Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Kembara Kenyir

Ramai pulak yang tanya tentang Percutian menjelajah Tasik Kenyir di dalam "Houseboat."  OK. Meh dengar cerita kita dengan panjang lebar supaya lebih faham ye kawan-kawan.

I went for this Holiday last year. Serius best!! Macam-macam program ada sepanjang 3H/2M tu. Mandi Ikan Kelah, mandi di Air Terjun Lasir, Melawat Taman Herba dan macam-macan lagi.

Cuti atas "Houseboat" ni korang kena 'plan' awal-awal, tak boleh "last minute"  sebab 'houseboat' tu harus di "booking" terlebih dahulu. First, dapatkan bilangan orang yang nak bercuti atas "Houseboat" ni sebab "Houseboat" ni ada dua saiz iaitu kecik dan besar. So, sila "book" Houseboat mengikut bilangan orangnya ye. Pastu ada yang ada bilik, ada yang tak da bilik. Harga 'Houseboat" off couse berbeza, yang besar mahal, yang kecik murah sikit. "Houseboat" ni memang dah lengkap .. semua ada termasuk lah TV, Karaoke, DVD player dan Astro.

Ada 2 plan. Plan A you take the Pakej. Means, makan dan minum semuanya diuruskan. Kiranya siap dengan Tukang Masak la dalam tu. Plan ni mahal sikit sebab korang rilek je, tak yah buat apa-apa. Plan B you bayar sewa "Houseboat" sahaja. Barang-barang mentah untuk keperluan makan dan minum you kena bawak sendiri. Means, korang kena plan menu awal-awal sepanjang 3H/2M di atas "Houseboat" tu dan beli barang-barang mentah sendiri. Bahan basah macam airbatu, Ayam, Udang*kalau nak buat BBQ* boleh mintak tolong pakcik "Houseboat" belikan. OK. Saya dulu ambek plan B sebab kitorang nak enjoy our "Get Together" sambil feeling "Orang kaya" ada rumah atas tasik. Hihihi.

Inilah "Houseboat". Yang ni mahal sikit sebab katanya ada 7 bilik. 
Perjalanan ke Tasik Kenyir kitorang bermula dari jam 12 malam. Dari Kuala Lumpur kami drive ke Jeti  Tanjung Gawi. Kami memang plan nak sampai ke Jeti sebelum matahari terbit sebab nak solat Subuh kat situ*kemudahan asas ada*. Dah siap Solat ada masa lagi sementara tunggu "Houseboat" ready*biasanya jam 8* boleh la korang gi cari Nasi Dagang buat sarapan.


Yeayyy .. sedang turunkan bahan mentah ke "Houseboat". I yang belakang tu ye .. yang takut-takut tu. Nak turun pun kena berpaut kat Aiman. Hihi. Kuruslah kita masa ni. Sekarang? Thihihi*ada isi gitew*

Chewahhh .. berderet kami bersama berfotoan together.

Masak time. Ye. Itulah saya mengacau di kuali sambil dikacau oleh adik-adik manis lagi 'notty'. Jangan bawak tong gas, dapur, kuali  dari KL ye sebab dalam "Houseboat" sume dah siap sedia. Air bersih untuk masak pun Tuan Punya "Houseboat" dah siapkan.

Pinggan mangkuk sudu sume ada. 
Siap bawak tepung gandum untuk buat "Cokodok". Makan cokodok cicah Cili Sos bersama Teh Tarik atas "Houseboat" sambil menghayati ketenangan tasik. Fuhhhh .. heaven!! Kat tengah-tengah tasik ni tak da "handphone signal" ya. Buat yang bercinta ~ Sila "warning" buah hati anda terlebih dahulu supaya hubungan tak jadi haru biru. Hihi.

Antara yang kami masak dalam "Houseboat". Masak tempoyak, Suwit Sour dan Spagetthi. 

Aktiviti Mandi sungai. Muka suci tanpa mekap. Ada rupa "Wanita Melayu Terakhir" tak kitorang? Hihihi.

Aktiviti Mandi dengan ikan kelah. Nak join aktiviti ni kena bayar ye .. RM10 seorang rasanya. Make sure korang bagitau Tuan punya 'Houseboat" kalau nak join aktiviti ni. They will get the ticket for u. Geli geli ooo .. digigit-gigit ikan kelah ni. Tapi dont worry sebab ikan kelah tu rongak tak da gigi.  Hihihi.

Malam pertama kami bermalam di Gua Bewah. Bukanlah dalam Gua tapi "Houseboat" parking depan Gua, tido tetap dalam bilik yang kat dalam "Houseboat" tu lah. Perjalanan dari jeti ke Gua Bewah pun dalam 2, 3 jam jugak lah. Best tau duduk dalam boat tu sambil menghayati ketenangan Tasik Kenyir yang tersangatlah besar.
Boleh gak nak Karaoke dalam "Houseboat" 


Melawat Taman Herba



Lagi Catatan Perjalanan Kembara Kenyir di sinisini dan sini. Bacalah dan rasai sendiri pengalaman kami menjadi Orang Tasik sepanjang 3H/2M. Best!!




14 comments:

faraherda.razalan said...

Ish...seronoknye. Tapi klu yg pegi seme dah besar2...ok. Klu bwk anak kecik mcm Aydin..haru jadiknye!

Hanis Azla said...

bestnya kak.. saya [ernah pergi tasik kenyir tapi stay kat resort aje.. itu pun dah rasa best.. tp tak puas nak jalan2 sbb sepanjang 2 hari di sana hujan tak berhenti sepanjang hari..

Kakcik Seroja said...

Tengok gambar pun terasa keseronokannya. :)

[leily.laily] said...

wah, sonotnyer..
even saya org ganu seniri pon blom pernah nek lg houseboat..
asben pernah la, die join trip mancing..
suke bebeno die ckp..

Mak Wardah said...

nampak seronok sangat. Akak suggest KC pergi bwk geng ke Lembah Temir Raub. Boleh masuk TemirValley.blogspot. Tkasih

Unknown said...

wahhh setailo gilerrr nampakk!heee~

Anonymous said...

Kak Chik..seronoknya tapi Alin takut naik bot..huhuhuhu.

Tak pernah pun sampai kenyir lagi..huhuhu

Lydia Miza said...

wahh bestnye

Cik Ina Do Do Cheng said...

teringin nak rasa pengalaman tu kak chik, cik ina minat aktiviti cam tu, selalu ikut suami je ke laut.

Melati Qistyna's Mummy said...

Syioknye kc, dl kitaorg nek bot menuju ke destinasi je, pastu buat xtvt lain, mcm kayak, flying fox...

syg nini said...

boleh sy tau, berapa kos nya ye????

Anonymous said...

berapa kos untuk percutian atas bot ni???

Unknown said...

Bole tau brape kos??

Unknown said...

Bole tau tak brape kos??