Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Hari Raya dengan my Exercise Kakis


Hari Raya hari yang mulia. Hari raya hari yang bahagia ..

Begitulah lirik lagu Hari Raya kegemaran ramai, kan. Selamat Hari Raya .. walau sudah berbelas hari seperti biasalah, kita raikannya sebulan.

Hari raya sahajalah masa di mana kita akan menziarahi rumah sahabat handai dan taulan. Kalau tak kerana raya, mungkin agak berat kita nak jejak kan kaki ke rumah sahabat-sahabat kita. Realiti yang susah kita nak sangkal, kan.



Baru-baru ini Misz-ella ber hari raya dengan rakan-rakan 'fitness' or I also call them 'Exercise kakis' Sejujurnya, tahun ini paling kurang Misz-ella ber hari raya. Ini kali pertama Misz-ella keluar rumah selain dari rumah ahli keluarga.

Rakan fitness Misz-ella sebenarnya ramai .. berpuluh orang tapi Misz-ella paling rapat dengan geng ni lah. Kalau kita nak pergi ke rumah semua orang mungkin agak susah kerana kekangan masa, kan. Selepas beberapa perbincangan melalui grup Whatsapp, kami buat keputusan untuk ber hari raya secara 'potluck' di rumah Kak Yun. Idea datang dari Misz-ella, adik-adik yang taat mendengar kata ni menurut malah turut beri sokongan dengan sepenuh hati. Baguslah korang ni .. tu pasal Kak Ell sayang korang *muahhh .. kiss sorang-sorang*



Bermula jam 11.30 pagi rumah Kak Yun mula dipenuhi. Tetamu paling awal, Farhana kedua Misz-ella bertemankan Cik Eka lepas tu Ain dan bodyguards nya. Lepas tu berselang seli ucapan Assalamualaikum berkumandang di ruang pintu Kak Yun. Makin lama, makin ramai, makin meriah. 





Farhana yang gorgeous dan Cik Eka yang lawa ..

Mek Da ku sayang .. lama Misz-ella kenal dia ni. Dari dia mula-mula berjinak menjadi Instructor Aerobic .. sekali dia masuk gear, dia terus tak pandang kiri kanan dah. Masih konsisten dalam bersenam, masih slim dan cantik seperti dulu


Azie ratu hutan. Hobi dia masak dan masuk hutan. Tiap-tiap minggu masuk hutan pun dia tak jemu



 Akhirkata, Terima Kasih kepada Kak Yun (yang gorgeous sangat pakai baju oren sebelah Misz-ella tu) yang sudi benarkan kami gunakan ruang rumahnya sebagai tempat pertemuan kami semua. Lama kita tak jumpa, kan. Moga ukhuwah yang terjalin kekal sampai bila-bila. In Sha Allah. Amin.

Mungkin akan ada perjumpaan ke 2 selepas ini sebab ada di antara rakan seperjuangan yang masih belum sempat raikan Syawal bersama kami. Kita tengok macamana, ye.






0 comments: