Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Datuk Ramli Sarip di Konsert Tanah Airku bersama MPYO dan OTM di Dewan Filharmonik Petronas, KLCC

Hello pembaca budiman,



Ingat lagi entry Misz-ella tentang Konsert Tanah Airku yang akan berlangsung di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP), KLCC pada 17 dan 18 November 2017 ini? Kalau tak ingat sila klik entry ini ye.




Dalam entry tersebut Misz-ella telah bercerita tentang kolaborasi Malaysia Philharmonic Youth Orchestra (MPYO) dan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) bersempena dengan ulangtahun ke 10 MPYO.

Di dalam konsert ini, pemain-pemain orkestra MPYO akan diberi pendedahan berganding bahu dengan pemain-pemain orkestra OTM yang lebih berpengalaman.



Misz-ella baru-baru ini telah menghadiri Sessi sidang akhbar Konsert Tanah Airku yang dihadiri oleh Encik Ahmad Muriz Che Rose (Konduktor MPYO), Encik Mohd Yazid Zakaria (konduktor OTM) dan Datuk Ramli Sarip (vocals)



Dalam Sidang media santai tersebut, ketiga-tiga panel telah berkongsi akan keterujaan mereka untuk menjayakan Konsert Tanah Airku ini. Encik Ahmad Muriz dari MPYO dan Encik Mohd Yazid, Konduktor untuk OTM sama-sama teruja untuk memimpin kedua-dua orkestra dan berganding bahu bagi menampilkan sebuah persembahan yang lain dari yang lain dan bakal diingati oleh penonton. Untuk konsert ini, MPYO dan OTM akan mempersembahkan lagu-lagu tradisional dan rakyat seperti Sri Mersing, Laksaman Raja Di Laut, Joget Irish For Sitar, Dialog Cak Lempong, Pantun Budi dan Serampang Laut.



Buat penyanyi legenda rock pula, Datuk Ramli Sarip, beliau menyatakan keterujaan untuk  tampil di pentas DFP selepas penampilan terakhir beliau di pentas yang sama pada tahun 2010. Tambah teruja bila penampilan kali ini lebih istimewa kerana bakal berganding bahu dengan anak-anak muda MPYO dan pemain orkestra OTM yang sememangnya telah menimba pengalaman yang bukan sedikit. Walaupun Senarai lagu yang bakal beliau persembahkan masih lagi diperingkat perbincangan, tetapi Datuk Ramli Sarip tetap tidak akan menghampakan peminat setia beliau yang semestinya mahukan lagu-lagu penuh kejiwaan beliau seperti Kamelia, Teratai, Kau Yang Satu dan Syair Laila Majnun.

Buat Misz-ella sendiri yang membesar dengan lagu-lagu Datuk Ramli Sarip dan pernah menyaksikan persembahan hebat anak-anak muda MPYO di DFP dan sentiasa percaya akan keupayaan persembahan OTM yang telah mengetuai persembahan di Istana Budaya selama bertahun-tahun, keterujaan saya lagi lah berlipat ganda!

So pembaca-pembaca budiman, ini adalah peluang anda untuk menyaksikan dua orkestra hebat dan bintang lagenda rock kita, Datuk Ramli Sarip berganding bahu di DFP, November ini. 

2 ORKESTRA DAN 1 NAMA BESAR ~ DI KONSERT TANAH AIRKU
Sila dapatkan tiket anda sekarang sebelum terlambat. Maklumat lanjut adalah seperti di bawah. Jumpa di sana, ok.

‘Konsert Tanah Airku’

Tarikh
Jumaat, 17 November 2017 
 Sabtu, 18 November 2017 jam 8.30 malam

Tempat
Dewan Filharmonik PETRONAS
Menara Berkembar PETRONAS, KLCC

Orkestra / Konduktor / Vokal
Orkestra Filharmonik Remaja Malaysia
Orkestra Tradisional Malaysia
Ahmad Muriz Che Rose konduktor
Mohd Yazid Zakaria konduktor
Datuk Ramli Sarip vokal
Norihan Saif vokal

Harga Tiket
RM100 dan RM60

Box Office
Selasa hingga Sabtu:10.30 pagi – 6.30 petang, 9.00 malam pada hari persembahan
Ahad:12.00 tengahari sehingga waktu persembahan
Tutup pada Isnin kecuali jika ada persembahan berjadual

Tempahan Telefon: 03-23317007
Tempahan Email: boxoffice@dfp.com.my
Laman Web: www.mpo.com.my
Facebook: fb.mpo.com.my










0 comments: