Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Jangan Sebar Benci ..



Ada kalanya, manusia terlalu mengikut hati. Kita lupa Allah beri kita akal. Kita lakukan sesuatu sesedap rasa tanpa berfikir terlebih dahulu menggunakan akal kurniaan Tuhan.

Humanity .. peri kemanusiaan .. kasih sayang sesama insan sudah semakin berkurang. Manusia semakin gila. Semakin gila mencipta sengketa. Hati mereka hitam .. dipenuhi dengan benci, dendam dan sakit hati.



Dan mereka, semakin galak menyebar benci .. mengajak yang lain-lain bersekongkol bersama mereka, supaya benci bersama-sama dengan mereka. Konflik yang sepatutnya boleh diselesaikan dengan bijaksana menjadi besar dan menjadi sengketa .. SEDIH, kan. Kerana sebenarnya, ugama melarang kita berpecah belah. Ugama tidak menyuruh kita menyebar benci atau fitnah. Islam mengajar kita agar hidup berkasih sayang .. bersatu padu .. berharmoni.



Dan andai tiada rasa kasih, sayang atau tiada keserasian bersama, sebaiknya jarakkan perhubungan .. jauhkan diri agar sengketa dan benci boleh dielakkan.. Jangan simpan benci, jangan simpan dendam dalam hati. Muhasabah diri. Bersihkan hati. Hidup kita tidak panjang ..Live life to the fullest. Be Kind to Others. Love. Live Happily. Spread love not hate ~ For a better world.

0 comments: