Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Merdeka Eve & Therapy



Makan-malam dengan Dia masa Malam Menjelang Merdeka.  Jalan-jalan .. tengok-tengok .. beli-beli. Dari dulu sampai sekarang 'Shopping is always a therapy for me when i stress'.

Dulu masa masih kerja .. time kepala tengah serabut i akan ajak someone temankan i keluar. Tolonglah bawak i keluar.  Jom kita keluar. Sekejap pun jadilah ... asalkan boleh keluar menenangkan diri dari 'paperwork' yang menyerabutkan ni. 

Usually we went to Shopping mall.  Look see .. look see .. dalam hati memang tak set nak beli. Tengok-tengok belek-belek menghayati. Then beli Coklat buat peneman mengadap PC. 

Nak tau apa i rasa when i returned to my workstation? Fuhhh lega beb. Sangat lega.  Dah boleh fokus pada kerja .. dah good mood stress hilang entah ke mana .. sambil buat kerja sambil kunyah coklat.

Terapi 'window shopping', terapi coklat, terapi dengar bunyi ombak hempas pantai, terapi berjoget di lantai tari .. terapi menangis di tikar sejadah .. tu sume pilihan Misz-ella. Nampak tak yang ini semua permainan minda? Nampak tak yang kalaulah kita boleh 'divert' apa yang di dalam minda ke tempat lain .. In Shaa Allah segala kegusaran hati akan hilang malah kita akan lebih rasa tenang.

Tatkala apa yang kita hadapi itu sangat melelahkan, maka kau 'divert' lah ia ke arah yang lebih menenangkan. Jangan dilayan kepenatan minda kerana ianya boleh mendatangkan kemusnahan yang lebih besar sahaja.  Dah penat sangat balik rumah kang marah anak, marah laki walhal salah dorang tak la sebesar mana. Walhal yang penat itu adalah minda, bukan fizikal kerana kerja-kerja di pejabat ni mana guna tenaga tapi minda semata. Minda kuat .. badan sehat .. dan hidup pun lebih bermakna.

I hardly told people my stories .. i dont think its good to share with others unless that person is someone i really trust. Sebab kadang kita ingat dengan meluahkan perasaan pada seseorang ia akan menenangkan tapi tidak kerana kadang ia hanya akan memburukkan keadaan. Things spread .. kalau betul cara penyampaian tak apa. Kalau tidak? Memang betul .. ada masa kita perlu seseorang untuk meluahkan dan meringan kan beban. If you have and find the right person then Go. If not, berbalik lah kepada Allah SWT. Hanya Dia yang tahu segala-galanya. Kun Fa Ya Kun itu milik Dia. Takkan terjadi sesuatu tanpa izin dan kehendak Dia. Maka pada Dia lah tempat yang paling sesuai untuk kita mengadu. Macam bagus je kan. Macam gud-gud je kan bila Misz-ella cakap camtu. Tak kesah la orang nak cakap apa tapi itulah realitinya. Itulah yang sentiasa Misz-ella amalkan dalam hidup ini.

Harini 31/8/2014. MERDEKA.
DISINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA ..

Walau hanya sebaris ayat kalau dikupas sehabis dalam sangat bermakna maksudnya.

MERDEKA. MERDEKA. MERDEKA.







3 comments:

Anonymous said...

wah, siapa `DIA' tu?

Misz-ella said...

Ye, diana rashid. hehehe.

Misz-ella said...

@Anonymous .. Syhhhhh *jari telunjuk dibibir* Rahsia. Tak boleh bagitau sapa. hihi.