Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Hati Kering Tak Berombak

Baru tengok Filem Ombak Rindu hujung minggu lalu. Tiga generasi menonton bersama. Eh .. bukan .. Bapak-bapak bawak anak-anak menonton Puss In Boots, Ibu-ibu layan movie jiwang. Kita sebenarnya tak suka tengok wayang sedih sebab tersasar dari tujuan asal tengok wayang iaitu nak hepi-hepi tapi memandangkan "Ombak Rindu" ni novel feveret kita, sikit-sikit ada rasa teruja jugaklah. So, kita ringankan mulut suruh adik kita beli tiket. 


Sedih ke? Hurmmm .. Mama dan Kakak kita nangis. Kita nangis masa adegan Izzah fikir dia kehilangan 'baby'nya je.  Rasanya airmata kita dah terlalu banyak menitis masa baca Novel ni dulu kot? Novel yang dah diulang cetak 21 kali ni, betul2 menyentap jiwa tapi entahlah kenapa bila di layar perak, hati kita kering tak berombak.

Sebenarnya, baca Novel dia lagi best. Tiap satu adegan dikupas penulis dengan penuh emosi hinggakan meresap ke lubuk hati. Tapi bila di layar perak .. 'rasa' itu tak dapat kita rasa.


Agaknya filem ni ada bahagian ke 2 tak? Sebab Novel Ombak Rindu ada sambungannya tau.

Redha itu ikhlas .. Pasrah itu menyerah ~ Dialog paling berkesan dari filem ini.

20 comments:

Fara said...

Sy suka baca novel dia...tp tidak utk menonton bila ada kwn kate gadis kampung pelat omputih. Terus turn off. Err...

Tina Othman said...

kan ada 2 buku sinambungan dia, tapitulah kan kc, baca buku sebenarnya feel dia lebih banding dgn movie

apapun tina tak merasa lg nak tgk, takde kawan

C i k P i p i T e m b a m said...

wahh dh tengok ek... mmg betul rasanye klu mmbaca lg brkesan kan..

aimaniman said...

salam kenal dan dofollow sini
akak naaakkk sangat tengok OR tapi apakan daya.. hajat x sampai.. tp berhajat tak nak car sign heartbeat ni? jom laa...

nyanyisunyi said...

betul..akak setuju sesangat..rasa kecewa bila tenguk jauh sgt jln cerita filem dgn novel...

akak lebih terkesan membaca novel OR dari menonton filem..air mata menitis pun ms tenguk Hariz nangis...

Huda said...

kita belum nengok filemnya lagi..nak nengok, tapi setuju ngan kakchik novelnya memang ada rasa, feeling terlebih2 gitu kan..

Queenie said...

whuah! betul ker sampai gitu ella?

ni yang kensel nak pijak kaki kepawagam balik ni..

baca novel lebih syahdu eh?
hihi

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

kurang penambah perisalah maknanya citer tu kat layar perak sis..hehe

Gimi said...

memang novel lagi best, filem akan jadi x best bila kita dah buku tu, sebab apa yg kita bayang selama ni x sama dengan kita baca dengan difilemkan...

akuzle ayu said...

x besh tgk wayang nangis2 neh... dhlaaa tgk 'bersamamu' pon dh nangis... kiter ske tgk citer yg gelak kuat2...hihihihi

Aku Ibu Muda said...

yuhuuu KC, lama tk singgah sini

i think..i'll b like u...lg best layan novel kot :)

Cik Ina Do Do Cheng said...

cik ina nak nonton, cuma maya karin buat cik ina lemah sikit, sebab dah disogok ngan izzah melayu sejati dlm filem tu..

ummi_khalish said...

assalamualaikum kakchik..sana sini orang review OR ni,dil hanya mampu tengok dr kejauhan jelah..nasib baik ada novel..bacalah banyak kali..huhuhuhu....

PCL said...

belum tgk lg......nk jg tgk tp dah baca bnyk review ttg filem ni...cm best!

el said...

hope astro first ada tayang nti filem ni kt astro hehehe
rmi giler org tgk cite ni kak..so aii pun teruja gak

ziana said...

Tak Baca dan tak tengok..Review dari kengkawan diorang cakap best..

Kasih Firdaus said...

dari dulu lagi sy suka dialong tu, masa baca novel...diaolog tu la sy hafakl smpi skrg...redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah

yana halim said...

dah tengok semalam. x sedih sgt berbanding novel... :)

Mama Likha said...

rasa mcm kena bc novel ni balik sblum g tgk muvee nya... hmmm.. tringin jgknk tgk.... tah bila ada rezekinya kc oi.. malikha tkde sapa nk jaga huhu

alinac lover said...

novel lg best ye