Tetiba rasa Blog Misz-Ella ni dah macam Rojak Pasembor. Ada cerita keretalah, ada resepi lah, ada report pasal kesesakan jalanraya lah, ada cerita tentang kerja lah, ada tips kecantikan dan kesihatan lah. Amboiiii ... Ko pun nak "Macam-Macam Ada" gak eh Ella .. tak nak kalah kau dengan Astro. Kahkahkah.
Dalam Entry ni, kita nak cerita tentang "Makan dan Kawan". Bagaimana kawan boleh makan kawan dan bagaimana bahagianya kita bertemankan "Makanan dan Kawan-kawan".
Kawan boleh makan kawan bila timbul rasa cemburu atau bila kita rasa diri lebih dari yang lain. "Aku lagi hebat. Aku lagi bagus" dan Syaiton pun bertepuk riang kerana berjaya meniup rasa riak serta bangga diri dalam hati seorang lagi Anak Cucu Adam.
Kawan juga boleh makan kawan bila ada yang bersikap Bermuka-muka atau bila kesetiaan tidak ada. Maka berlakulah perpecahan dan perselisihan sesama teman. Sedih. Memang sedih kalau ada kawan seperti ini.
Kawan juga boleh makan kawan bila ada yang bersikap Bermuka-muka atau bila kesetiaan tidak ada. Maka berlakulah perpecahan dan perselisihan sesama teman. Sedih. Memang sedih kalau ada kawan seperti ini.
Chapter 2 of this Entry is about Betapa bahagianya bila tiba waktu makan sebab sentiasa ditemani kawan. Sangat jarang kita makan sorang-sorang. Ada masanya, nak makan apa pun tak payah fikir sebab dah ada kawan sediakan. Patut la lemak ai bertepek. Kahkahkah.
KueTiaw Sup hasil tangan kawan baik ku Fiza. Dekat 20 tahun berkawan dengan dia. Sedap Sup dia eventhough prepared in a very limited time. Makan panas-panas, buh kicap + cili api. Fuiii .. berasap!!
OK. Simple recipe for you.
Tumis bawang putih, masukkan hirisan dada ayam dan udang. Masukkan air dan 2 ketoi Pati Ayam Maggi. Masukkan air dan tunggu dia mengelegak pastu korang rasalah. Dah secukup rasa korang masukkan sayur-sayuran yang korang suka. Terus tutup air. Siap dan sedia untuk dimakan. Senang, kan.
9 comments:
me too kalau nak makan harus berteman especially makan kat luar...tp kalu tak lapo sgt layan jer
sedapnye kuehtiaw tu..
seronokkan punya kawan yg baik kakchik.. lebih seronok bila dapat makan2 dgn kawan2.. kawan makan kawan tu minta dijauhkan hendaknya..
tengok pun dah tau sedap..
saya pun suka makan yg mcm tuu...
terangkat dgr ciliapi! ehehe
Sy pnh menyaksikan kwn sy sendiri sedap meratah sy. Amboi! Enak sungguh die melahap ye? Tak apa...
Wow! Kuetiau sup tu. Nie yg bt sy nak mamam kuetiau sup mlm t. Hiks~
serius saya terliur tgk kuey tiow tu sis.. hahaha
Tiba2 kakcik rasa nak makan kuey teow sup. :)
simple tp sedap..nak sikit!!hehe
Post a Comment