Hello pembaca budiman
Entry kali ini Misz-ella nak kongsikan tentang bagaimana kita boleh menjaga dan meningkatkan tahap kesihatan dengan cara bersauna. Sebelum itu, mari kita huraikan maksud dan definasi Sauna.
Sauna adalah aktiviti memanaskan badan melalui proses pemanasan dan pengewapan bertujuan untuk membakar lemak, melancarkan aliran darah dan menyingkirkan toksin dari tubuh badan.
Ada berbagai kaedah ber sauna. Rasanya hampir semua pembaca blog Misz-ella kenal 'Sauna Box, kan. Kotak misteri yang nampak biasa-biasa tetapi bila kita masuk ke dalamnya badan kita hilang, hanya nampak kepala sahaja .. lepas tu kotak tu akan mengeluarkan haba yang buatkan kita berpeluh-peluh tahap tak boleh tahan sampai hati berkata 'cepat lah habis sessi .. dah tak tahan panas ni' ...
Featured Post
Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise
Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...
Sonne FIR Sauna untuk kesihatan dan kecantikan
Selain dari itu, buat orang Melayu, amalan bertungku boleh juga dikategorikan sebagai Sauna tapi buat tempat tertentu sahajalah kerana batu sungai yang dibalut dengan daun itu ditujukan khusus untuk memanaskan bahagian rahim ibu lepas bersalin sahaja bertujuan untuk mengecutkan rahim.
Sauna juga sangat terkenal di Pusat-pusat pelangsingan badan dimana ia merupakan salah satu langkah untuk memecahkan lemak bagi menurunkan berat badan tetapi dengan cara yang berbeza iaitu hot blanket? Pernah rasa badan dibalut di dalam hot blanket tak? Misz-ella pernah sekali dua. Seluruh badan diselimuti hot blanket dan dibiarkan seketika, bila habis sessi tu peluh kita satu baldi you all .. hebat!!
Imej dari Google
Lagi satu kaedah ber sauna yang paling popular ialah Bilik Sauna yang mana biasanya hanya boleh dilakukan di pusat-pusat kesihatan. Bilik besar dibuat dari kayu ada batu panas, bila kita curah air ke atasnya maka keluarlah kepulan asap. Duduk lah di dalam bilik ni selama 15-20 minit ... menitik-nitik peluh di badan
OK kita dah tau apa maksud Sauna mari kita pergi ke fokus utama Entry ini iaitu Sonne FIR Sauna. Baru-baru ini Misz-ella telah dikenalkan dengan Success Therapeutic, syarikat pengeluar Sonne FIR Sauna iaitu Bilik Sauna yang boleh dipasang di kediaman kita ataupun dengan bahasa yang lebih mudah mari kita panggil dia "Home Sauna" .. Sauna dalam rumah? Wow!! Mudahnya!! Tak perlu kita bersiap-siap ke Pusat kesihatan meredah trafik jem bila kita sekarang ini boleh ber sauna di rumah, kan
Sonne FIR Sauna menggunakan konsep bersauna yang berbeza dengan sauna tradisional kerana ia bertindak balas dengan tubuh kita dan seterusnya memberikan kesan baik yang pada akhirnya bukan sahaja tahap kesihatan meningkat malah juga kecantikan.
Sebenarnya sel-sel badan kita sentiasa menyerap tenaga FIR (Far Infrared Ray) dari matahari dan apabila sinar FIR bergetar di dalam badan kita, dipercayai bahawa sel-sel kita menjadi lebih aktif maka peredaran darah menjadi lebih lancar. Ini membolehkan sel darah merah membawa lebih oksigen dan nutrien ke semua bahagian tubuh kita.
Bila peredaran darah lancar, oksigen dan nutrien diserap dengan jayanya oleh tubuh badan kita .. maka tahap kesihatan dan kecantikan pun meningkat. Secara keseluruhannya, Sonne FIR Sauna berupaya meningkatkan tahap kesihatan dan kecantikan.
Penggunaan Sonne FIR Sauna sangat digalakkan untuk :-
Pesakit jantung - sebagai sokongan tambahan kepada diet dan senaman
Mereka yang ingin menjalani proses detox and cleanse dengan cara mudah
Mereka yang ingin membakar lebihan kalori dan menurunkan berat badan tetapi tiada masa untuk bersenam atau menjalankan aktiviti riadah di luar rumah
Mereka yang perlu de-stress di rumah sendiri sekembalinya dari rutin harian yang memenatkan
Mereka yang ingin awet muda kerana peredaran darah yang lancar meningkatkan penyerapan collagen dan elastin
Misz-ella telah berpeluang mencuba sendiri Sonne FIR Sauna ini pada kunjungan ke dua. Teruja! Sangat-sangat teruja nak berkenalan dengan Sonne FIR Sauna ini dengan lebih dekat lagi .. Al-maklumlah I kan Healthy freak and beauty freak *hehe*
Unit Standard boleh memuatkan dua orang dalam satu masa
Corner Unit - boleh memuatkan tiga orang dalam satu masa.
Nampak kemas dan bergaya sangat Sonne FIR Sauna ni. Kalaulah ada satu di rumah sendiri, mesti best, kan .. boleh lah kita habiskan masa dengan kesayangan dengan cara yang lebih sihat. Betul tak?
Sonne FIR Sauna dibuat dari Canadian Red Cedar yang elegant dan mengeluarkan aroma yang sangat menenangkan. Semakin tinggi usianya, semakin cantik warnanya dan kualiti kayu ini sangat tahan lama.
OK dah tukar baju .. 30 minit di dalam Bilik Sonne FIR Sauna adalah masa yang sangat berharga. Sangat menenangkan minda dan perasaan .. duduk berdua dengan seorang lagi teman sambil melayan muzik indah .. tiada rimas kepulan asap ataupun kepanasan melampau yang buat Misz-ella rasa cepat-cepat nak keluar .. tau-tau di minit ke 25, beep berbunyi menandakan kami hanya ada 5 minit lagi. Dah nak habis? Alaaa ... belum puas rasanya meluangkan masa dengan kesayangan di dalam Bilik Sonne FIR Sauna ini. Seriously I didn't feel any uneasy or discomfort but the sweating is double than the traditional sauna that I usually had.
Dah habis 30 minit, tak perlu mandi. Hanya perlu keringkan badan dengan tuala dan Misz-ella terus ke temujanji seterusnya. Badan tak melekit, tak ada rasa penat mahupun mengantuk ataupun pening kepala ... yang ada hanya rasa segar, kulit lebih lembab dan tegang. Serius ke Misz-ella? Ye saya serius. Malah kesan kelembapan pada kulit bertahan sangat lama ye pembaca sekalian . bukan sehari dua selepas ber Sonne FIR sauna. Almaklum lah selepas ber Sonne FIR Sauna, peredaran darah lebih lancar dan nutrient berjaya diserap oleh tubuh badan kita dengan jayanya. Bagus!! Bagus!! Saya sangat suka.
Sonne FIR Sauna juga mempunyai clinical studies dan diiktiraf oleh Pakar-pakar kesihatan dan kecantikan malah mempunyai cawangan di Institut Jantung Negara Malaysia kerana ia berupaya meningkatkan kesihatan jantung dan pembuluh darah. Sonne FIR Sauna tiada kesan sampingan yang membahayakan malah ia membantu proses detoksifikasi atau pembuangan racun-racun dari tubuh dan boleh mengurangkan risiko kanser, kerosakan ginjal dan penurunan daya ingatan.
