Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Rutin


Bila dah terbiasa tiap hari pulang ke rumah hampir jam 1 pagi, melayan permintaan mata yang mahukan tilam dan bantal pada jam 1:30 pagi .. bangun tidur jam 5 pagi untuk bersahur .. tidur sekejap selepas sahur pastu hantar Tuan Bodigad ke sekolah pastu siap-siap pulak untuk ke pejabat .. perkara-perkara macam tu dah tak mendatangkan apa-apa masalah bagi yang mengalaminya. Dah biasa. Dah jadi rutin. Rasanya gaya hidup 'lasak bukan lembik' dan 'aktif bukan pasif' ni dah sebati dengan diri saya sejak dari awal lagi. Dalam waktu yang sama, jangan lupa doa ~ Moga Allah SWT beri kita kekuatan untuk menempuh tiap cabaran. Tiap kerja itu ibadah, apatah jika yang dibuat itu disertai dengan niat yang baik dan hati yang ikhlas. 





Lagi entry mengenang Jakarta

Lagi entry mengenang Jalan-Jalan dengan Kawan versi 2011. Actually this trip is a bit 'sunyi' compare to the previous trip sebab kami hanya berdua. Bila hanya berdua maka timbullah situasi 'I talked to u .. u talked to me'. Bila Kak Nani dah tertidur, duduk la ai diam-diam tanpa dialog. Bila ai lak dah tertidur, berposing sorang-sorang la Kak Nani depan cermin mencuba baju demi baju. Tak da orang nak layan sebab ai sudah zzzzz .. Hihi.

Ni antara benda-benda yang ada di Jakarta tapi tiada di tempat kita. I found it unique and interesting.

Kalau jumpa kereta kuda di kampung-kampung di Indonesia .. itu biasa. tapi yang ni di tengah-tengah bandar Jakarta Selatan. Terkejut ai sekejap. Kat tempat kita yang ada kuda yang kaya raya jer. Kat sana, kuda milik orang biasa-biasa.

Ready to go with my Kakak cantek ~ Model 80an, mama kepada Hanis Zalikha blogger dan selebriti popular yang menawan dan rupawan itu. 

Kat mana-mana pun boleh ~ 'Mobile business' ..

Lagi contoh 'mobile business' kat sana. Cari pelanggan .. bukan tunggu pelanggan datang kat kita. Rajin diaorang nih. Kat sini dipanggil 'dorongan'

Cookies not lollipop

Tong gas buat mereka yang buat 'mobile business'. Kalau ada kat tempat kita, ai orang pertama yang akan beli dulu. Boleh la buat 'mobile business' .. Hihi.

Kalau dah namanya blogger .. penat-penat pun sempat. Hihi.

Bila tengok kunci bilik ni, teringat kenangan lama waktu Kakak cantek mencari tingkat 17 di Carcaddin Hotel di Bandung yang hanya 7 tingkat je sebenarnya tapi disebabkan malam hari sebelum tu kitorang tinggal di tingkat 17 Hampston Park Apartment Jakarta, bila ditanya "Ela .. bilik kita tingkat berapa?"  Entah macamana ai boleh terjawab 17!! Pening kakak cantek mencari Tingkat 17 di bangunan setinggi 7 tingkat. Kelakar!!

Seafood dinner kat Restoran Bandar DJakarta. Best tempat ni. Environment best .. makan sedap .. harga tak mahal. Sapa-sapa nak gi sana, dont forget to include this restaurant in your list ya. Makan banyak, 'luxury' dan sedap camtu pun tak sampai RM100. Murah, kan.






Khabar-khabarkan lah ..

Khabar-khabarkanlah ..
walau sebaris ayat ..
asalkan yang bermanfaat

Tapi sekiranya khabaran itu bisa melukakan
atau memecah belahkan
atau bisa menyebabkan kesakitan
lebih baik usah dikhabarkan


Simpan sahaja sendirian
Mudah-mudahan ada pengajaran.

Kalau dah jemu dengan nasi

Kalau dah jemu dengan nasik .. meh cuba menu ni untuk berbuka nanti. Tapi kalau virus "M" menyerang dan antibodi "R" tak muncul-muncul untuk menyahkan rasa malas tu, jom berbuka kat luar macam saya ni.

Mee goreng mamak ni tersangatlah sedap. Lengkap  dengan kentang goreng, tahu goreng dan telur rebus. Sila percaya ye sebab saya peminat mee.

Ketika tengok tu nak, tengok ni pun mahu juga .. kita "Add-On Steam Chicken" ni.

Soya Cincau pelengkap Juadah Berbuka Puasa kita ~ One of the day di bulan puasa at Paparich Kopitiam, Sri Damansara. 


Kerja ler ..

Ada masanya hari Ahad bukan lagi hari rehat. Patutnya sekarang ni kita tengah mencuci mata dan poket mencari baju melayu Tuan Bodigad tapi disebabkan disuruh kerja .. hmmm .. kita 'postpone' dulu projek terapi poket kita. Udah la malam semalam tido jam 3 pagi .. pukul 5 pagi bangun sahur. Tengok la muka ku yang layu seperti Teratai layu di Tasik Madu*lagu Fauziah Latiff ler* BTW, blogger feveret kita si Eq kata muka kita mcm Fauziah Latiff masa muda-muda dulu. Ada ker? Ada ker? Ce cite .. Hihi.


Buat yang sedang berehat .. Selamat Bercuti, korang. Kita kerja .. tak leh nak hepi-hepi. Sob .. sob .. sedih!!



Bulan puasa sume orang berlumba?

Bulan puasa, sume orang berlumba-lumba. Jalan raya sesak .. ofis awal dah lengang. Mana taknya .. sume makan serentak. Maka .. berlumba-lumba lah kita mengejar masa. Apa pun, berhati-hati di jalan raya. Ada sesetengah pemandu di bulan puasa ni entah ke mana hilang tahap kesabarannya. Tau la mengejar masa but still .. HATI-HATI. Bahaya la 'rushing-rushing' ni. 

Dah 12 hari berpuasa .. bukan selalu dapat berkungfu dan bertaichi di dapur sendiri. Bila ada peluang, berkobar-kobar semangat nak main masak-masak kat dapur. Asam Pedas  is my forever ever favorites. Paling top dalam senarai lauk kesukaan. Masak lemak dan Gulai Kari lambat lagi nak ambek tempat 'dia' ni. Hihi. Yang ni guna Ikan Siakap. Kita terror oo masak Lauk Asam Pedas. Sedap tau kita masak. Eh .. masuk bakul angkat sendiri lak eh? Sori .. Hihi.

Sawi Bunga goreng  dengan 'Oyster Sauce'. Sumpah sedap. Tak tipu. Hihi.

Ayam goreng memang favourite anakanda tercinta. Hmmm .. tu je la yang sempat. But still .. Alhamdulillah. Berjaya kita menyelitkan acara main masak-masak di dapur sendiri sempena Ramadhan kali ini. Rasanya ni kali ke 3 kot?? Eleh .. baru 3 kali masak-masak di bulan puasa dah kecoh!! Orang lain masak hari-hari tak kecoh pun!! Eh .. mestilah. Ai kan sokmo bizi. Hihihi.





Terlalu mencari

Kerana terlalu mencari kesempurnaan .. akhirnya kecewa. Percayalah yang kesempurnaan itu sebenarnya hampir tidak ada. Makin dicari .. makin hampir tiada .. kerana Tuhan tidak pernah menjadikan manusia itu sempurna tanpa cela. Tiada yang sempurna di dunia ini melainkan Dia ~ Allah SWT.