Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Satu Hari Ahad

Pagi-pagi saya menari - Peluh sihat di pagi Ahad.  Meh kawan-kawan join me.  Sehatkan badan, singkirkan lemak yang lama kita ternak. Lemak jahat buat apa simpan, kan.

Lepas tu kita ke Kg. Budiman untuk sarapan

Bertemankan 2 orang wanita cantik ni. Makan untuk diri sendiri, bungkus untuk orang di rumah.  Mak-mak camtu la .. walau sibuk kat luar tanggungjawab dalam rumah kita tak lupa.  Part ni orang lelaki tak leh lawan kita.  Yeayyyy!!!

Pastu pergi Bt. Caves untuk ambil maka tengahari famili kami dari Cikmin - Yong Tau Foo dan desert nya Butterscotch Pavlova. Hmmmmm .. sedap!

Pukul 3:30 petang saya disini - Al-Humairah Contemporary Boutique, The Strand, Kota Damansara.  Serius cantik busana muslimah dan tudung-tudung disini.  Berkualiti dan harga sangat muhasabah.  Suasana butik sangat selesa.  Ramai abg-abg duk kat sofa teman isteri berbelanja. Bagus la lelaki-lelaki zaman sekarang. Very the sporting. Caya lah korang.

Saya pergi dengan kakak saya KY dan budak comel Sarah Ardinie ~ ke main cekci bibir dia ala-ala kak Anjelina. Dah la comel, bijak pulak, sapa tak geram. She is 7 and she prepared her own bag to overnight at my house. She help to wash everyone plates after makan. Dia boleh lipat kain baju dan dah boleh tolong ibu dia 'iron' baju, walaupun dia anak bongsu dan umur dia baru 7 tahun. Orang kata, didikan bermula dari rumah. Itu benar ye kawan-kawan.  Didiklah anak kita, bukan untuk kesenangan kita tapi untuk dia. Tengok Dinie, pegi mana-mana pun orang suka. Bab didik anak-anak ni Misz-ella memang kagum dengan ketegasan KY. Manja-manja jugak tapi kalau buat salah memang kena. Manja-manja jugak tapi berdikari itu penting untuk anak-anak dia.

Pastu kita masuk kedai ni. Ahahahaha .. melayang lagi RM kita. Kat Jakarta membeli, di Bandung sopink .. kat KL pun sapu jugak. Adodoi kakak-adik ni .. asal jatuh cinta sambar terus je .. *macam la kaya* Hihihi. Pastu hujan turun dengan lebat and we stranded at The Strand. Pastu kita minum petang kat Hailam Kopitiam. Pastu balik. On the way, singgah SD beli Pizza for dinner. Pastu kita balik. Habis dah aktiviti di satu hari Ahad yang panjang ~ awal pagi masa untuk diri sendiri dan kekawan, makan tengahari dengan famili, petang dengan kakak kesayangan dan malamnya kembali bersama famili. Camtu la saya membahagikan masa untuk orang-orang yang saya sayang dalam hidup saya. Sebolehnya memang nak luangkan masa untuk semua. Bahagia lihat mereka gembira bila kita ada saat mereka perlukan kita, kan. Hmmm .. dah. Cerita dah habis dah. Bye.



























3 comments:

laskar pelangi said...

part menari2 tu best..leh hilangkan lemak degil kan kak..hehehe;)

alin said...

pergh..terliur dengan makanan tu :)

Kesuma Angsana said...

seronok tu KC !