Pagi Jumaat 22/8 - Hari dimana Misz-ella bangun awal sebab dikejutkan oleh Geng Karat Grup Whatsapp.
Pagi dimana Misz-ella start enjin kereta dan menuju ke RHB Meru untuk urusan 'banking' dan lepas tu pergi cari Pisang di Kedai Runcit sebelah Petronas dekat pekan Meru untuk menjalankan Misi mingguan tiap Jumaat.
Lepas Raya semua barang naik termasuk lah pisang yang sudah RM4.OO sekilo hari ini.
Pagi dimana Misz-ella bungkus Lontong Jawa dan 2 Nasi Lemak Kerang untuk sarapan pagi kita.
Pagi dimana Misz-ella duduk menghadap TV menyaksikan Istiadat Penerimaan Jenazah Mangsa Tragedy MH 17. Ya Allah sebaknya rasa hati .. menitis airmata menonton istiadat tersebut dari mula hingga akhirnya.
Al-Fatihah buat semua mangsa tragedy MH 17. Moga ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan dirahmati Allah SWT. Amin.
2 comments:
al fatihah..
mh17 dalam kenangan
k ita sempat juga menononton online di ofis. memang sangat2 sebak. we're a family, a big family.
Post a Comment