Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Mandi Peluh dan Life Begin at Forty


OK dah. Dah penat, dah basah lencun, dah release stress, dah puas bersenam, pegi balik.  Gempak gila tarian ZumbaDi  kat Kelas tadi.  Zumba dance tengah-tengah ada joget Hindi.  Gempak habis!! Ramai yang menonton tak ramai yang berani mencuba sebab 'Hot' gila kauuu .. penat dan peluh nitis-nitis wa cakap lu.  Dah la lagunya panjang, stepnya banyak main pinggul dan gelek pinggang.  Hambek kau!! Tapi akak tak kira, akak ON jugak. Dance ni kan, kalau orang tak da stamina memang tak boleh buat. Konfem semput.

Habis kelas gi minum dengan Minah-minah Aerodance ni ... Bukan Yanti Bedak Sejuk @ Pinky je tau .. bab makan minum yang lain-lain pun laju!! Hahaha.

By the way, harini I naik pangkat.  Alhamdulillah. Syukur pada peningkatan umur setingkat lagi.  Orang kata Life Begin at 40. And Yesszzz!! umur Misz-ella genap 40 tahun harini. Bila kita 30an, kita berdoa agar kita sampai ke umur 40an. Kita nak tengok macamana hidup kita di waktu tu dan Alhamdulillah, i am hepi.  Umur 40, anak i dah 17 tahun, i masih aktif berexercise which is my hobby, i still enjoy meeting up my friends tak kira kawan baru atau lama.  I still suka mendambakan diri untuk orang-orang yang i sayang. Melihat orang yang kita sayang gembira buat kita rasa bahagia.  I always believe pada tanggungjawab membahagia dan membantu sesama insan, samada dia ahli keluarga, kawan-kawan, saudara mara atau sesiapa saja.  Hidup macam rantai, saling memerlukan dan saling menyokong satu sama lain.  Kalau tak caya gi tengok rantai basikal, kuatkan basikal tu kerana pautan sang rantai. Putus satu, pincanglah semua.  At the same time i learned, dont put too much expectations cos it hurt you back by the end of the day.  

Sepanjang 40 tahun menjadi hambaNya, macam-macam i dah tempuh. I bersyukur atas tiap kejadian yang berlaku dalam hidup i.  Walau macamana pahit tiap dugaan, ada hikmah tersembunyi di penghujungnya.  Hari ni kita sedih, esok Allah bagi ganjaran semanis madu kat kita.  

Seawal pukul 12 tengahmalam, banyak WhatsApp dan SMS masuk.  Bangun tidur pagi ni, tengok Wall FB kena serbu dengan korang-korang yang remember me. Mekasih banyak-banyak for the doa and the birthday wish. Doa yang sama i tuju kat you all semua ye. 

Lagi satu kan, di ambang 40an ni kan, bukan Misz-ella nak dirai dengan Lamb Chop ke, Candle Light Dinner ke apa benda ke tapi teringin nak makan Cekodok pisang yang dibuat sendiri. Gara-gara tertengok cokodok pisang Para Jamaluddin kat Instagram la ni.  Bulat-bulat hitam garing ko cokodok dia.  Terus suruh dorang gi cari pisang lembik malam tadi tapi dorang cakap Pisang lembik tak da, pisang keras ada la. Alolololo .. pisang keras bukan boleh buat cokodok, buat banana split boleh arr. *sobs* sedih gila dorang tak dapat cari pisang lembik untuk i.  Tapi tak pe, jap lagi nak redah kampung'-kampung di Kuang untuk cari pisang lembik. Ohh pisang lembik my birthday wish tahun ni. Hahaha.

OK la ye. Got to go.  Ingatkan Birthday Mom boleh rehat di harijadi ni tapi tak boleh jugak nampaknya sebab still ada banyak kerja yang need my touch and esok, Alkisah Tell Me About Yourself Part II akan bermula.  Ehh .. i belum cerita yang Part I tu ye? Nanti-nanti i tell you ye. At this moment nak gi checkidautt something dulu.  Tq readers. Bye.

11 comments:

faraherda.razalan said...

KC sayang, hepi bday!!!! Moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan bahagia selalu!

JunAina said...

Hepi bufday KC...muah..muah...

Ita Rossi said...

happy bday Ella. All d best utkmu. welcome to d club. Seronokkan memasuki gerbang 40an?
Baru tadi beli pisang lembik kat s/mrkt nak buat cekodok. Kalau nmpk pisang lembik mesti ingat cekodok. Kalau dekat bolehlah hantar sikit.

diana said...

tak buka fb lg.baru tau hari ni hari jadi kakchik..selamat ulang tahun kakchik..semoga kekal sihat dan cun melecun..hehe

el said...

hb KC..keep in fit ea
smoga pjg umo dimurahkan rezeki
bahagia sllu dan all the best in ur life...:)

Kakcik said...

Petang semalam kakcik cari pisang lembik konon nak buat lempeng, takde juga.

BTW, hepi besdei Ella. Didoakan segala yang baik2 buatmu...

Irfa said...

SEMOGA SIHAT DAN DIBERKATI ALAH DI USIA 40AN :)

Mama Damia said...

happy besday kc...wlupn 40 ttp mcm 30 :)

Mama Zharfan said...

epi besday dear KC :) stay gorgeous and awet muda gitu!!

FARAH deeb said...

Hot momma at 40's! Cayalah! Hmm kalau tau smlm kite hadiahkan pisang lembik kan? Hahaha... Jemput Singgah: Kek, kek,kek dan kek!

Filla said...

happy birthday kakchik.. may God bless u :)