Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Rumah Impian dan Pokok

Masa kecik dulu pernah berimpian, bila dah besar nanti, dah kerja .. nak beli tanah di pinggir bandar. Lebih aman. Lebih tenang. Tak nak dah duduk Bandar besar seperti Kuala Lumpur yang sokmo sesak. Well, kita lahir dan besar kat KL. So, jemu dan tak heran dengan KL la kononnya, kannn. 

Pastu kan, kita berangan kalau dah beli tanah nak buat banglo sendiri. Banglo tu tak besar, 'sedang-sedang' aje saiz dia tapi tanah depan dan sisi rumah kena besar.  Pastukan kita 'plan' nak tanam pokok besar-besar bermula dari pagar rumah sampai ke pintu rumah.  Kiranya nak sampai ke pintu rumah kita tu kena lalu bawah antara dua pokok lah. Redup dipayung oleh poko-pokok gitew. Pastu depan rumah kita ada rumput-rumput hijau .. landskap menarik .. ada pondok dan kolam ikan. Wahhhh .. sejuk  mato memandang, kan. 

Tapi tu lah .. nama pun angan-angan, kan. Mana la kita mampu nak beli tanah sebesar 2 ekar untuk merealisasikan impian kita tu. Yang mampu cuma sebiji rumah teres dua tingkat berpakejkan tanah sekangkang kucing Cik Yam Jiran Sebelah. OK la tu. Rezeki Allah SWT bagi. Bersyukur la kita, kan.

Tapi kan, sebenarnya sedikit sebanyak impian kita tu tercapai la jugak. Alaaa .. nama pun impian biasa-biasa. Lain la kalau impian kita nak rumah besar Istana atau Kondominium mewah tengah kota. Eleh .. yang tu kita tak nak.  Kita nak rumah biasa-biasa bertemankan udara segar dan keindahan alam. Wahhhh .. syurga dunia. Hihi.

Jalan masuk ke BSU ~ Tiap-tiap hari kita kena lalu jalan ni untuk sampai ke Tmn perumahan kita. Sejuk dan redup even masa tengahari tengah tegak atas kepala sebab dipayungi oleh pokok-pokok yang ditanam sepanjang jalan. Hijau sepanjang jalan. Best kan. Pastu kan, kalau malam hujan, pagi tu kita boleh nampak kabus. Wahhhh .. 'heaven' lah. Kita suka lah tempat tinggal kita. Strategic location, very quiet and privacy, kemudahan asas sume ada, lebuhraya, jalanraya sedia ada. I like. Tapi kan, sekarang ni tempat tinggal kita ni dah semakin popular so "kesesakan jalanraya" adalah dipakejkan sekali kepada penduduk di sini. Benci!!

13 comments:

Melati Qistyna's Mummy said...

Area sana harga Umah dh semakin mencanak sakng ni...


Lama x singgah, byk xtvt kc yg abby terlepas neh...heeee

Izan Ishak said...

izan pun suka kalau masuk kawasan perumahan yg byk pokok2 camni. sejuk n redup aje kan kc...

Anonymous said...

bertuahlah kc dapat beli rumah kat su itu.kita seharusnya selalu bersyukur dengan apa yg kita ada

kasihibu said...

sya dapat membayangkan rumah impian kakcik tu ;p

syukur ada jugak rumah untuk berteduh kan?

miloais milo said...

ada jugak kan rumah sendiri untuk berteduh tu....

Wanieys Hashim said...

memang best sesangat rumah dikelilingi kehijauan pokok kan...dpt byg rumah impian k.chik :)

Daddy Ziyyad said...

OOhhh...tinggal di BSU rupa rupanya..sekarang mmg ada pakej 'jem' kat situ...ekekeke

kakcik said...

Masa kakcik beli rumah kakcik sekarang, orang kata tempat tu tempat jin bertendang. Tapi sekarang, jin pun takut nak lalu! :)

eliyaezlinalias said...

iyea el penah sesat mcari kc di situ....rmmbr? hihihi

sudipVSsenduk said...

mungkin 10 tahun akan datang, pokok2 besar tu pun ditebang juga kot... sedih

diana said...

seiring la dengan peredaran masa tu kakchik..:)

CT said...

kalo nak kelas lg...akk suggest buah umh atas pokok...baru btl2 dkt sgt dgn alam flora & fauna..hihihi

Peri PiA said...

pia pulak terbalik,sb dah 20thn dok SB tingin dok kl,tp tak mampu :(

tgu kalu ade rezeki ,hubby dpt kuaters ke.dah 4thn menunggu.kc tlg doakan ye

bukan ape,nak merase je dok kl jap,mane tau panjang umur blk SB

cari rumah kat kuang ke,hihi