Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Lagi entry mengenang Jakarta

Lagi entry mengenang Jalan-Jalan dengan Kawan versi 2011. Actually this trip is a bit 'sunyi' compare to the previous trip sebab kami hanya berdua. Bila hanya berdua maka timbullah situasi 'I talked to u .. u talked to me'. Bila Kak Nani dah tertidur, duduk la ai diam-diam tanpa dialog. Bila ai lak dah tertidur, berposing sorang-sorang la Kak Nani depan cermin mencuba baju demi baju. Tak da orang nak layan sebab ai sudah zzzzz .. Hihi.

Ni antara benda-benda yang ada di Jakarta tapi tiada di tempat kita. I found it unique and interesting.

Kalau jumpa kereta kuda di kampung-kampung di Indonesia .. itu biasa. tapi yang ni di tengah-tengah bandar Jakarta Selatan. Terkejut ai sekejap. Kat tempat kita yang ada kuda yang kaya raya jer. Kat sana, kuda milik orang biasa-biasa.

Ready to go with my Kakak cantek ~ Model 80an, mama kepada Hanis Zalikha blogger dan selebriti popular yang menawan dan rupawan itu. 

Kat mana-mana pun boleh ~ 'Mobile business' ..

Lagi contoh 'mobile business' kat sana. Cari pelanggan .. bukan tunggu pelanggan datang kat kita. Rajin diaorang nih. Kat sini dipanggil 'dorongan'

Cookies not lollipop

Tong gas buat mereka yang buat 'mobile business'. Kalau ada kat tempat kita, ai orang pertama yang akan beli dulu. Boleh la buat 'mobile business' .. Hihi.

Kalau dah namanya blogger .. penat-penat pun sempat. Hihi.

Bila tengok kunci bilik ni, teringat kenangan lama waktu Kakak cantek mencari tingkat 17 di Carcaddin Hotel di Bandung yang hanya 7 tingkat je sebenarnya tapi disebabkan malam hari sebelum tu kitorang tinggal di tingkat 17 Hampston Park Apartment Jakarta, bila ditanya "Ela .. bilik kita tingkat berapa?"  Entah macamana ai boleh terjawab 17!! Pening kakak cantek mencari Tingkat 17 di bangunan setinggi 7 tingkat. Kelakar!!

Seafood dinner kat Restoran Bandar DJakarta. Best tempat ni. Environment best .. makan sedap .. harga tak mahal. Sapa-sapa nak gi sana, dont forget to include this restaurant in your list ya. Makan banyak, 'luxury' dan sedap camtu pun tak sampai RM100. Murah, kan.






4 comments:

eliyaezlinalias said...

terkenang2 eh kc!

diana said...

sorry kakchik..
baru sempat singgah...
dah 5 hari tak singgah sini..:)

Ct Arina said...

wahhh dgn kakak cantek lagi ^_^

Alin Marlini said...

Kak Chik..camner dorang buat mobile bisnes kat sana..kat sini pun camtu kan...rindu gurame bakar....