Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Ayam Goreng Kunyit Cili Api (Sambal Lemak Cili Api nisabakri)

Hello pembaca-pembaca kesayangan,

Kali ini Misz-ella nak sembang-sembang sikit dengan you all semua. Bukan topik hot, atau gossip atau politik .. nak sembang pasal cerita dari dapur kita je.


Hari tu kan, kawan baik Misz-ella, Puan Sri Nisa Bakri, bagi Misz-ella sebotol Sambal Lemak Cili Api ni. Dia buat fresh-fresh untuk tempahan katanya, ada lebih enam botol. Siapa nak? Saya! Laju je Misz-ella jawab.

Package asalnya macam ni .. tapi dek kerana Puan Sri Nisa bagi Misz-ella yang fresh from her kitchen, maka tak sempatlah dibotolkan sesempurnanya. Tak apa. Misz-ella berbesar hati menerima.


So, satu hari tu Misz-ella pun cuba lah. Tapi Misz-ella tak buat Masak Lemak. Misz-ella buat Ayam Goreng Kunyit je. Goreng ayam yang digaul garam kunyit sampai garing, lepas tu masukkan sambal lemak cili api nisabakri tu. Sambil kacau sambil merasa pes segera tu .. emmmm .. sedap! Confirm bertambah nasi masa makan ni   *dalam hati*

Sayangnya masa makan .. ia sedikit tawar and too dry. Tadi masa tengah masak kita rasa dah sedap dah. I salah teknik kot .. *cakap sorang-sorang dalam hati* 


Misz-ella tak putus asa. Kali ke dua Misz-ella cuba lagi. Misz-ella tak tambah garam atau gula .. masukkan pes Sambal Lemak Cili Api je tapi saya tukar teknik.Kali ni Misz-ella buat basah-basah, makan dengan nasi panas-panas. Ermmmmmm .. sedap! Terasa bumbu-bumbunya seperti bawang dan serai. Berebut-rebut makan dengan Aiman. 

Perencah segera nisabakri sekarang ni boleh didapati di Bazzarena hujung tahun Melawati Mall sehingga 15hb Disember ini. Tengok tu .. dah ramai orang serbu untuk dapatkan pes segera nisabakri yang sedap, berkualiti tinggi dan tiada MSG ni.


Pelbagai produk keluaran nisabakri ada di sini termasuklah pes-pes segera kegemaran ramai *my favourite is Pes seafood curry, Pes Chicken masala, Pes mee kari meletops ..

Dan tidak ketinggalan adalah Pes Asam Pedas Ikan nisabakri yang sangatlah lazat sehingga buat kita teringat-ingat. Menariknya pes-pes keluaran nisabakri ni, ianya boleh dipelbagaikan. Contohnya, Pes Asam Pedas Ikan nisabakri ini boleh juga dijadikan perencah untuk Ikan Kukus, Ikan Bakar dan juga Bihun Goreng *Heyyy .. saya dah cuba buat Bihun goreng gunakan Pes Asam Peda Ikan nisabakri ni .. sedap sampai kita makan 2 pinggan tau*

So pembaca-pembaca kesayangan, jom kita ke Melawati Mall untuk dapatkan pes-pes segera nisabakri ni. Ada banyak tawaran menarik. Dibuka dari jam 10pagi hingga 10malam .. cepat-cepat jangan lambat sebab khabarnya jualan sangat laris macam pisang goreng panas. Check it out, k ..







1 comments:

Sidratul Muntaha said...

cik ella masak ayam tu nmpk sedap
laparlah pulak kami