Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Merdeka Eve & Therapy



Makan-malam dengan Dia masa Malam Menjelang Merdeka.  Jalan-jalan .. tengok-tengok .. beli-beli. Dari dulu sampai sekarang 'Shopping is always a therapy for me when i stress'.

Dulu masa masih kerja .. time kepala tengah serabut i akan ajak someone temankan i keluar. Tolonglah bawak i keluar.  Jom kita keluar. Sekejap pun jadilah ... asalkan boleh keluar menenangkan diri dari 'paperwork' yang menyerabutkan ni. 

Usually we went to Shopping mall.  Look see .. look see .. dalam hati memang tak set nak beli. Tengok-tengok belek-belek menghayati. Then beli Coklat buat peneman mengadap PC. 

Nak tau apa i rasa when i returned to my workstation? Fuhhh lega beb. Sangat lega.  Dah boleh fokus pada kerja .. dah good mood stress hilang entah ke mana .. sambil buat kerja sambil kunyah coklat.

Terapi 'window shopping', terapi coklat, terapi dengar bunyi ombak hempas pantai, terapi berjoget di lantai tari .. terapi menangis di tikar sejadah .. tu sume pilihan Misz-ella. Nampak tak yang ini semua permainan minda? Nampak tak yang kalaulah kita boleh 'divert' apa yang di dalam minda ke tempat lain .. In Shaa Allah segala kegusaran hati akan hilang malah kita akan lebih rasa tenang.

Tatkala apa yang kita hadapi itu sangat melelahkan, maka kau 'divert' lah ia ke arah yang lebih menenangkan. Jangan dilayan kepenatan minda kerana ianya boleh mendatangkan kemusnahan yang lebih besar sahaja.  Dah penat sangat balik rumah kang marah anak, marah laki walhal salah dorang tak la sebesar mana. Walhal yang penat itu adalah minda, bukan fizikal kerana kerja-kerja di pejabat ni mana guna tenaga tapi minda semata. Minda kuat .. badan sehat .. dan hidup pun lebih bermakna.

I hardly told people my stories .. i dont think its good to share with others unless that person is someone i really trust. Sebab kadang kita ingat dengan meluahkan perasaan pada seseorang ia akan menenangkan tapi tidak kerana kadang ia hanya akan memburukkan keadaan. Things spread .. kalau betul cara penyampaian tak apa. Kalau tidak? Memang betul .. ada masa kita perlu seseorang untuk meluahkan dan meringan kan beban. If you have and find the right person then Go. If not, berbalik lah kepada Allah SWT. Hanya Dia yang tahu segala-galanya. Kun Fa Ya Kun itu milik Dia. Takkan terjadi sesuatu tanpa izin dan kehendak Dia. Maka pada Dia lah tempat yang paling sesuai untuk kita mengadu. Macam bagus je kan. Macam gud-gud je kan bila Misz-ella cakap camtu. Tak kesah la orang nak cakap apa tapi itulah realitinya. Itulah yang sentiasa Misz-ella amalkan dalam hidup ini.

Harini 31/8/2014. MERDEKA.
DISINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA ..

Walau hanya sebaris ayat kalau dikupas sehabis dalam sangat bermakna maksudnya.

MERDEKA. MERDEKA. MERDEKA.







Memerdekakan Jiwa

Hai Readersss .. Assalamualaikum.  Selamat Hari Jumaat. Jumaat terakhir bulan 8 2014.

Bulan 8, bulan Kemerdekaan. Rakyat Malaysia bersuka ria menyambut Kemerdekaan Negara buat kali ke 57 tahun ini.  Alhamdulillah Malaysiaku indah.

For me, hati dan jiwa masih belum Merdeka sepenuhnya.  Masih ada persoalan yang perlukan jawapan .. masih ada penggantungan persoalan yang belum nampak titik noktahnya. Bukan Misz-ella tak nak noktahkan tapi masih menunggu jawapan sebelah sana. Eeee suka 'hang-hanging' .. debik kang baru tau. Haha.

Fun-Fun & Exercise .. cerita sepanjang minggu.

Makanan dan Kehidupan tak dapat dipisahkan so seharusnya lah kita bersenam selepas melenjan 'our tummy' dengan 'food-food yang luxury'. Bersenam baik untuk Kesihatan, baik untuk minda yang sihat .. baik untuk diri sendiri dan bila sihat boleh berbakti untuk kesayangan dan famili. Jom ikut Misz-ella bersenam. 

SONY Smartband SWR10 .. A high tech Lifelog. Dah lama nak benda ni tapi tak beli-beli then tetiba dapat Free. OhMyyyy .. rasa nak lompat bintang 1000 kali sebab hepi.  Tq Tukang Sponsor.

Another Gift Of The Week .. kata dia Misz-ella dengan High heels and luxury handbags tak dapat dipisahkan .. so this is specially designed for you. Tq Darling. I love You. Muah .. *flying kiss*

This week jugak i attended a Baking Workshop. Percaya tak? Sila lah percaya sebab i tak tipu ye. Healthy Hokaido Cake my choice for healthy lifestyle.  Macam mimpi la dapat menimba ilmu macamni.  One thing i learned .. if you are not in a good mood dont bake a cake cos cake needs soft and gentle touch. Pergi bake roti boleh 'punch-punch boxing-boxing'. Hihihi.

Drive alone for a 10 course Fine Dining Dinner +  movie.  What a superb night we had. Worth my long journey and hours spending even i arrived home like Cinderella .. few minutes before 12 midnight.  I will write about it soon. Banyak cerita nak updet termasuklah peluang untuk Terbang di awan biru hujung bulan ini. Moga Allah swt permudahkan semua perjalanan kita.  In Shaa Allah. Amin.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 57.  SELAMAT BERCUTI. SELAMAT MEMERDEKAKAN JIWA-JIWA YANG LARA. 
YEAYY!!



Ahad Yang Menguatkan

Ahad yang 'FULL'. Ahad yang 'lots of fun'.  Ahad yang sangat buat saya rasa hepi dan puas. Ahad yang menguatkan fizikal dan minda.  Alhamdulillah .. kerana ianya rezeki Allah SWT.

Double exercise - Pagi di Puncak Alam, malam di Dewan Meru 3, Klang.  Pagi kita buat 'Fun Dance' then kita exercise dengan bola. Kita 'pumping', kita 'sit up' kita 'jump-jump' kita gerak pinggang, tangan, kita angkat kaki semuanya guna bola.  Jangan takut dan bimbang yang penting seimbangkan badan di atas bola .. get yourself comfortable and be confident, listen to the music and follow the movement. ENJOY. 

Balik rumah masak, sapu, mop dan kemas then keluar gi Kenduri rumah Alin .. jumpa Catherine, Siti dan Along Mya Zara di situ.  Lepas tu terima tetamu .. Mily and her daughter Danisha Balqis and Atie dan family.  Sempat la Misz-ella buat Juadah ringkas serba sedikit untuk mereka.

Dan setiap Sessi haruslah disertai dengan Kopi. Kopi sedap ooo. Best. Best. Best.

Happy Monday readers. Hope you have a blast week.  Tempuhi hari-hari dengan kecekalan. Hadapi tiap yang datang dengan kesabaran. Bye.

Tetamu Suhati

Tengahari Ahad di rumah Engineer Emie .. nama je duk setaman tapi tak pernah bertembung kat mana-mana kecuali kena 'roger' kat jalan bila dia nampak kereta kita.

Emie ni rajin sungguh buat Makan-makan. Murah rezeki bagi orang makan tau .. selagi jadi darah daging selagi tu Emie dapat pahala.  Tiap-tiap tahun dia jamu kitorang dengan makan-makan di rumah dia. Rajin betul. Kunjungan kali ni lebih istimewa sebab kawan baik Misz-ella, Laili dan Ah Heong ada sama. Rosnah, Lyn dan Fiza tak join sebab ada komitmen lain. Oh sedihh akak rindu you bertiga ok ..

Kami semua pernah sebumbung kerja bersama. Only me, Laili and Kak Zu left yang lain-lain dalam gambar ni masih kekal dengan Suhati.  Yang paling best, even dah tak sebumbung ukhuwah masih terjalin antara kami .. once bila Emie cakap nak buat makan-makan kami pun Yeayyy!! dan Misz-ella mula mainkan peranan sebagai Puan Admin menguruskan itu ini dan akhirnya bersatulah kami di petang yang indah ini.  Gila menjerit Laili bila nampak Misz-ella ..hampir 10 tahun tak jumpa dia. Laili tetap kecoh kecoh macam dulu tak berubah karakter dia .. the one and only Laili. Apsal aku tengok kau sama je tak gemuk-gemuk .. tak tua-tua dari dulu tanya si Laili .. Pe kes tak tua beb .. age never got discount ok .. dulu masa kenal kita 20's now kita 40's .. Dalila dan Aiman yang sebaya tu pun dah grown up jadi bujang dan anak dara. Cepat betul masa berlalu, kan.

Jumpa Ah Heong macam biasa lah .. mesti kena peluk cium "I LOVE YOU" dulu .. itu dah memang tradisi kami bila jumpa. Aku tengok engkau dekat Facebook banyak cantek la. Ehh kau intai aku eh .. ooo baru aku tau kau intai aku selama ni. Kau datang senyap-senyap je tak pernah komen pun. Aku tak tau main la. Hahaha .. jangan terkejut .. Ah Heong ni pelat. Bila dia cakap aku tak tau main .. tu maksudnya dia tak reti nak berkomen-komen di FB .. dia reti tengok je so mengendap aku je keja ko ye. Hehehe.

Then Puan Admin si Misz-ella telah mengarahkan supaya mereka ke rumah saya pula dan ini adalah Grup pertama yang tiba ~ Al, Ayang, Sarina dan Ah Heong. Juadah last minit yang tak seberapa .. Pagi tu baru Misz-ella masak Rendang Ayam, rebus Nasi Impit, buat kuah kacang dan masak Agar-agar Gula Melaka. Sempat lagi beraya di rumah jiran Misz-ella selang 3 pintu dari rumah ai dan sempat lagi berkejar ke Kg. Gombak mengambil tempahan Roti Jala yang ditempah dari sana. Life is like amazing race i tell you but i enjoyed it very much. Saya sangat berbesar hati awak semua datang ke sini even hidup saya tunggang langgang dibuatnya hari itu. Padan lah muka .. sumenya nak kau buat di pagi hari. Nak fresh la konon .. haha.

Grup ke 2 yang tiba ~ Shahril @ Butang, Kak Zu @ Kakak Cool dan Ju. Kepala Butang memang layan .. kalau jumpa dia memang gelak tak sudah tapi baru-baru ni dia behave sangat notty and buat i very angry with him. Nanti la kau Butang .. sikit lagi kena la tiupan puting beliung dengan aku. Misz-ella ni kata Tukang Tilik bersifat seperti Angin.  Kalau tak dicuit sepoi-sepoi bahasa sangat mendinginkan dan cool gila tapi kalau tercuit .. boleh swing like hurricane beb. Kalau Ju nak sumpah si Butang jadi Kodok .. Misz-ella tengah pikir apa aku nak buat dengan Si Butang ni ye? Hehehe.

Dah makan kami lepak di Ruang Tamu rumah saya. Ruang tamu comel tempat berehat selepas siangnya Tuan rumah berada di luar berpenat-penatan melenjan diri.

Then its Razita and Family. Ya Ampun .. lamanya tak jumpa Razita. Rindu sangat kat dia so bila dia cakap on the way ke Saujana .. dalam hati bersyukur gila sebab impian nak melepas rindu pada Razita dan familinya terlaksana. TQ Allah untuk sebuah ukhuwah yang sangat indah.  Razita also left Suhati like Laili, me, Rosnah and Kak Zu.  Leaving the office doesn't mean we leave each other sebab dalam hati tak pernah lupa .. dan takkan lupa sampai bila-bila. Sweet, kan.


Kak Zu dan Aiman lepak at another part of my Ruang Tamu. Dorang berdua ni memang rapat .. tah apa-apa tah depa cerita .. siap 'Selfie' berdua amboi-amboii .. bukan main anak aku bila jumpa Auntie Zek nya. Dia dah biasa dengan Kak Zu dari kecik sebenarnya.

Me and Ju

Lepas tu kami ke rumah Al .. also in SU. Seronok gila jalan ramai-ramai. Dah rasa macam Rombongan Cik Kiah dah masa ni ..

