Friday, March 23, 2012

Peaceful Saturday

Bangun  6:30 pagi  'feeling fresh' walau tidur menjelang pagi. Mana tak lewat, balik dari Aerodance  pukul 10:45 malam ternampak jiran di luar pagar maka aku singgah menyapa. Jiran-jiran aku walaupun Surirumahtangga tapi kepala diaorang best dan gila-gila. Borak, gelak dan sempat berkongsi rasa*Bahagia* Masuk rumah jeling jam di dinding .. fuihh .. dekat 12 malam. Nak mandi. Nak mesin kain. Nak makan vitamin dan lain-lain.  

Dan Terima Kasih Tuhan atas tidur yang lena malam semalam meski jiwa kacau. Short but quality sleep. Aku penat barangkali. Penat minda .. penat fizikal. Selagi bernyawa dugaan dan cabaran pasti ada. Memang itu perjanjian kita dengan Tuhan .. menjadi hambaNya untuk diduga. Redha lah dengan setiap Ujian. Redha itu ikhlas. Means terima lah setiap ujian itu dengan ikhlas. Jangan menyesal dengan kejadian, jangan merungut dan rasa rendah diri. Ikhlaskan sahaja. Buka hati dan minda seluasnya sebab dalam tiap ujian pasti ada pengajaran yang tersembunyi. Bak kata seorang teman baik, Ujian tidak datang dengan percuma tapi lengkap dengan pengajarannya. Mungkin ada salah silap kita yang kita tak nampak selama ini. Kdg-kdg kita rasa kita betul tapi sebenarnya kita salah. Bukak minda .. jangan kunci pintu hati. Baru kau nampak kenapa perkara itu terjadi.

Lama aku tak buat Entry camni, kan. Bukan apa .. lately banyak sangat dengar cerita duka teman-teman. Ada yang putus sudah. Ada yang masih tegar mempertahankan cinta, ada yang kecewa. Watever your condition is, aku doakan kau kuat. Kalau kau sedang mempertahankan cinta yang kau katakan senipis kulit bawang, aku harap kau berjaya. Tapi aku nak remind kau lagi .. Daripada kau bergaduh dan stress hari-hari, lebih baik kau belai dia dengan ayat-ayat cinta. Bergaduh takkan mendekatkan kau dan dia. Menjauhkan lagi ada. Pastu kau kena berhenti point sana sini.  Kita takkan boleh merubah manusia tapi kita boleh ajar diri kita untuk terima mereka seadanya. Last .. jangan lupa doa. OK lah. Takmo cakap dah hal ni. Nanti kita cerita ear to ear ye. Hehehe.

Dan pagi ni, aku menunggu seseorang di Kedai Pernama untuk 10 botol Minyak Serai Wangi. Kak Pah tanya .. beli banyak buat apa? Jual ke? Tak kak. Saya guna sendiri dan hadiahkan pada kawan-kawan. Haa .. hadiahkan lah Jamu Kak Pah jugak. Kahkahkah .. Kelakar la kak .. Ai sendiri tak makan jamu .. how to tolong u? Len kali ye kak. 

Dan minggu ini juga, kotak ini bertemu Penerimanya, Cik Bibi. Aku beli dah lama dok membilang hari demi hari untuk memberi.  As usual, i love all my friend. Birthday close friend InsyaAllah aku tak lupa. Bukan close friend jer, birthday Abg Ipar, Adik Ipar, Kakak Ipar .. semua kekal melekat di kotak minda. Dalam hidup ni kita tak boleh 'selfish' .. hidup macam rantai .. saling memerlukan. Kita tak tau bila masanya kita perlu kan orang tu .. orang ni .. dia tu atau dia ni. So, daripada kau simpan benci, lebih baik kita positif. 

Have a Good Weekend, friends.



5 comments:

Chekgu Azrine said...

Setuju sgt dgn kak kc ttg hidup xblh nk pntgkan diri sendiri..anyway thanks for sharing those semangat..terus bersemangat!!

Peri PiA said...

boleh "rase" kc loving person :)

kc sentiasa bersemangat :)

Boni JLL3 said...

wah..bungkusan tu comelnyer..hehehe

Liza @ Adzriel AB said...

seronoknya aerodance... bdan sihat, minda sihat, jiwa sihat. sayang semua org, itu yg bahagia.

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

hidup kc...caya lah....sayang kc ketat2..