Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Anak-anak datang rumah

Satu hari Sabtu, balik dari rumah Kenduri, kita ajak budak-budak tidur rumah.  Diaorang setuju. Meh. Jom. Jom. Berdesup budak-budak 'pack' baju. Malam ni kita tido rumah Mama Uda. Yeayyy!!

Penuh kereta sampai Mukhriz kena riba. Tunggu eh .. nanti rejeki lebih Mama Uda beli lori. Satu gerombolan Mama Uda bawak nanti. Hihihi.

Sampai je rumah Misz-ella berderet diaorang buat kerja sekolah. Baguslah anak-anak ni. Walau pergi bersukaria kerja sekolah diaorang tak lupa.


Dah penat atas lantai dia buat atas Sofa. Dah malam sikit, Misz-ella bawak diaorang makan kat Restoran Mamak. Memang diaorang yang pilih Restoran ni ~ Nan butter satu, Nan Garlic satu. Hamboi korang .. ke main pandai mengorder. Budak-budak zaman sekarang ..

Ekceli Misz-ella ada janji .. mahu belanja diaorang Tutti Frutti sebagai ganjaran kerja kuat membanting tulang dan tenaga kerana menolong masa Misz-ella berkenduri kendara. Gigih diaorang tolong ok ~ Basuh pinggan, lap pinggan, refill makanan. Cayang lah korang. Amboii Alif Hakeem .. pantang tempat ada Free Wi-Fi maka telefon melekat kat tangan.


Dini sejukkkk ... Percaya tak T-shirt Morgan yang Dinie pakai tu Mama Udanya punya? Misz-ella beli kat Hong Kong tahun 2000. Masa tu i kecik oke .. berat badan 45 kg je .. really underweight. Sekarang udah tersangat ketara kenaikkannya tapi Doktor cakap BMI i normal. So i carry on je la dengan berat badan sekarang .. takmo worry-worry .. nak hepi je.

Nyummm .. nyummmm .. nyummmm .. suka sangat diaorang makan. Tapi Misz-ella sendiri tak makan sebab masih tersangatlah kenyang. Malam tu diaorang tidur kat rumah Misz-ella. Seronok tau tengok budak ramai-ramai kat rumah. Bila time solat diaorang berjemaah ... Hakeem jadi Imam .. siap masukkan lindungilah saudara kami di Palestin dalam doa. Bijak sungguh Imam Muda sorang ni. Sejuk perut mak ayah dia, kan. Alhamdulillah for another quality time spend with my kesayangan. Hepi lah.

1 comments:

aima said...

bestnya jad anak anak mak uda