Buat mereka yang ingin memiliki Bilik Sonne FIR Sauna di rumah sendiri, wow !!! Misz-ella sangat rekomen kerana kesihatan yang baik memang sepatutnya bermula dari rumah kita sendiri. Tak perlu ke pusat kesihatan lagi kerana ianya berada di dalam rumah kita dan dengan memiliki Bilik Sonne FIR Sauna ini, bukan kita seorang sahaja yang akan mendapat manfaat kebaikannya malah sekeluarga. Sonne FIR Sauna untuk kesihatan dan kecantikan sekeluarga. Bagus, kan
OK .... Misz-ella dah habis berkongsi pengalaman Misz-ella menggunakan Sonne FIR Sauna dengan you all semua. Butir-butir lanjut boleh didapati di laman web Sonne FIR Sauna dan jangan lupa LIKE Facebook Sonne Sauna Malaysia disini. OKBye. Terima Kasih baca.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
I'm Misz Ella. I am a Lifestyle Blogger. I share my thought about the Beauty products that I used, my travelogue, the food that I enjoyed and my healthy living routine. Email me at kakchik_ella@yahoo.com if you have any enquiries
Followers
POPULAR POSTS
-
Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke 36 sahabat baik Misz-ella, Puan Sri Shariffa Sabrina dan suami kesayangan beliau, Tan Sri Syed Yusu...
-
Hmmmm ... Cerita minggu lepas ni. Petang tu Misz-ella gi daftar Tution Aiman dekat Tution Center berdekatan dengan rumah. Aiman was among ...
-
Wehhhh .. pagi ni kita terlebih rajin. Terlebih rajin sebab kita bangun awal. Nak sahur. Eleehhh .. sahur la sangat .. Takat Nescafe 3 in 1...
-
Hello pembaca kesayangan, Kali ni Misz-ella nak kongsikan tentang satu kafe best yang terletak di kawasan rehat dan rawat Genting Sempah i...
-
Hello pembaca kesayangan .. Kali ini Misz-ella nak kongsikan tentang Ma'ahad Tahfiz Ismail Kindergarden (MTIK), sebuah Tadika is...
-
Hello pembaca kesayangan, Kali ini Misz-ella nak kongsikan sebuah kisah inspirasi. Misz-ella sentiasa rasa bersyukur dan bertuah kerana...
-
Hai! Masih ingat lagi tak Restoran Mee Tarik Jalan Sultan yang viral sehingga menyebabkan pengunjung terpaksa beratur panjang sebelum dapat ...
-
Sedih tak apa. Kerana itu adalah salah satu dari rasa kurniaan Allah kepada kita. Tapi jangan lama-lama. Orang putih kata ‘EVERY CLOUD HAS A...
-
Pejam celik pejam celik .. dah berbelas tahun blog ni. Tak sedar masa berlalu. Niat asal tulis blog sebab nak tinggal kenangan untuk anak tu...
-
Hello lovely readers, Time to travel , either for pleasure or business is usually the moment that we always look forward too. However, ...
Search This Blog
BLOG ARCHIVES
-
▼
2017
(261)
-
▼
November
(23)
- Explore & Experience Perak - Restoran Garden Seafo...
- Mrs Malaysia Tourism Queen 2017 Grand Final
- Christmas 2017 at The Royale Chulan Kuala Lumpur
- Wonder - In Cinemas 7 December 2017
- Sonne FIR Sauna untuk kesihatan dan kecantikan
- Cara Kita Tak Sama. Hidup Kita Berbeza.
- Ella - Live with the MPO : A Rock Queen's Journey ...
- Circuit Aerobic at The Rennaisance
- Konsert Tanahairku di DFP memukau hati!
- Puan Sri Nisa Bakri bawa nama Malaysia ke persada ...
- My Fabulous Friday
- Aiman Tino keluarkan baju sekolah "Sweet Aiman Jun...
- Fitness Drummin' Workshop & Roadshow at Cempaka In...
- 'Staycation' di Family Premier Suite di Sunway Put...
- Sunday Off Day?
- PEKA Malaysia Penang Flood Aid
- International Gibbons Day at Sunway University, 1 ...
- Crazy About Peels? Yeay!! Hello kulit sihat dan ca...
- WE LOVE PENANG FOOD DRIVE. JOM!!
- Mental Kena Kuat
- Dine with 360 degree of KL panoramic view at Binta...
- Datuk Ramli Sarip di Konsert Tanah Airku bersama M...
- Wrong Person. Good Lesson.
-
▼
November
(23)
1 comments:
Memang best FIR Sonne Sauna ini. I nak satu juga :)
Post a Comment