Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Cara Kita Tak Sama. Hidup Kita Berbeza.


Hello pembaca budiman,

Lama Misz-ella tak ber al-kisah di Blog ini, kan. Rindu nak borak-borak dengan pembaca setia blog Dari Jari-Jari Halusku yang sentiasa datang .. walaupun tuan rumah tiada apa untuk anda jadikan bahan bacaan dan rujukan. Terima Kasih .. A Million Thanks to my blog readers .. Hampir 10 tahun ber blog, Blog jadi medan Misz-ella melahirkan pendapat, berkongsi ilmu, menyampaikan maklumat tanpa jemu. Yah .. saya melihat Bloggers datang dan pergi tapi saya masih tetap di sini .. dah terlalu biasa dengan amalan 'Taip sorang-sorang tapi nanti kita baca ramai-ramai' *suka nya saya awak datang*

OK hari ini mari kita bercerita tentang kehidupan. Kadang-kadang bila saya toleh ke belakang, saya kagum dengan segala kekuatan yang Allah SWT berikan. Hidup saya banyak warna ...

yang lengkap dengan pelbagai rasa ..


Ada masanya saya di hutan .. tidur di tempat biasa-biasa .. tiada tilam empuk atau mandi air panas ..


Kadang-kadang sanggup berkaki ayam dan menyahut cabaran ..


Dan kadang-kadang sanggup merendam diri di dalam air sungai kita yang sudah hilang jernihnya. Ohh sedih .. air sungai bersih dah makin kurang di negara kita ni ..


Lepas tu berada di Hotel 5 bintang disajikan dengan juadah enak bergandingan dengan bintang-bintang popular lagi glamour ..

Bermekap, beraksesori lengkap ..

Tak kira di mana kita berada, yang penting bawa lah diri kita sebaiknya. Ingat jatidiri dan asal usul kita. Saya Melayu walau ramai fikir saya Cina atau mungkin kacukan dari 2, 3 bangsa berbeza. Saya bangga jadi Melayu .. tetap suka makan gunakan jari, tetap suka Nasi Lemak walau cuma mampu makan sekali sekala kerana ke tinggian kalori nya, tetap suka Sambal Belacan, tetap bangga bercakap bahasa Melayu malah sekali sekala saya kecek Kelate kerana Arwah Abah dari Kelantan.

Ye betul saya tak biasa masuk kampung kerana saya lahir dan besar di Kota Kuala Lumpur ini tapi Alhamdulillah .. saya boleh sesuaikan diri baik di mana saya berada. Dan saya sangat bertuah kerana kerjaya sebagai Blogger memerlukan saya berada di sini sana .. Dari Selasa hingga Khamis minggu lepas di Hulu Perak untuk program bersama Malaysia Tourism and Culture (MOTAC), Jumaat dijemput hadir ke Pertandingan akhir Mrs Tourism International Malaysia dan Sabtu dijemput meraikan Ulangtahun ke 100 Sawit di Malaysia.

Hidup saya memang banyak warna .. bukanlah seperti orang lain yang rutinnya lebih rehat dan santai .. habis kerja balik rumah = keluarga. Hujung minggu bawak keluarga jalan-jalan pergi shopping, tengok wayang, makan. Beruntung dan bertuah, kan sedangkan saya tiada istilah rehat di hujung minggu, tiada public holiday tapi saya tetap bahagia kerana ini jalan yang saya pilih. Malah saya bersyukur kerana diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk jalani setiap detik, setiap saat dengan tabah. 

Terima lah hakikat bahawa cara hidup kita tak sama. Hidup kita berbeza. Hormati lah cara orang lain. Pandanglah kehidupan dengan mata hati bukan dengan mata kasar. Setiap dari kita punya jalan hidup yang berbeza tapi di sisi Tuhan kita tetap sama. Allah itu Maha Adil lagi Saksama dan Dia sayang semua HambaNya .. so siapa kita nak judge hidup orang lain? Apa hak kita? Tak ada, kan. 

EVERYONE HAS THEIR OWN STORY.
LIVE YOUR LIFE.
RESPECT OTHERS.






0 comments: