Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Laksa Kedah Terbaik untuk ditempah di Hari Raya

Hello pembaca budiman ..

Sekali lagi Misz-ella bawakan entry masak-masak untuk dijadikan rujukan di bulan Ramadan. Meriah betul blog Misz-ella dengan entry makanan di bulan puasa ni, kan. Itu tandanya Misz-ella dilanda mood kerajinan .


Laksa Kedah, Cheese Sandwich, Tahu Sumbat, Kek Coklat dan Salad Buah .. semuanya dimasak di dapur Misz-ella sendiri dengan bantuan Cik Eka yang jelita lagi menawan. 


Laksa Kedah Cik Eka sangat istimewa - kuah cukup pekat dan paling special sebab ada fishball di dalamnya. Menarik, kan. Untuk pengetahuan semua, Misz-ella bukanlah peminat laksa tetapi Laksa Kedah Cik Eka ini Misz-ella makan bertambah sebab sedap.

Cik Eka sekarang menerima tempahan Laksa Kedah untuk sebarang majlis keraian bersempena dengan Hari Raya nanti. Harga sangat berpatutan yang pasti rasa dan kualiti dijamin terbaik. Tempahan minimum adalah untuk 20 orang. Penghantaran boleh diuruskan dengan bayaran tambahan. Whatsapp Cik Eka di 013-393 9130 untuk sebarang pertanyaan dan tempahan ye. 



Selain dari itu, Misz-ella buat Sandwic Cheese ber serunding. Resepi asal Misz-ella belajar dari Arwah Abah. Arwah Abah cakap dia belajar buat Sandwic Cheese ini semasa dia di Afrika. Resepi asal nya ialah kepit sekeping cheese di antara 2 keping roti, celup roti dengan telur dan goreng dengan minyak yang banyak. Misz-ella olah supaya mudah dan gunakan stok serunding yang sedia ada di dapur rumah kita. OK Misz-ella dah habis berkongsi dengan pembaca semua. Masih banyak entry bersusun menunggu giliran untuk siaran. Jumpa lagi di lain entry ye. Terima Kasih baca.

1 comments:

Migha said...

Terliur tengok laksa tue. Selalunya kalau raya kat kampung belah kedah and penang, kebanyakkan rumah mesti ada laksa.