Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Entry Light and Easy

Misz-ella sebenarnya nak buat sambungan Entry 'Sad Day' tapi belum ada kekuatan lagi. Buat masa ni not many people know what happened to me on that day .. hanya segelintir je yang tau but i will definitely wrote it here .. buat pengajaran untuk semua dan kenangan di hari tua. Nantilah. Nanti i write. Today nak light and easy je kat page ni.

Kari Ayam, Mushroom + Carrot, Sambal Tumis Ikan Bilis dan Ikan Terubuk Masin for family. Malaskan nak masak sedap-sedap .. bukan apa .. makanan sedap selalu buat kita lupa diri. Bersenduk-senduk i makan nak pulak Sambal Tumis Ikan Bilis tu. Bila dah makan .. Ya Allah kenapa la sedap sangat Sambal ni. Tak sedar bertambah nasik. Lepas tu kadang teringat-ingat. Pastu mula la menyebut .. Ya Allah Jauhkan la aku dari godaan Sambal Bilis ni. Mak takut gemukkkkkk .. sayang baju-baju i tauuu. Hahaha.

Tak suka Sirap, Sarsi, Laici, Rut Bir tu semua. Suka Air Oren je

Lauk beli sebab kemalasan melanda. Sesekali datang jugak Virus M tu ..

Sambal Bilis tu cicah dengan Cokodok buat sendiri pun best, kan. Misz-ella kalau buat Cokodok suka bancuh dengan air panas, suka letak Ikan Bilis lepas tu bawang besar hiris bulat. Wangi masa goreng. Kalau ada Daun cekur hiris halus macam daun rampai pastu gaul dalam tepung tu. Wangi sangat bau rumah ku masa tu. Alahai .. rindu Pokok Cekur. Pokok cekur kat rumah ni dah lama mati. Sayang lah. Dulu masa Mak Mertua datang duk dengan Misz-ella, dia rajin kutip buat ulam.

Keboringan melanda - Mari kita main mekap-mekap. 

Ok dah perasan lawa lepas tu hantar gambar kat Girlfren ku Si Umi. Tup-tup kena kutuk .. Apsal muka orang sakit je ni? Wahh kauuu .. orang sakit boleh bersolek!! Tehehe.

Tapi sebenarnya .. lebih baik begini dari bermekap tebal camtu, kan. Muka polos lipstick pun tak ada. Kulit lebih sehat sebab cukup oksigen. Kalau dah berlapis-lapis foundation, bedak .. kesian kulit tak boleh bernafas sebab kena tutup dengan macam-macam. Remember this .. our body is a living cell. They needs vitamins, nutritions, oxygen dan sebagainya. Jaga kulit bukan bererti kena mekap tebal. Mekap tebal tu aksessori kepada kulit je. Ramai je orang yang tak mekap tapi sebab memang dah cantik semulajadi .. lawa je muka dia .. sedap je dipandang mata. So jangan takut untuk keluar rumah tanpa mekap ye kawan-kawan. Cukup dengan 'Sun block' je untuk lindungi kulit kita dari pancaran UV. Ok Bye. Misz-ella nak pergi buat kerja lain. Nanti kita sembang lagi. Bye.



1 comments:

Rai Ourkizuna said...

waiii.. tiap kali tengok gambar masakan kak ella memang teruja je saya ni.. hahaha..

muka akak tak mekap pun dah cantik.. sweet gitu..