At Al's house .. Walau hanya Keropok keping dan kueh kering .. yang penting we happy together beb. Sorry Shahrul dan Al kerana buatkan you all berdua kelam kabut dan kecoh kerana tetiba kami mahu ke rumah you. Alang-alang dah sampai SU, kan .. moh le kita lajak ke rumah dia. 

Fazli suami Razita heran kenapa ai panggil Shahril Butang. Ohhh its a very old story. Yang panggil dia Butang means kita dah kenal lama dan close together. Yang tak panggil dia Butang sohih la dorang orang baru dan tak tau cerita. Nostalgia sungguh al-kisahnya si Butang tu.

Then we went to another house dimana kue raya nya sungguh cantik berwarna warni and makes the meja so ceria. Maka insiden aku bukak kau makan pun berulang lagi .. this time Misz-ella vs Razita. Hehehe. 

Puan Rumah yang comel berbaju biru. Fiza nama dia. Misz-ella hanya sempat satu projek dengan dia iaitu Sekolah Bukit Kuching before she left Suhati. Tak sangka rupanya se Wilayah jugak Misz-ella dengan dia. Istimewanya Syawal kerana ia menjadi medan menyatukan kami semua. Lebih istimewa kali ini kerana berpeluang meraikannya dengan kawan-kawan lama. Ukhuwah yang sangat indah. We went home menjelang Maghrib. I have only 2 hours to rest before vroommm laju-laju ke Bangi menghantar Aiman pulang ke Campus.  Alhamdulillah diberi kesihatan mental dan fizikal yang baik dapat berbakti kepada famili tanpa mengabaikan social responsibility. TQ jugak Aiman sebab tolong Mama masak, tolong layan tetamu, tolong basuh pinggan, tolong bancuh air.  Bak kata Aiman .. kawan-kawan ofis Mama yang ni memang dekat di hati .. Aiman dah kenal dorang dari kecik lagi. Mana taknya .. masa i join Suhati Aiman pun tak da lagi and i left when Aiman reached the age of 17.  Gila lama Misz-ella kerja kat situ, kan and now i'm back as Puan Admin for this Grup. Lets see what we can do together tapi yang penting adalah menjaga silaturrahim agar ukhuwah tetap terjalin. Biar jauh dimata tapi dekat di hati ye adik-adik. Kak Ella sayang korang semua. Ok dah selesai Entry mengenang Tetamu Suhati pada 17hb Ogos haritu buat Kenangan kami semua di hari tua. Tq baca. Bye.

MH 17 - Malaysia Berkabung

Pagi Jumaat 22/8 - Hari dimana Misz-ella bangun awal sebab dikejutkan oleh Geng Karat Grup Whatsapp.

Pagi dimana Misz-ella start enjin kereta dan menuju ke RHB Meru untuk urusan 'banking' dan lepas tu pergi cari Pisang di Kedai Runcit sebelah Petronas dekat pekan Meru untuk menjalankan Misi mingguan tiap Jumaat.

 Lepas Raya semua barang naik termasuk lah pisang yang sudah RM4.OO sekilo hari ini.


Pagi dimana Misz-ella bungkus Lontong Jawa dan 2 Nasi Lemak Kerang untuk sarapan pagi kita.


Pagi dimana Misz-ella duduk menghadap TV menyaksikan Istiadat Penerimaan Jenazah Mangsa Tragedy MH 17. Ya Allah sebaknya rasa hati .. menitis airmata menonton istiadat tersebut dari mula hingga akhirnya. 

Al-Fatihah buat semua mangsa tragedy MH 17.  Moga ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan dirahmati Allah SWT. Amin.

Ada Pilihan

I just finished talking to my fren whom i treated like my own sister.  She said 'Hidup Ada Pilihan'. Jangan menzalimi diri sendiri dengan mengatakan Tak Ada Pilihan maka saya terpaksa. Ye. Saya sangat setuju wahai Kakak ku.

I boleh memilih untuk memakcik kan diri dengan lepas makan tengok TV or TV tengok i *macam mama i* dan 'pose' macam Duyong terdampar kat tepi pantai depan TV tu  *hehehe* but i chosed not too. I boleh memilih untuk tak spend my money mintak je kat laki like some of my frens did but i chosed to contribute to my family too.

I boleh memilih untuk tak masak sebab anak i sorang biar je dia beli kat luar or cari makan sendiri but i chosed to main masak-masak pagi-pagi even after that my life like 'Amazing Race' i tell you ..

I boleh memilih untuk 'hire part time/weekend maid' like some of my frens did but i chosed to kemas rumah sendiri sebab i super cerewet i tell you.

So lepas ni kawan-kawan tolong la jangan mengadu kat Si Ella laki i camni camtu tapi nak buat camna .. dah laki kita .. dah jodoh i .. kena la 'carry' sampai bila-bila. Jangan la datang kat aku cakap Kerja i stress boss i kejam zalim gila tapi i terpaksa jugak menghadap muka dia. Ohhh Please lah .. Macam lah Takdir dan Dunia ini zalim pada kau walhal kau yang menzalimi diri kau sendiri. Hidup ada pilihan and its in your hands, my dear friends.

Makan Lempeng Jawa dengan Cikgu Hartini . Bukan takat lempeng  ..  ada Laksa dan Soto sekali. Dah makan kenyang baru nak insaf dan menyesal. Ehh bukan kau nak diet ke tadi? Tehehehe.

Keluar merayap dengan Kak Wan Senari. Bukan main cantik akak ni .. even umo dah dekat 50 tapi masih bergaya lagi dan dia Perak + Kelantan .. sama macam ai. Mulut dia MasyaAllah .. kalah mulut murai ai. Bila dia ada konfem meriah suasana .. kalau kau bad mood pun sure akan ceria gila tapi kalau kau tengah sakit gigi sure rasa nak bagi penampar kat dia. KaHKahKah. Tapi kan .. sakit gigi tu sebenarnya caner rasa dia? Orang kata sakit tapi i donno la .. sebab gigi i tak pernah lagi sakit .. ce stori.

Wednesday night Aerodance class. I almost tak datang class sebab Aiman tetiba nak balik dan suruh fetch dia at the Campus. Mak ni displin kuat tapi tak pelah .. kerana Anakanda hamba turutkan then tetiba .. Tak yah ma .. Aiman balik dengan kawan. Yang Misz-ella ni pun bila dengar anak nak balik mula la masak beria-ia .. Nasi Beriyani lauk Kambing lauk Sambal Bilis lauk Kari Ayam. Cisss .. macam nak kenduri mak malam tu and the best thing i sempat gi class even sikit terlambat. You can do it if you want, Trust me. Tapi mental kena kuat lah. Kalau mental tak kuat mesti sume penyakit malas .. letih .. penat .. or whatsoever datang menghimpit kita lepas tu otak cakap lebih baik aku rehat dan tido je. Kan Kan Kan. Hehehe.

The class was Fun. Lagu-lagu 80's like Papa Dont Preach, Fame, Girls Just Wanna Have Fun .. aku exercise sambil nyanyi malam tu. 


Another fren of mine .. we called her Mama. Mama dah 54 dah pangkat Granny tapi still aktif bersenam lagi. Good mama .. I hope i can be like you .. maintain kekal bergaya hidup sehat even sudah bertaraf Warga Emas. Mama cantik .. macam pakai Botox muka dia rasa nak bagi cubitan sayang je. Hehehe. Lepas class, i wanted Kopi O. Jom aaa Jom aa Umi, Mama teman i and they came along with me. Masa ngopi mama cakap masa muda dulu dia cepat marah .. kalau dia marah dia boleh tampar orang or terbalikkan meja. Misz-ella cakap kat Umi ce bayangkan Mama terbalikkan meja kedai mamak tu .. sure macam Bini Hulk rupa dia, kan tinggal lagi ni Hulk versi perempuan. Hahaha.

Keep moving .. stay positive .. trust yourself .. you can do it .. macam Mama .. even dia sedikit slow tapi still dia boleh bersenam at the age of 54. Ok Bye. Tq baca ye.



Happy Birthday Danisha

 Hari Sabtu malam minggu .. Ya Ampun banyak nya la undangan. Jenuh tayar kereta bergolek ke sana sini. Dengan trafik jem, dengan susah payah .. Misz-ella tetap berusaha gagah.

Priority' tahun ini adalah rumah kawan-kawan/sedara mara yang lama tak jumpa. Yang biasa-biasa and selalu jumpa tu jangan kecik hati ye .. ada jodoh kita jumpa tahun depan. 


Danisha Balqis's birthday @ The Kasihs, Puncak Alam. I only managed to arrive Mily's sweet home after 11pm that night tu pun selepas temujanji dengan 'Bakers' dibatalkan atas persetujuan bersama. Puncak Alam is just 10km away from my house, about 10 minits driving so penat pun ku gagahkan jugak .. demi Danisha Balqis yang 'sweet, manja and adorable'.  Dia kalau jalan dengan Misz-ella or Umi dia akan pegang tangan kitorang. So manja dengan sesapa sahaja.  Happy Birthday Danisha Balqis.  Moga membesar menjadi anak yang solehah dan tau mengenang jasa ibu yang membesarkannya. Amin.

Danisha with her mom Mily. Ingatkan kepala Misz-ella dan umi gila .. rupanya kepala Mily lagi gila 10 kali ganda dari kitorang. Mily, umi is my aero frens.  Kenal di Lantai Tari .. kepala boleh masuk so kita 'ngam' la padahal awal dulu Mily sangat tak suka i .. very the sombong dia kata .. tapi sekarang bila dah kenal Ehh OK kak ella ni dia kata.  Tu la kauu .. Tak Kenal Maka Tak Cinta. Dont Judge Me By My Cover. Misz-ella bukan sombong tapi pemalu .. itu yang sebenarnya. 

Ok dah. I'm done with my special entry for Danisha Balqis. Thank you reading. Bye.

  

I Jump. U Jump. We Jump. Kick-Kick-Kick

I Jump.
U Jump.
We Jump.

Itulah yang terjadi bila aktiviti Aerodance dijalankan secara berjemaah. Lets dance and jump. Best gila. Puas gila bila dapat melenjan diri bersenam dan mencabar kemampuan diri. I think at the age of more than 40 nak lompat-lompat nak 'kick-kick' bukanlah kerja mudah. Kena ada stamina. Kena fokus. Kena kuat dan sehat. Kena ada 'determination to do it and Alhamdulillah .. i went back with a happy feeling.  Today i jump with the whole class. Tapi Misz-ella ni 'hyper' .. sapa bole ikut ikutlah i memang akan buat yang 'high impact' sapa tak bole jangan lompat, jangan 'kick' nanti tercabut lutut susah*hehe*.  Listen to your body, ok.

Muka fresh sebelum bersenam

Muka layu rambut kuyup basah lencun lepas bersenam.

Hello Dewan Meru 3 ..We have started and reschedule our Class .. every Tuesday and Sunday night. Rindu dengan Geng Meru .. dorang ni kepala best!! Jumpa, joget, minum, borak, sembang .. Dah. Tak da Drama .. unlike Grup lagi satu sebelah sana .. letih siot layan Drama tah apa-apa yang tak pernah sudah dorang .. kadang ada rasa nak debik je sorang-sorang but i always remember a fren's advise .. Hidup kena banyak sabar. Lagi banyak sabar lagi banyak pahala u dapat. So sabar. Biar dorang mengata kita buat tak tau je. I tak kuasa nak play the say game like u .. macam kenal aku sangat padahal duduk minum semeja sekali pun tak pernah. Aishhhh .. pengajarannya Jangan jadi macam dia. Bio dia melatah sorang-sorang kita jangan ikut dia.

Siang tu sempat masakkan Sambal Tumis Ikan Bilis for my kesayangan. Sedap eh Sambal i? Tq suka. Esok-esok order lagi ye. Saya yang menurut perintah akan tolong buatkan only if i Free. Hehehe.

By the way, Thanks for coming dear readers. No updates but u still come. Korang memang bestlah. Byee.


Kelas Hi-Lo Rabu Malam.

Sebelum kita cerita tentang Kelas Hi-Lo Rabu Malam, mari hayati Kata-kata semangat buat renungan.

Hidup kena berani ambik risiko. Kena sanggup pikul cabaran. Jangan rasa terlalu selesa sampai takut mahu ke mana-mana.

Betul, kan. Tidak terputus sebuah ukhwah walau tiada pertemuan .. cukup sekadar ukir nama dalam hati diiringi Doa setulus hati. I miss them and never forget. *sobs*



Paling suka yang ini.  Item 1 hingga 12 sangat bermakna dan terkena tepat pada diri sendiri.

Kelas Aero Hari Rabu Malam Khamis. Sebenarnya saya ada sedikit penat sebab baru sampai rumah pukul 6:30 lepas jumpa Kesayangan. Tapi memandangkan hati sudah nekad mahu lebih berdisiplin, so here we go ~ Lantai Tari. Pernah dengar orang cakap .. If you are too tired to walk with your leg, walk with your mind then. Kekuatan minda adalah segala-galanya dalam gerak langkah hidup kita. Kalau minda kuat, kau tentu susah nak penat dan takkan 'give up' semudah itu sahaja. Kalau penat masa 'exercise', divert your mind to the music. Listen to it, enjoy it, feel it .. InshaAllah penat tadi akan hilang serta merta. Do things with your mind, OK.

Hari Rabu malam Khamis - One hour Hi-Lo class non-stop finishing with Chumbia Semana - Antara 'Line Dancing Amerika Latin' paling digemari kerana stepnya mudah dan ringkas.  Orang umur 60-70an pun boleh joget ok .. tapi kita tak buat 'Four wall' .. kita buat "One wall" only. Best gila puas gila bila bersenam dengan jiwa. Penat tak rasa yang ada hanya kelegaan dan kepuasan sahaja dapat bersenam untuk kesegaran tubuh, minda dan baik untuk kesihatan. 

Mari amalkan gaya hidup sihat. Bersenam menyingkirkan stress and make us feel better. Misz-ella kalau boleh nak angkut korang sume bersenam bersama dengan i so that you will understand what i feel. Sumpah bersenam adalah sangat bagus dan best. Tak percaya cubalah bersenam sebulan. lepas tu konfem korang tak nak tinggal but dont forget .. pick the one suits you. Pilih yang mana awak suka dan amalkannya. I mentioned earlier right .. Do things that makes you happy and enjoy doing it dan buatlah dengan jiwa. In Sha Allah akan bertahan lama. Kalau buat sesuatu dengan rasa terpaksa .. hurmmm .. OK Bye. Selamat Hari Khamis. Moga hari ini manis. Take care dear readers.





Masak Lemak Perut, Sup Sawi, Sambal Tempe

Makan tengahari minggu lepas.


Masak Lemak Perut Campur Kentang
Rebus perut sampai empuk buh dalam periuk. Tumbuk cili api + bawang merah + kunyit dan titik serai. Simpulkan daun kunyit, buh santan .. masak semua sekali dan masukkan sekeping dua Asam keping dan Garam secukup rasa. Buh kentang. Kentang empuk tutup lah api.

Sup Sawi Bunga campur Carrot
Rebus sume sekali. Tak perlu tumis  just masukkan bawang putih dan garam + pepper sahaja. No ball-ball buat rencah ye. Saya sudah stop makan bola ikan, bola udang, bola ayam, bola ketam or whatsoever because its not fresh, tidak berkhasiat, tak bagus untuk kesihatan dan banyak sebab lagi. Saya pengamal Gaya Hidup Sehat. Biar simple asalkan berkhasiat.

Ikan Bawal Goreng.  Ikan Masin Gelama Adik Ipar bagi. Tq Minah bawak Ikan masin dan udang kering homemade untuk Kak Long. Sangat 'crispy' bila digoreng garing-garing .. macam makan Keropok Ikan Masin. Sesekali boleh .. jangan selalu ye. Tempe + Ikan Bilis Sambal buat Aiman. Tempe memang feveret dalam rumah ni. Kadang tak sempat buat lauk, habis ratah je.

Tukang Masak Kerejanya Enteng? Ya betul. Sebab i cuma masak yang senang dan simple je.  Yang remeh temeh dan peningkan kepala tu i tak layan. Yang penting duduk dapur dengan ikhlas dan feel hepi. Ok Bye. Thanks baca Entry entah Jamu Selera ni ye.



Sedih. Raya Rumah Kakak Cool dan Uncle Din

Semalam sedih. Sedih terlampau tak tau nak 'describe' camana. Kita bagi madu orang balas racun kat kita. Silap orang Misz-ella buat baik kot. Misz-ella memang camni .. kalau baik, baik sangat. Kalau sayang, siap bagi jiwa. Bila kita cuba bersihkan titik hitam dalam hati .. bila kita beri madu untuk memaniskan dua jiwa .. tiba-tiba dibalas racun paling bisa. Apa rasa bila madu dibalas racun? Sakit tahap infiniti beb. Tak tau nak cakap camana. Moga aku terus kuat. Moga racun yang kau bagi bertukar menjadi penawar penguat diri. Amin.

Tak nak la layan orang yang terus-terusan menyakiti hati. Pengajaran buat Ella :- Jangan baik sangat. Sila 'add' sedikit kejam dalam hati. Haha. Bukak minda besar-besar. Ni Repetitions. Tak reti lagi nak angkat kaki? Macam dia sorang kawan terbaik kau dalam dunia ni. Kawan terbaik takkan balas racun bila kita bagi madu. Kawan terbaik tau camana nak hargai sesama sendiri.  Ahhh .. dah la. Malas nak pikir pasal kau. Jom kita start Entry and be happy. Yeayy!!

Me, Aiman dan Ummi Zainab. 
Ya Allah hepinya dapat jumpa Ummi. Tak puas sembang dengan Dia. Ummi kalau jumpa kitorang .. bukan main panjang cerita dia. Suara macam pakai 'loudspeaker' sebab 'over excited' .. satu rumah dengar. Dia panggil Aiman Boifren. Haha. Ummi aktif FB. Dia cakap kat i .. Ambooiii aku tengok FB hang siap p SPA lah apa lah. Bukan main. Haha .. biasalah .. cheq memang suka berumahtangga kat Salon. Dari umoq 20an sampai dah 40an Salon memang tempat feveret Cheq. Cheq memang suka kalau dapat cuci muka, urut muka ni semua. Tapi cheq cerewet .. Cheq memilih .. cheq tak suka urut badan dengan Mak Bidan cheq suka urut Aromaterapi kat salun ja. Tu pasai Cheq pokai .. sebab Urut Aromaterapi kat Salun mahai. Padan muka Cheq, kan. *Tehehe*

Alalala Kakak Cook kesayangan hati. Teman Whatsapp teman cerita teman holiday sesama teman gurau senda teman tengok Teater *once upon a time*. Kakak Cool anak Ummi Zainab. Dulu kami se ofis together. Now i left dia pun go. Bukan main sedap dia masak ~ Ayam, Kambing dan Daging, Mee Rebus, Laksa dan macam-macam lagi. Terbabas diet ai tau. Ek elehhh .. hati konon nak diet tengok makanan sedap diet entah pegi mana .. makanan sedap jugak duk dalam 'tummy'. Hihi. Siapa lupa tentang Kakak Cool sila click sini.

Lepas tu muncul Kak Sa .. lagi satu muka i so rindu. Perghh hepi gila tahap nak lompat bintang bila dengar suara dia. Sib baik masih sedar diri. Sebenarnya ramai lagi muka-muka yang i rindu dan teringin sangat nak jumpa 'time' raya ni. Kak Sen, Kak Lynn, Fiza dan ramai lagi.  Aku kan penyayang. Biar jauh di mata di hati i tetap ukir nama mereka. Once kalau aku dah ukir nama dalam hati means korang special to me dah ada sentimental value kat aku .. offkos takkan lupa beb. Sumpah aku takkan lupa sampai bila-bila akan kasih sayang dan persahabatan kami.


Rumah ke 3 adalah rumah my Uncle Din dan Auntie Lah di Kelana Jaya. Tak teringat nak ambik gambar dalam rumah sebab 'so excited' bertanya khabar dan berkongsi cerita.  Belum 'excited' bab makan lagi. Makan? Elehhh .. apalah pertemuan tanpa makanan, kan. So time-time camni .. sila hayati and enjoy the makanan but please dont over or else we will welcome all the lemak, penyakit and whatsoever yang sama spesis dengannya and buat Misz-ella .. i have started my Aerodance Class. Perghhh .. hepi 'dancing-dancing' with Girlfrens. Exercise is a therapy. Bersenam menyingkirkan stress .. membuat kita lebih positif dan sentiasa hepi. Tak caya? Jom join. 5, 6, 7,8 .. Yeayy!!