Hello pembaca budiman,
Tak lama lagi kita dah nak habis dah Syawal kita. So macamana hari raya? Banyak rumah you all pergi? Ramai tetamu bertandang?
Pada Misz-ella, raya tahun ini paling sepi. Boleh dikira berapa rumah sahaja Misz-ella pergi dan boleh dikira berapa orang tetamu yang berkunjung ke rumah Raya kali ini. Tapi Alhamdulillah, meski tidak kunjung mengunjung, silaturrahim tetap terjaga.
OK Jom kita cerita tentang Juadah raya. Antara yang paling popular ialah Laksa Kedah ataupun Laksa Utara. Ingat lagi sebelum ini Misz-ella pernah kongsikan tentang Laksa Kedah Cik Eka?
Laksa Kedah Cik Eka best! Sangat best! Kuah secukup rasa sampai Misz-ella yang bukan peminat Laksa ni pun turut tergoda.
Laksa Kedah Cik Eka semakin mendapat perhatian ramai. Terima Kasih kepada pelanggan-pelanggan yang menempah Laksa Kedah Cik Eka sepanjang musim perayaan ini. Ke sana ke sini Cik Eka pergi menghantar Laksa tempahannya .. Alhamdulillah .. Misz-ella tumpang suka meihat anak muda bersemangat mencari rezeki menggunakan bakat yang ada. Misz-ella turut bagi sokongan dan dorongan .. malah kadang-kadang Misz-ella turut hulurkan bantuan dengan tolong Cik Eka hantar tempahan Laksa Kedah nya. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Saya dapat tolong sikit-sikit pun jadi lah, kan.
Selain dari secara berhidang, Laksa Kedah Cik Eka juga boleh didapati dalam bentuk pek individu. Buat sesiapa yang ingin mencuba Laksa Kedah Cik Eka, sila lah Whatsapp Cik Eka di 013-393 9130. Sila Whatsapp atau Whatsapp Audio call sahaja ye. Seperti biasa minimum order adalah sebanyak 20 pek dan caj penghantaran akan dikenakan. So jangan lupa, kalau nak buat jamuan dan mahu jamu tetamu dengan Laksa Kedah tak perlu bersusah payah, hubungi Cik Eka dan biarkan dia uruskan nya. Laksa Kedah Cik Eka best!!
0 comments:
Post a Comment