Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Anak-anak datang rumah

Satu hari Sabtu, balik dari rumah Kenduri, kita ajak budak-budak tidur rumah.  Diaorang setuju. Meh. Jom. Jom. Berdesup budak-budak 'pack' baju. Malam ni kita tido rumah Mama Uda. Yeayyy!!

Penuh kereta sampai Mukhriz kena riba. Tunggu eh .. nanti rejeki lebih Mama Uda beli lori. Satu gerombolan Mama Uda bawak nanti. Hihihi.

Sampai je rumah Misz-ella berderet diaorang buat kerja sekolah. Baguslah anak-anak ni. Walau pergi bersukaria kerja sekolah diaorang tak lupa.


Dah penat atas lantai dia buat atas Sofa. Dah malam sikit, Misz-ella bawak diaorang makan kat Restoran Mamak. Memang diaorang yang pilih Restoran ni ~ Nan butter satu, Nan Garlic satu. Hamboi korang .. ke main pandai mengorder. Budak-budak zaman sekarang ..

Ekceli Misz-ella ada janji .. mahu belanja diaorang Tutti Frutti sebagai ganjaran kerja kuat membanting tulang dan tenaga kerana menolong masa Misz-ella berkenduri kendara. Gigih diaorang tolong ok ~ Basuh pinggan, lap pinggan, refill makanan. Cayang lah korang. Amboii Alif Hakeem .. pantang tempat ada Free Wi-Fi maka telefon melekat kat tangan.


Dini sejukkkk ... Percaya tak T-shirt Morgan yang Dinie pakai tu Mama Udanya punya? Misz-ella beli kat Hong Kong tahun 2000. Masa tu i kecik oke .. berat badan 45 kg je .. really underweight. Sekarang udah tersangat ketara kenaikkannya tapi Doktor cakap BMI i normal. So i carry on je la dengan berat badan sekarang .. takmo worry-worry .. nak hepi je.

Nyummm .. nyummmm .. nyummmm .. suka sangat diaorang makan. Tapi Misz-ella sendiri tak makan sebab masih tersangatlah kenyang. Malam tu diaorang tidur kat rumah Misz-ella. Seronok tau tengok budak ramai-ramai kat rumah. Bila time solat diaorang berjemaah ... Hakeem jadi Imam .. siap masukkan lindungilah saudara kami di Palestin dalam doa. Bijak sungguh Imam Muda sorang ni. Sejuk perut mak ayah dia, kan. Alhamdulillah for another quality time spend with my kesayangan. Hepi lah.

Kuat. Kuat. Kuat. Kuat lagi.

Lately, kitorang banyak cerita tentang kuat. Tentang bagaimana dalam hidup ni kita boleh dapat kekuatan melalui kejadian dan pengalaman. Tentang bagaimana jika kekuatan dalam genggaman, In Sha Allah segala yang susah dan getir boleh kita hadapi. 

Kata sorang kakak ~  Akak terfikir jugak nak buat camtu tapi tak dak kekuatan.

Kata sorang teman ~ Saya nak jugak tapi saya takut saya goyang. Buatnya kang dia tambah 2 ribu?

Pada pendapat Misz-ella, kekuatan hanya akan timbul bila minda sudah bersedia dan minda bersedia bila kita dah timbang semua perkara. So, kawan-kawan .. sebelum buat keputusan, fikirlah semasaknya. Kalau masih ada tapi-tapi .. kalau masih tak cukup  kekuatan .. jangan buat. Kalau minda bersedia, kekuatan ada, dengan lafaz Bismillah .. melangkahlah. In Sha Allah Allah SWT akan bersama kita. Kan "Kun Fa Ya Kun" itu milik dia. Percayalah.



Satu Hari Ahad

Pagi-pagi saya menari - Peluh sihat di pagi Ahad.  Meh kawan-kawan join me.  Sehatkan badan, singkirkan lemak yang lama kita ternak. Lemak jahat buat apa simpan, kan.

Lepas tu kita ke Kg. Budiman untuk sarapan

Bertemankan 2 orang wanita cantik ni. Makan untuk diri sendiri, bungkus untuk orang di rumah.  Mak-mak camtu la .. walau sibuk kat luar tanggungjawab dalam rumah kita tak lupa.  Part ni orang lelaki tak leh lawan kita.  Yeayyyy!!!

Pastu pergi Bt. Caves untuk ambil maka tengahari famili kami dari Cikmin - Yong Tau Foo dan desert nya Butterscotch Pavlova. Hmmmmm .. sedap!

Pukul 3:30 petang saya disini - Al-Humairah Contemporary Boutique, The Strand, Kota Damansara.  Serius cantik busana muslimah dan tudung-tudung disini.  Berkualiti dan harga sangat muhasabah.  Suasana butik sangat selesa.  Ramai abg-abg duk kat sofa teman isteri berbelanja. Bagus la lelaki-lelaki zaman sekarang. Very the sporting. Caya lah korang.

Saya pergi dengan kakak saya KY dan budak comel Sarah Ardinie ~ ke main cekci bibir dia ala-ala kak Anjelina. Dah la comel, bijak pulak, sapa tak geram. She is 7 and she prepared her own bag to overnight at my house. She help to wash everyone plates after makan. Dia boleh lipat kain baju dan dah boleh tolong ibu dia 'iron' baju, walaupun dia anak bongsu dan umur dia baru 7 tahun. Orang kata, didikan bermula dari rumah. Itu benar ye kawan-kawan.  Didiklah anak kita, bukan untuk kesenangan kita tapi untuk dia. Tengok Dinie, pegi mana-mana pun orang suka. Bab didik anak-anak ni Misz-ella memang kagum dengan ketegasan KY. Manja-manja jugak tapi kalau buat salah memang kena. Manja-manja jugak tapi berdikari itu penting untuk anak-anak dia.

Pastu kita masuk kedai ni. Ahahahaha .. melayang lagi RM kita. Kat Jakarta membeli, di Bandung sopink .. kat KL pun sapu jugak. Adodoi kakak-adik ni .. asal jatuh cinta sambar terus je .. *macam la kaya* Hihihi. Pastu hujan turun dengan lebat and we stranded at The Strand. Pastu kita minum petang kat Hailam Kopitiam. Pastu balik. On the way, singgah SD beli Pizza for dinner. Pastu kita balik. Habis dah aktiviti di satu hari Ahad yang panjang ~ awal pagi masa untuk diri sendiri dan kekawan, makan tengahari dengan famili, petang dengan kakak kesayangan dan malamnya kembali bersama famili. Camtu la saya membahagikan masa untuk orang-orang yang saya sayang dalam hidup saya. Sebolehnya memang nak luangkan masa untuk semua. Bahagia lihat mereka gembira bila kita ada saat mereka perlukan kita, kan. Hmmm .. dah. Cerita dah habis dah. Bye.



























Al-Kisahnya Shopping

Alkisahnya Misz-ella nak beli barang untuk dia. Nak beli sport shoe which i promised him long time ago. Bukan tak nak beli tapi bila jumpa sokmo tak da saiz dia. Being seorang yang tak suka benda 'pending-pending' one shine afternoon i decided that we have to settled it by today.

Terbeli dua

Hahaha .. mak nya pun dapat juga ~ This shocking pink Miss Adidas is only RM99. Tak terdaya teman nak menolak ~ 'kopak'.  Tehehehe

Sebelum keluar tu .. habis selimut cadar satu rumah Misz-ella dobi. Rehat 5 minit je mesin tu pastu sambung lagi. Kalau la mesin tu boleh bercakap, dah tentu teman udah disumpah seranah camni ~ Penatlah!! Bodoh punya Misz-ella. Tehehehe.

Alkisahnya 19

Tahun-tahun sebelum ini .. bulan Mac tiada yang istimewa untuk saya. Tahun ini, bulan Mac bakal memberikan saya kegembiraan yang sangat luar biasa. Cepatlah 19!! Aku dah tak sabar *senyum sampai telinga*

Main Dengan Kerusi

Malam ni kita Main Dengan Kerusi.  Setengah jam kita Hi-Lo lepas tu masing-masing ambik kerusi. Berdiri, duduk, bukak, tutup, tengah, tepi dan macam-macam lagi. Auwww .. auwww .. jeritan kecil kita. Sakit oke bila otot-otot peha didera sedemikian rupa. Tapi best!! Serius best!! 



Ini eksyen je cos the actual workout is harder. Ada sapa-sapa sakit peha harini? Well .. that show the workout work, OK. Beauty is pain .. no pain .. no gain. Perghhhhh .. skema sangat la ayat tu, kan. Hihihi.

Muka penat nak senyum tak larat. Peluh maksimum and we burned a lot of calories. I started my workout since i was 20's dan tahun ni saya 40. Setakat ni oke. Misz-ella masih enjoy ber eksesais dengan kawan-kawan. Malah sekarang ni eksesais saya dah tak boleh tinggal sebab bila tinggal, sakit-sakit badan. My advise for those who want to do exercise, cari la exercise yang korang suka. Kalau suka jogging, banyak taman-taman ada. Misz-ella tak suka 'Outdoor' .. nanti kulit terbakar. Ececehhh .. jaga la sangat, kan. Hihihi. Misz-ella suka sangat aerobic dari dulu lagi. Tips for you yang suka aerobic .. Listen to the music. Follow the beat.  Dont blindly do. Pergerakan badan harus selari dengan tempo sebab aerobic adalah gerakan senaman berirama. Tak boleh syok sendiri. Have to listen to the tempo whatever it is. Sesekali buatlah 'body toning'. Its a bit pain tapi best!! OK lah .. Takmo cerita lagi dah. Bye kawan-kawan. Mekaseh baca ye.




Pakcik Tongkat Kayu Golf

Dah dua hari berturut Misz-ella terserempak dengan dia. Jalan dengkot-dengkot berkupiah putih berbaju T.  Tangan kanan pegang kayu golf yang dibuat tongkat berjalan kaki sorang diri.  Bila selisih dengan lori, teragak-agak pakcik tu nak hayun langkah kaki. Siapa dia? Mana agaknya dia nak pegi? Kesiannya ..

Dalam hati tergerak nak berhenti tanya .. As-salam pakcik .. nak ke mana? Meh naik kereta saya .. saya tolong pakcik ye. Tapi saya bimbang .. saya tak berteman, keseorangan. Betul-betul safe ke saya? So, instead of tolong hantar dia, saya doakan dia ~ Ya Allah Ya tuhanku, kau peliharalah kesejahteraan pakcik ini. Moga dia selamat tiba ke destinasi. Amin.

Tunggu esok ye. Bakal bertemu lagikah saya dengan dia?