Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Konsert Tanahairku di DFP memukau hati!


Hello pembaca budiman,

Selamat minggu baru. Minggu baru cabaran baru .. macam itu lah kehidupan, kan. Tiap saat, tiap detik sangat berharga .. hargai moment-moment indah tak kira di mana kita berada, ok.

Sabtu 18 November 2017, Misz-ella telah berpeluang ke Dewan Filharmonik Orchestra (DFP) Kuala Lumpur untuk menonton Konsert Tanahairku. Berbunga-bunga rasa hati .. feeling patriotic sangat .. Almaklumlah nama konsert pun dah Konsert Tanahairku, kan.

Seperti yang Misz-ella ceritakan sebelum ini, Konsert Tanahairku dibuat bersempena sambutan ulangtahun ke 10 Malaysian Philharmonic Youth Orchestra (MPYO) dimana pemain orkestra remaja ini bergabung dengan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) yang lebih senior dan berpengalaman. Tambah menarik bila Papa Rock Lagenda, Datuk Ramli Sarip turut muncul di pentas DFP.







Di dalam Segmen pertama Konsert Tanahairku, kedua-dua orkestra dipimpin oleh Encik Ahmad Muriz Che Rose. Persembahan harmoni penuh seni membawa penonton mengembara ke serata Malaysia dengan lagu-lagu tradisional yang digubah indah .. sangat membuai perasaan sehingga Misz-ella bertanya ke rakan sebelah .. Bila kali terakhir kita mendengar persembahan tradisi seperti ini dan di mana? Dah lama kita tak dengar lagu-lagu lama seperti Sri Mersing, Joget Irish for Sitar, Dialog Cak Lempong, Ulik Mayang, Serampang Laut, Puteri Santubong dan bermacam lagi. Setiap persembahan berakhir dengan tepukan gemuruh dari penonton dan rasanya Misz-ella antara penonton yang beri tepukan paling kuat .. sebab tepukan itu lahir dari hati yang sejujurnya terhibur dengan persembahan yang disajikan pada Konsert Tanahairku.



Segmen ke dua (2) persembahan dipimpin oleh Encik Mohd Yazid Zakaria, konduktor orkestra OTM. 





Menampikan penyanyi lagenda rock, Datuk Ramli Sarip yang sememangnya terkenal dengan lagu-lagu penuh kejiwaan dan ketuhanan.

Sepertimana soalan Misz-ella kepada Datuk Ramli di sidang media yang lalu .. Bagaimana dan apakah cabaran ingin menambat hati peminat yang membesar dengan lagu-lagu Datuk seperti saya ini ? yang dah biasa mendengar nyanyian Datuk versi Rock seperti lagu Kamelia, Teratai dan kali ini apabila lagu-lagu tersebut dipersembahkan gabungan hasil kolaborasi 2 orkestra .. 

Terus terang cakap .. he killed the show! Karya hebat seperti Kamelia, Teratai, Syair Laila Majnun, Lagu Zaman (Berduet dengan Norihan Saif) dan Kau Yang Satu diiringi oleh 2 orkestra ini dengan cara yang sangat memukau perasaan dan jiwa penonton. Gubahan muzik segar, vokal Datuk Ramli yang mantap dan penghayatan penuh jiwa yang tak kurang .. setiap persembahan mendapat tepukan hangat dari penonton .. paling kuat tepukan tangan Misz-ella lah *hehehe*


Harry, pengurusan media DFP (paling kiri), Misz-ella dan rakan-rakan media yang lain


Akhirkata, Misz-ella nak ucapkan Tahniah kepada DFP atas penganjuran Konsert Tanahairku ini. Tahniah di atas usaha mengangkat martabat lagu-lagu tradisional kita ke dewan berprestij ini. Dah lama kan, kita tak dengar lagu-lagu begini .. baik di kaca TV mahupun di pentas-pentas yang lain. Misz-ella tumpang bangga bila toleh ke belakang tengok anak muda bertepuk tangan terhibur dengan persembahan. Malah turut berbangga dengan kualiti persembahan yang dipersembahkan .. tak kurang hebat dengan persembahan-persembahan lain yang pernah Misz-ella saksikan di pentas yang sama. Lepas ni kalau ada persembahan seperti ini di DFP, Misz-ella sarankan pembaca blog Dari Jari-Jari Halusku ini beli tiket dan mari kita kongsi perasaan menonton persembahan ini bersama-sama. Kembang, kuncup dan puashati rasa hati kita tau. OK .. Misz-ella dah habis berkongsi cerita tentang Konsert Tanahairku di DFP .. nak pergi buat kerja lain pulak. Terima Kasih baca. See you in next entry ya!










0 comments: