Hello pembaca kesayangan,
Dah beberapa hari ni, Misz-ella asyik senyum sorang-sorang. Terkenangkan kemeriahan bulan Ramadan, lepas tu kita akan berjumpa Syawal dan akan berhari raya.
Bulan Ramadan itu sendiri sudah meriah - bangun pagi-pagi sahur, berlapar dan berdahaga dari terbit matahari hingga terbenam matahari, berbuka puasa dan bertarawikh bersama-sama. Seronok, kan bulan puasa.
Lepas tu dah mula tak sabar nak berhari raya. Bila sebut hari raya, terbayang baju raya, kasut raya, beg tangan raya, juadah raya dan kuih raya.
Masih ingat lagi tak dengan Crispy Choco Bar yang Misz-ella promosikan di blog ni, tahun lepas? Crispy Choco Bar dah kembali lagi tau .. bersempena dengan kedatangan Ramadan yang mulia.
Bayangkan coklat rangup, di dalamnya ada ketulan badam garing (kerana dibakar terlebih dahulu), serbuk badam dan rice crisp rangup .. cair di dalam mulut .. yummy! Tengok tu, sekali makan, 2, 3 ketul Misz-ella seorang je *auwww .. patutlah aku tak kurus-kurus*
Crispy Choco Bar dah mula dijual bersempena dengan kedatangan bulan Ramadan. Meskipun harga barang mentah sudah meningkat naik, harga sebekas Crispy Choco Bar (36 pcs) ini, tetap kekal pada RM30. Sungguh murah hati tuan punya bisnes ini iaitu isteri kepada sepupu Misz-ella kerana tidak menaikkan harga. Moga dimurahkan rezeki Allah SWT ye Hanim.
Menariknya adalah .. Crispy Choco Bar sekarang ni sedang menjalankan promosi PRA-RAMADAN. BELI 4 PADA HARGA RM100 SAHAJA! Maknanya, sekiranya you all beli sebelum bulan Ramadan, you all akan dapat memiliki Crispy Choco Bar yang mewah dan kaya dengan bahan-bahan berkualiti dan rasa yang sangat sedap ini pada harga RM25 sahaja sebekas. Amboi .. kualiti dan rasa luar biasa tapi kita dapat beli pada harga biasa-biasa. RM25 tu harga Biskut Samperit, Biskut Kelapa je, kan. Ishhh .. rugilah kalau tak rebut peluang BELI 4 PADA HARGA RM100 ni.
Banyak sangat? Ohh tidak .. kerana Crispy Choco Bar ini sangat sedap. Bukan anak-anak je .. mak-mak macam i pun suka *hehe*. Lagi satu, packaging Crispy Choco Bar ini sangat cantik .. boleh kita jadikan buah tangan/cenderahati ketika bertandang ke rumah kesayangan di hari Raya nanti.
So you all, Ramadan tak lama lagi. Rebutlah peluang untuk berjimat cermat dengan berbelanja secara bijak seperti Kak Neni ni.
WhatsApp/Mesej 016-6223138 untuk order ye. Jangan tunggu lama-lama tau .. nanti melepas rugi, kan.
0 comments:
Post a Comment