Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Mental Kena Kuat


Satu yang Misz-ella belajar tentang hidup ini, dalam menjalani cabaran kuat, kekuatan mental adalah segala-galanya.

Tanpa mental yang kuat, kita takkan ke mana-mana dan tidak akan mencapai apa-apa kerana disitulah punca kekuatan kita.

Dalam hidup ini, macam-macam orang kita akan jumpa, macam-macam tekanan kita akan hadapi. Selain dari itu, kita juga ada dilema kita sendiri.

Antara mau atau tidak ..
Nak atau tak nak ..
Antara terus bersedih atau bangun melangkah dengan gagah ..

Tekanan datang dari pelbagai sudut dan cara mengatasinya hanya satu .. dengan kekuatan mental dan kita hanya akan dapat memperolehi kekuatan mental itu jika kita sentiasa berfikiran positif dan mempunyai pendirian yang kuat.

Fikiran yang positif
Ini adalah soalan yang paling banyak Misz-ella dapat :- Macamana Misz-ella kekalkan diri supaya sentiasa berada dalam keadaan positif?

Berbalik kepada tajuk entry ini - Mental kena kuat. Jangan mudah koyak. Masa berlari, masa 'hiking' .. Misz-ella tak pernah fokus pada garisan penamat tapi fokus Misz-ella ialah menghayati keindahan alam dari mula hingga ke akhirnya. Selain dari itu, fokus Misz-ella ialah ingin luangkan masa dengan kawan-kawan yang punya minat yang sama. Ini buat Misz-ella sentiasa tersenyum, bergelak ketawa, bergurau senda .. Bila kita gabungkan senaman (hiking) or any other form of exercises (run, dance etc .. etc) with laughter and we did it with love, our body released more endorphin, a mood-enhancing hormone that helped to keep you positive all the way. Habis hiking or bersenam, yang ada bukanlah penat tapi kepuasan dan kelegaan yang tak terluah dengan kata-kata.

Sama lah keadaan nya jika kita memandu jarak jauh, jangan terlalu tense, tegang atau stress on the road .. bukak radio, menyanyi or kalau ada teman sebelah, borak dan gelak lah .. baru lah mental tak koyak dan penat, kan. Sampai ke destinasi, fikiran masih segar badan pun tak rasa penat. Trust me that our mind control everything .. if your mind is tired or stress, automatic your body will be tired too.

Kedua - bila kita berada di dalam keadaan kita dikata orang dan pihak yang mendengar menerima berita tersebut membuta tuli tanpa bertanya kepada pihak yang dikata iaitu kita. Kita tak berpeluang bela diri .. kita terus dilabel salah .. kita adalah 'mangsa'. How to control your mind and emotion? Kebanyakan kita akan cepat melatah. Kita naik angin, marah dan akan segera bersemuka orang tersebut maka bermulalah sengketa. Rileks babe .. jangan gelojoh. Perkara pertama yang kita kena buat ialah bertenang. Sekali lagi .. kekuatan mental kita akan teruji. Misz-ella sendiri pernah beberapa kali dikata orang di laman FB atau di laman forum. Tapi sikit pun Misz-ella tak balas malah perkara itu kekal untuk diri sendiri sahaja .. tak pernah Misz-ella kongsi dengan sesiapa pun. Sedih? Dah tentu sedih ... Tapi kat sini lah kekuatan mental kita akan teruji sekali lagi. Kalau mental kita kuat, kita tetap boleh tersenyum walau hati menangis sedih. This is what we called "Dancing in the rain". Afterall by the end of the day, people can judge .. siapa yang jahat mulut, siapa yang cuba memulakan sengketa, siapa yang suka bergossip dan mengata. 

Persoalannya .. macamana nak kuatkan mental? Let me share you the tips :-

1) Mengata orang di laman FB dah tentu lah negatif. If you want to keep yourself positive, ignore! Mendengar sebelah pihak pun negatif jugak .. Ignore!

Mungkin ada yang tertanya-tanya .. macamana Misz-ella kawal emosi? kalau saya lah, saya dah cili-cili kan orang tu. Ahahahaha .. kalau kau tak boleh kawal emosi dan kalau kau cili-cilikan orang tu, maknanya kau sama lah dengan dia, kan. Dan kalau kau pun sama naik dengan dia, nak membalas pulak .. then apa beza kau dengan dia? THINK! What kind of person are you? What is your quality? The best lesson in life is dig yourself and know yourself. What kind of person you want to be? Belajar kenal diri sendiri. Jadi lah manusia yang ada pendirian dan ada diri sendiri. Once you have found yourself, stick into it. The best BE in our life is NOT be beautiful, be glamour, OR be rich BUT BE YOURSELF. 

Think positive - terima orang lain seadanya. Biarlah dia mengata dan menyebarkan berita .. dia dalam keadaan sedang beremosi dan tak dapat kawal emosi dia .. mungkin itu sahaja cara yang dia ada untuk release stress ... Ingatlah bahawa setiap dari kita dijadikan Allah tak sempurna. Lain orang lain cara. Wall FB dia, sukahati dia nak buat apa. Dosa mengata itu dosa dia, bukan dosa kita .. so apa perlu kita peduli? Berdiam bukan bermakna kita pekak atau bodoh. Bukan bermakna kita tak ada perasaan. Tapi kita sedang 'observed' keadaan. Percaya lah setiap kejadian itu datang dengan kebaikan dan keburukan. Buruknya dia ialah dia sedang mengata kita sesuka dia. Buruknya mereka ialah mereka percaya tanpa usul periksa. Baiknya kejadian ini ialah dari sini kita dapat kenal diri dia yang sebenarnya. Dapat lihat tahap pemikiran, kematangan dan kekuatan mental dia. Tapi ingat .. jangan pandang rendah pada dia kerana dia juga manusia biasa ciptaan Allah, macam kita. Kita semua tak sempurna, terima dia seadanya. Bila kita pandang setiap perkara itu dari dua sudut ~ positif dan negatif, In sha Allah mental kita kuat. By the end of the day, this are the things that shape us into a better person later. All those bitter moment will be rewarded with nothing other than "Sweet" .. Kalau kita boleh kawal emosi dalam keadaan ini, tahap keredhaan kita meningkat, tahap kematangan kita dalam menangani konflik turut meningkat .. Alhamdulillah .. kita dapat perbaiki diri kita melalui konflik ini, kan. Can you see how we can improve our quality through all this conflict?

Mental yang kuat sangat penting dalam kehidupan. Kalau mental kita kuat dan sentiasa positif, hati kita pun turut akan tenang. Bila hati kita tenang, dugaan yang datang akan bisa kita hadapi dengan senyuman. Happiness is homemade. It is inside you .. deep inside your heart. You can't find it at other places in this world but it started deeply inside you.

PERCAYALAH. So readers semua .. mari kita kuatkan mental kita. Jangan mudah stress atau budak-budak zaman sekarang panggil "mental koyak". Hadapi lah setiap dugaan dengan ketenangan. 

It is not easy but we can do it together ~ Take a deep breath. Calm. Think. Exercise. Smile.

Panjangnya Misz-ella membebel, kan. OK nak pergi buat kerja lain. ByeBye.













2 comments:

Anonymous said...

Hi Kak Chik,
I m your silent reader and today is the first time i write something. Terima kasih atas kata-kata serta tips untuk kekal positif. Indeed true.... thank you again. Looking forward to seeing you personally... hi hi hi..

Fairuze FairuE said...

Hi Kak Chik,
I m your silent reader and today is the first time i write something. Terima kasih atas kata-kata serta tips untuk kekal positif. Indeed true.... thank you again. Looking forward to seeing you personally... hi hi hi..