Sebelum kita cerita tentang Kelas Hi-Lo Rabu Malam, mari hayati Kata-kata semangat buat renungan.
Hidup kena berani ambik risiko. Kena sanggup pikul cabaran. Jangan rasa terlalu selesa sampai takut mahu ke mana-mana.
Betul, kan. Tidak terputus sebuah ukhwah walau tiada pertemuan .. cukup sekadar ukir nama dalam hati diiringi Doa setulus hati. I miss them and never forget. *sobs*
Paling suka yang ini. Item 1 hingga 12 sangat bermakna dan terkena tepat pada diri sendiri.
Kelas Aero Hari Rabu Malam Khamis. Sebenarnya saya ada sedikit penat sebab baru sampai rumah pukul 6:30 lepas jumpa Kesayangan. Tapi memandangkan hati sudah nekad mahu lebih berdisiplin, so here we go ~ Lantai Tari. Pernah dengar orang cakap .. If you are too tired to walk with your leg, walk with your mind then. Kekuatan minda adalah segala-galanya dalam gerak langkah hidup kita. Kalau minda kuat, kau tentu susah nak penat dan takkan 'give up' semudah itu sahaja. Kalau penat masa 'exercise', divert your mind to the music. Listen to it, enjoy it, feel it .. InshaAllah penat tadi akan hilang serta merta. Do things with your mind, OK.
Hari Rabu malam Khamis - One hour Hi-Lo class non-stop finishing with Chumbia Semana - Antara 'Line Dancing Amerika Latin' paling digemari kerana stepnya mudah dan ringkas. Orang umur 60-70an pun boleh joget ok .. tapi kita tak buat 'Four wall' .. kita buat "One wall" only. Best gila puas gila bila bersenam dengan jiwa. Penat tak rasa yang ada hanya kelegaan dan kepuasan sahaja dapat bersenam untuk kesegaran tubuh, minda dan baik untuk kesihatan.
Mari amalkan gaya hidup sihat. Bersenam menyingkirkan stress and make us feel better. Misz-ella kalau boleh nak angkut korang sume bersenam bersama dengan i so that you will understand what i feel. Sumpah bersenam adalah sangat bagus dan best. Tak percaya cubalah bersenam sebulan. lepas tu konfem korang tak nak tinggal but dont forget .. pick the one suits you. Pilih yang mana awak suka dan amalkannya. I mentioned earlier right .. Do things that makes you happy and enjoy doing it dan buatlah dengan jiwa. In Sha Allah akan bertahan lama. Kalau buat sesuatu dengan rasa terpaksa .. hurmmm .. OK Bye. Selamat Hari Khamis. Moga hari ini manis. Take care dear readers.
4 comments:
kita patut praktikkan apa yang diungkap atau dimadahkan. jangan dijadikan perhiasan sahaja
lantai tarinya di mana ella..
Terima Kasih Banyak2 kerana rela berkongsi beberapa Inspirasi demi kesihatan Mental. Terusjan usaha2 mu yg pasti membawa dimensi kehidupan yg luar biasa utk pembaca2 mu. TK.
ala... tak de video ke? mcm best je aerobic
Post a Comment