Cerita Raya tak habis lagi. Rasanya memang tak sempat nak dihabiskan kot? Hmmmm .. bukanlah 'happening' sangat life kita yang biasa-biasa ni hingga mahu dikhabarkan ke seantero dunia. Sangat sedar yang diri ini orang biasa-biasa .. tak siapa kenal pun .. malah tak pernah terfikir untuk jadi terkenal atas tiket blogging. Nawaitu berblog masih kekal hingga kini ~ Mahu menulis untuk kenangan buat anak cucu kemudian hari. Bukan wang ringgit dikejar .. jauh sekali nak jadi terkenal. Entahlah .. mungkin sikap 'low profile' atau lebih suka bersederhana dari beria-ia buat kan Misz-Ella lebih suka begini. Alhamdulillah .. hingga kini masih berpijak di bumi yang nyata. Mudah-mudahan kekal di landasan. Kalau tersasar ... Tolong ingatkan akuuuuu *chewahhh .. sempat nyanyi* Hihi.
Dapat jemputan beraya di rumah CT @ Ibu Darwisy. Salah satu kemanisan berblogging adalah dapat menjalin ukhuwah. CT, Fiza dan Ztee is my blog reader .. pastu jadi kawan 'FB' dan terus 'ngam' di alam nyata. Manis. Memang manis. Tapi setiap perkara ada pro dan contranya. Blog, FB etc has become a famous Social Media. Even kids have FB account too. Social Media datang dengan kebaikan dan keburukannya. The beauty of Islam spread faster around the world thru the Social Media. Hidup huru hara .. maruah tergadai sini sana juga terjadi gara-gara social media. Kecanggihan cyberworld bukan hanya membawa kemanisan malah ancaman kepada manusia. Hmmm .. tak nak la cerita panjang lebar. Nanti korang boring baca, kan.
It's Darwisy's birthday too. Terima kasih CT invite kitorang. Disini kami makan Soto, Wajik Durian, Nasi Impit, Gulai, Rendang dan macam-macam .. dan keenakan kuah soto itu buat Misz-Ella teringat-ingat sampai harini. CT .... KC nak soto lagi .. nak wajik durian lagi. Nak. Nak. Nak. Nak CT jugak. Hihi.
Tq kepada Encik-encik suami yang jadi 'Paparazzi' para suri. Tak lengkap lah tiap pertemuan tanpa berfotoan, kan.
Lepas tu Misz-Ella dan famili ber Western Raya di Puncak dan seterusnya ke Putra Prima juga untuk beraya. Bertembung dengan Atie di rumah El .. kami sambung borak, makan dan gelak. El dan Atie juga kenalan dari Blog dan FB. Manis sangat bila dapat kenal mereka semua ~ sambil bercerita sambil mengisi ilmu di dada kerana kami datang dari profession yang berbeza. Alhamdulillah.. Rahmat Allah SWT datang dengan bermacam cara. Selain dari rezeki, kawan yang baik, keluarga yang bahagia, fikiran yang lapang juga adalah rezeki dari Allah SWT. Tapi .. Misz-Ella masih tak pasti masa depan Blog ini. Entah kan esok .. entah kan lusa .. entah kan tutup terus .. entah kan "For my eyes only" .. Misz-Ella masih tercari-cari. Apa pun .. terima kasih pada yang datang membaca. I am nobody. My story pun entah apa-apa .. tapi korang tetap datang and make me happy. I appreciate every click. As much as i ikhlas berkongsi di sini .. i do hope you come with 'ikhlas' too. Hmmm ... sudah-sudah lah tu. Panjang betul Misz-Ella membebel, kan. Actually Misz-Ella sedang 'headpening' .. gara-gara sedang merencana Aturcara Terbang Tinggi-Tinggi. Bulan 10, bulan 11 .. HaiHaiHai .. bukan mudah jadi "Mastermind", kan. Kerana bantu membantu itu juga ibadah .. maka marilah kita rela dan redha. Insyallah .. Allah SWT permudahkan urusan kita. Amin.
13 comments:
betul tu..kdg2 blog, fb..twitter dah disalah gunakan..dah jadi fitnah pun kdg2..
cntik le baju u hahahaha..tu yg i nmpk kikiki
i x beraya this year sbb arwah ayah i sakit..pas dia mninggal baru beraya tu pun pilih2 tmpt sbb hati masih sayu
Wah... Ella nak terbang lagi ya? Seronoknya. :)
Sebab time raya macam ni je la peluang dpt beramah mesra dgn rakan2 yang jarang dapat jumpa...
memang best raya... nak tunggu next raya plak.. lambat lagi tu.. hehehe..
psttt.. lawa baju.. :)
apa yang KC nyatakan itu benar belaka...kecanggihan sekarang boleh membawa kebaikan dan keburukan. Terpulang pada diri sendiri...Apapun...terpulang pada seseorang..namun nak naik dengan menjatuhkan org lain...sesuatu yang yang org x berakal jer buat...jalan pintas.
Syokkk tengok ronda² raye...aii tak meronda sangat pun...boleh kata raya dalam x raya...heehee..
seronoknyer kakcik beraya
betul kakcik..terlalu byk cerita raya yg tak sempat nak distorymorykan..hehhehe
Uii bestnya gi berayekan? Hmm kite tahun ni tak jalan beraya sangat sebab sebok dok berulang settlekan hal umah. Nanti tahn depan janji nak follow koram bulih? (Tak bagi pun ndak ikut! Hahaha...)
My latest Entry :)
Saya trauma kat Encik Jamban
amat mdalam kata KC dlm entry kali ni. puas pk, tp tk dpt jawapan.... to stju jgk dgn komem kak lily (ummiakid)....
apa2pun, wat ever happen later on, kita keep in touch ye kc. jgn diputuskan frenship yg dh sedia ada ni...
kak cik asyik raya je..jeles!!!hehehe
saya rasa entry ni lebih dari sekadar entry raya ye dak? ;D
bestnye tayang gambar raya... huhu
bila agaknya nak jumpa kakchik ni ye
Post a Comment