangis masa adegan Izzah fikir dia kehilangan 'baby'nya je.  Rasanya airmata kita dah terlalu banyak menitis masa baca Novel ni dulu kot? Novel yang dah diulang cetak 21 kali ni, betul2 menyentap jiwa tapi entahlah kenapa bila di layar perak, hati kita kering tak berombak.

Sebenarnya, baca Novel dia lagi best. Tiap satu adegan dikupas penulis dengan penuh emosi hinggakan meresap ke lubuk hati. Tapi bila di layar perak .. 'rasa' itu tak dapat kita rasa.


Agaknya filem ni ada bahagian ke 2 tak? Sebab Novel Ombak Rindu ada sambungannya tau.

Redha itu ikhlas .. Pasrah itu menyerah ~ Dialog paling berkesan dari filem ini.

Malikha's Birthday

26, 27, 28 November ~ A very tiring long weekend. Tiga hari berturut ada jemputan. Ada yang sempat .. ada yang tidak. Mintak maaf banyak-banyak. Bukan tak sudi tapi kurang berkemampuan untuk memenuhi semuanya.  Lama tak dapat jemputan untuk Birthday Party. Bila dapat .. SUKA. Terbayang anak kecil comel dan keletah tiup lilin sama-sama. Hurmmm .. bersepah air liur!! Haha.

Red Velvet Hello Kitty cake. Comel.
Nak jugak!!*tak sedar tua sudah*Hihi.

Likha with Mummy and Daddy ~ Tqvm Zetty for invite. Likha comel and 'very the Jepun' ~ sebijik Zetty masa kecik.
Alalala .. comelnyaaaaa ..

Ooppsss .. kita jemput Kak Nani dan Hanis di BJ dulu sebelum vrommm  lelaju ke sini. Serius laju sebab kita bawak keta 150km/jam walaupun Shah Alam-Setia Alam dekat sahaja dan 'the road is so clear'. Speed Trap?? Later cite eh. Hihi.

OK. Kita sudahi Entry mengenang petang yang manis ini dengan gambar Birthday girl, Malikha bersama Hanis yang manis, khas buat peminat Hanis Zalikha.


Santai Sabtu

Rezeki pagi Sabtu. Alhamdulillah ... Amin.


Jumaat Pertama Bulan Dua Belas

Jumaat pertama bulan Dua belas ~ Biasa-biasa aje, tiada istimewa. Moga bulan terakhir untuk tahun 2011 ini lebih bererti dan bermakna dari bulan-bulan sebelum ini. Amin.

Eh .. sedikit istimewa sebab harini kita keluar awal sebab antar anak kita yg dah mula bekerja 'part time' sejak semalam. Moga Aiman hepi dan tak rasa bosan sebab selalu keseorangan di rumah lagi.

Selamat berhujung minggu untuk u and u and u*who read this entry*

Great .. greater .. greatest

I feel great.
I want to be greater.
At times, i want to be greatest among others.

No. 1 and 2 are ok.
No. 3 kalau tersilap langkah dan cara .. 
boleh jadi very bad sebab kau suka nak lebih dari orang.
Tapi tiap perkara itu datang dengan positif dan negatif.


The positive part of it .. U will try up to the hardest part.
The negative .. maka Syaitan akan berketawa ria melihatkan Cucu cicit Adam benci membenci, cebik mencebik, dengki-mendengki, berlumba-lumba dan berlaga sesama sendiri. Maka Syaitan bertepuk tangan  melihat api cemburu dan dengki marak di dalam hati kita.


Semoga Allah SWT lindungi kita dari sikap negatif itu. Amin.

Meh kita sudahi Entry ini dengan "Hand Bouquet" yang cantik hasil tangan Kekanda Yon kita. Suka lah dapat buahtangan yang cantik camni.