Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Dr. Neem - produk herba dari Daun Semambu


Hello pembaca-pembaca kesayangan,

Pernah dengar tentang Daun semambu tak? Kalau tak pernah, cuba ingat balik masa kecik-kecik dulu .. pernah kena Demam campak? Masa tu mak kita lumur badan dengan daun semambu, kan .. untuk kurangkan rasa gatal-gatal dan miang akibat diserang virus measels dan cacar air tu.


Imej dari Google

Pokok semambu, juga dikenali sebagai mambu dikatakan berasal dari India, Bangladesh, Myanmar, Sri Lanka dan Pakistan tetapi juga tumbuh subur di hutan tropika dan semi-tropika seperti Malaysia. Pokok semambu adalah salah satu pokok herba yang dianggap sebagai pokok perubatan dan paling meluas digunakan dalam perubatan Ayurveda. Pokok semambu juga dianggap pokok suci oleh masyarakat India dan sering digunakan dalam upacara keagamaan Hindu. 



Baru-baru ini, Misz-ella telah dikenalkan dengan produk menggunakan daun semambu iaitu Dr. Neem. Ya Allah sumpah Misz-ella blur .. dua, tiga kali tanya kawan tu Neem tu apa? Neem tu Neem .. dia kata. Ye lah what is Neem? Neem tu semambu lah kak Ella. OK lah .. baru saya tau yang nama lain bagi pokok semambu selain dari mambu ialah Neem *hehehe*

Ada 4 produk Dr. Neem berasaskan daun semambu yang terdapat di pasaran Malaysia. Yang pertama Misz-ella cuba ialah Dr. Neem Soap yang mengandungi Neem & Turmeric (kunyit).



Kunyit adalah antara bahan/tumbuhan terpenting dalam masakan. Hampir semua rumah masyarat Asia ada serbuk kunyit, kan *unless if you all tak masak*  Selain dari untuk masakan, kunyit juga amat baik untuk meningkatkan kesihatan kulit malah amalan menggunakan kunyit untuk kecantikan telah mula dipraktikkan dari zaman nenek moyang lagi.


Sabun Dr. Neem - RM12

Sabun Neem + tumeric ini berwarna hijau cerah dan jernih *lutsinar* Daun Neem bersifat anti-bakteria, anti-kulat dan anti-virus. Ianya mampu melegakan radang atau sebarang rasa rengsa pada kulit muka. Selain dari itu, daun neem juga berkesan untuk merawat masalah kulit seperti jerawat, ruam dan tona kulit tak sekata. 

Lepas buang mekap dengan make up remover, cuci muka seperti biasa gunakan sabun Dr. Neem ni. Baunya wangi, buih tidak lah terlalu banyak yang paling best ialah sabun ini langsung tidak mengeringkan kulit. Best sabun ni. Recommended!



Syampoo Dr. Neem - RM20/250ml

Selain dari itu, Misz-ella juga mencuba syampoo Dr. Neem yang telah ditambah dengan bahan-bahan lain seperti minyak neem yang diekstrak dari buah neem, ekstrak daun henna (inai), ekstrak ginseng,  provitamin B5 dan juga aloe vera. Kesemua bahan yang terdapat di dalam syampoo Dr. Neem ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri :-

Minyak buah neem yang menyihatkan kulit kepala
Ekstrak ginseng membantu mengurangkan keguguran rambut
Ekstrak henna atau inai yang mengawal uban
Provitamin B5 yang meningkatkan kelembaban rambut, mengurangkan simptom rambut bercabang dan membuatkan rambut lebih senang diurus
Ekstrak Aloe vera yang menyuburkan rambut dan kulit kepala

 Daun neem atau semambu ini sangat sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kelemumur atau kegatalan kulit kepala. Wahhh .. buat mereka-mereka yang ada simptom gatal *gatal kulit, gatal kulit kepala dan lain-lain gatal .. hehehe* rasanya produk berasaskan daun semambu ni sesuai menjadi sahabat baik anda, kan.





Hebatnya syampoo ini kerana baunya wangi, tekturnya halus dan berwarna putih lutsinar. Sebenarnya Misz-ella ada habit yang pelik sikit .. Saya suka basuh rambut setiap hari. Kalau tak basuh rambut rasa macam tak mandi *haha* Istimewanya syampoo Dr. Neem ni ialah, walaupun Misz-ella mencuci rambut hampir setiap hari, rambut tak kering malah ia menguatkan lagi akar rambut. Satu lagi yang best ialah lepas mencuci rambut dengan syampoo Dr. Neem, rambut tak kusut malah lebih senang diurus.


Dr. Neem Hair Oil - RM20/250ml

Produk terakhir yang Misz-ella cuba ialah Dr. Neem Hair Oil. Dr. Neem Hair Oil diperkayakan dengan virgin coconut oil, organic argan oil dan Vitamin A menjadikan minyak ini sangat istimewa. Minyak neem ini diekstrak dari biji buah neem. Ianya mempunyai pelbagai khasiat untuk kecantikan dan sering digunakan sebagai antara bahan campuran di dalam sabun, minyak rambut dan krim kecantikan. 






Cara-cara mengguna :- Ambil jumlah yang diperlukan dan sapu rata pada kulit kepala dan rambut. Lepas tu urut lah manja-manja kulit kepala tu supaya ia lebih meresap sehingga ke dalam, kan. Misz-ella nak kongsikan dengan you all cara-cara Misz-ella menggunakannya ~ Selain dari disapu ke kulit kepala dan rambut, Misz-ella juga gunakan minyak rambut Dr. Neem ini semasa mensyampoo. Masa rambut sedang berbuih tu, Misz-ella naikkan hujung rambut ke atas lepas tu Misz-ella lumurkan Minyak Dr. Neem di hujung rambut tu. Makin sihat you alls rambut Misz-ella. Tak kering, tak layu dan tak bermaya lagi dah.

Selain dari itu, sesekali Misz-ella sapukan juga Minyak Dr. Neem ini ke kulit muka Misz-ella. Kalau pergi outstation lepas tu terlupa bawak make up remover, Misz-ella gunakan minyak Dr. Neem untuk buang mekap. Kalau semua serum atau moisturizer dah habis, Misz-ella gantikan juga dengan minyak Neem ni. Kulit tak berminyak tapi gerenti lembab sentiasa. Minyak Neem juga dikatakan berkesan untuk menghilangkan jeragat. Ehemmm .. saya masih mencuba. Kalau betul-betul berkesan, nanti Misz-ella sambung bahagian ke 2 ye.




Dalam 3 produk ni, Minyak Dr. Neem paling cepat habis. Tengok tu dah masuk botol ke dua dah. Memang Misz-ella suka dan jatuh cinta sangat dengan minyak ni .. selain dari berkesan untuk rambut dan kulit muka, bau dia pun best! Tak da orang perasan kita bubuh minyak di rambut dan kulit muka kita. Wow sangat!

Buat mereka yang ingin mencuba produk Dr. Neem, boleh telefon kawan Misz-ella iaitu Cik RH di no telefon 012-272 7160. Harga produk Dr. Neem tak mahal tetapi khasiat daun semambu ni tersangatlah hebat. Tak salah mencuba,kan.






5 comments:

shiraaa said...

sy bru nk try guna neem n turmeric soap..smoga berkesan..

Unknown said...

Kat mane nak beli sabun n shampoo dr.neem ni..

Afifah said...

Mana nk dpt semua produk n?

Unknown said...

Mana nak peroleh product ni kat Sabah

Unknown said...

mana saya blh dpt proxuct iini