Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Ella di Lantai Tari, Mee Jawa JJ Manis, Telur Bistik

Another month has arrived. Hello December. Jauh sudah perjalanan kita semua di 2015 .. hanya tinggal 30 hari lagi .. 2015 bakal kita tinggalkan. Pahit manis, jatuh bangun 2015 pasti akan buat kita terkenang-kenang. Whatever your condition is, MOVE ON in life.

Ella di Lantai Tari ~ I ended my Monday with 1 hour non-stop Hi-Lo exercise at MagcyGym Studio. Actually I broke my right knee muscle during Friday Zumba class. Bagaikan tau-tau yang hatiku mahu bersenam, tiba-tiba hilang sakit tu pada pukul 3 petang. Betul orang cakap .. Kalau niat kita baik, In Sha Allah Allah SWT akan permudahkan semua urusan. Alhamdulillah I made it. Pelajaran buat hari ini ~ Jangan berkira masa dan tenaga menjaga anugerah yang Allah SWT bagi pada diri kita ini. Jaga ia sebaiknya. Allah SWT jadikan kita semua sempurna. Semua cantik. Semua perfect. Tak da orang yang dijadikan buruk or tak cantik oleh Allah SWT. Masing-masing ada kelebihan sendiri. Look into yourself, you will find it. 

I am so happy. Setiap hari dalam perjalanan hidup kita, sarat dengan pelajaran dan pengajaran. Terima Kasih untuk sebuah perjalanan hidup yang sangat indah.

I am so happy. Sebab saya tak pernah malas dan rasa terbeban atau stress dalam menghargai kehidupan. Saya sentiasa positif dan berharap akan jadi lebih positif lagi. Ada beza tau orang yang berfikiran positif dan orang yang berfikiran negatif. Nak tau apa? I will tell you in the next, next and next Entry. 

Lunch was Mee Jawa JJ Manis di Kg. Budiman, Meru, Klang. Nampak sangat ekonomi kita sedang menekan kehidupan kita semua .. dulu udang nya besar, sekarang kecil. Dulu banyak .. sekarang tinggal satu. Oh Malaysia ku tercinta. Tapi yang best ialah rasa Mee Jawa Kak Jue tetap tak berubah. Tetap sedap macam dulu. 



Dinner was Telur Bistik with my Darling Ismayanti Si Bedak Sejuk. Nak tau sapa dia? Google Bedak sejuk dalam blog Misz-ella .. you will find her. Paling best dalam kehidupan bila dapat spend masa dengan kesayangan. Who is your kesayangan? Mine of course my family, my best friend and all those who appreciate my presence in their life.

Thank you for reading my Entry. Saya bebel-bebel je .. awak baca saya suka. Bye readers. Misz-ella nak pergi buat benda lain. Jumpa lagi in the next Entry. Bye.