Hari ini hari ke dua (2) kita ber hari raya. Alhamdulillah .. dengan perasaan yang bercampur baur, masih dapat berhari raya bersama keluarga tercinta.
I spent my last Ramadan with my family. Pagi tu pergi ziarah kubur Arwah Abah dan Arwah Boi lepas tu balik rumah mama.
Mom was preparing some cookies so we gave her a helping hands. I knew mom was a bit sad since our brother just passed away 3 months ago but God blessed .. mom is so strong. She smiled despite her sadness. We helped her with Biskut Sampan, helped her in Raya dishes preparation.
My last break fast for Ramadan 2017 was at my sister's house. KY cooked Fish Curry, Fried Chicken, Mix Vegetables, Carrot Rice, Sambal Belacan and her famous Kuih Talam Tokyo & Kuih Lopes.
Pagi 1 Syawal di rumah sendiri. Tiap kali raya, mesti nak beraya di rumah sendiri dulu, tak sanggup tinggalkan rumah sendiri sunyi sepi di pagi raya. Malam menjelang raya tu Misz-ella masak Rendang Ayam Cili Api, Daging Masak Merah, Sambal Kacang dan Agar-agar Santan. Pukul 3:30 pagi baru tidur. Penat? Demi keluarga tercinta, penat pun ku gagahi jua.
Lepas Solat raya kita bertolak ke rumah mama
Acara yang paling ditunggu-tunggu ~ Bermaaf-maafan sesama kita di hari raya. Bermula dari anak dan menantu yang paling tua hingga lah cucu paling tua dan diakhiri dengan cucu yang paling muda. Ini acara wajib di Hari Raya.
Bergambar beramai-ramai adalah acara wajib no. 2 - Opah and her grandchildren .. missing Ilyas, Aliya, Sara and Puteri during this Raya ..
The ladies at mom's house ~ Not enough .. missing few more ladies during our first hari raya
Syurga anak lelaki di bawah tapak kaki ibu nya .. Semoga sampai Syurga kasih sayang kita. Alhamdulillah for another year of Raya together. Semoga Aiman kuat menempuhi segala cabaran kehidupan. Mama love you, Aiman.
My beautiful mom. She will be 70 this year. At her 70's she is still active ~ aerobics, cooking, walking, her Surau activity ..etc ..etc. Moga Allah berikan mama kesihatan yang baik agar mama boleh jalani hari-hari mendatang dengan lebih baik. Kakchik sayang mama.
My beautiful sister-in-law, Kak Ngah. Kak Ngah yang penyabar, Kak Ngah yang penyayang ..
This family is very beautiful and sweet ~ My sister KY & her family.
Petang raya pertama di Segamat - rumah Mama Ida. Walau arwah Abah dah tak ada, kami tak pernah lupa pulang ziarah. Alhamdulillah untuk sebuah ukuwah yang sangat indah. Terima Kasih kepada arwah Abah kerana menyatukan kami dengan kasih sayang. Moga roh Arwah Abah dicucuri rahmat. Al-Fatihah.
Selamat Hari Raya buat pembaca blog Dari Jari-Jari Halusku ini. Maaf andai ada tulisan-tulisan Misz-ella yang mengguris hati dan perasaan pembaca blog Misz-ella yang budiman. Kita manusia biasa, tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan kesalahan. Raikan Hari Raya dengan kasih sayang. Semoga Aidilfitri kali ini lebih bererti. Amin.
0 comments:
Post a Comment