Hello pembaca kesayangan,
Kali ini Misz-ella bawakan kisah tentang berbuka puasa di Nilai 3. Bila sebut Nilai 3, semua orang teruja *termasuk la Misz-ella*
Nilai 3 sangat sinonim dengan barang kelengkapan rumah yang dijual pada harga borong. Misz-ella sendiri suka pergi Nilai 3 untuk beli carpet, sejadah, langsir dan macam-macam lagi.
Ehemmm .. bulan puasa ni mesti meriah suasana di Nilai 3, kan .. masing-masing mahu beli kelengkapan raya dengan harga murah. Dah habis membeli belah, nak balik ke Kuala Lumpur mungkin dah tak sempat sebab jalan jem. So Misz-ella nak rekomen kat you all tempat berbuka puasa paling best dan paling selesa di Nilai 3 iaitu UBE Banquet Hall yang terletak di Nilai 3.
Misz-ella dan blogger Cik Lily Putih
Tak jauh perjalanan ke Nilai 3, lebih kurang 45 minit sahaja dari ibukota Kuala Lumpur tercinta, dan tidak sukar untuk mencari UBE Banquet Hall ni. Waze UBE Banquet Hall, Nilai 3 .. terus sampai ke pintu pagar dewan banquet yang sangat selesa ini. Kawasan persekitaran selesa dan pandangan mata sangat lapang sebab lokasinya yang berhadapan dengan jalan besar. Tak jauh dari lot-lot kedai di kawasan perdagangan borong Nilai 3. Parking pun selesa dan percuma sahaja *I LIKE*
Ini adalah tahun ke tiga UBE Banquet Hall mengadakan buffet buka puasa yang diberi nama Nur Ramadhan.
Menariknya di sini ialah semua makanan dihidang menggunakan konsep 'warung atau gerai' yang dibina di dalam khemah. Berkonsepkan masakan kampung, antara lauk pauk yang menanti anda semua adalah Rendang Ayam Pucuk Ubi, Kambing Masak Pedas, Daging Gulai Kawah, Ikan Patin Masak Tempoyak dan bermacam lagi.
Ada juga Udang Masak Butter, Sup Daging, Ikan Siakap 3 Rasa, Telur Masak Lemak + Belimbing, Sambal ikan Bilis Petai dan macam-macam lagi. Kesemua lauk pauk dihidang dengan cantik dan cukup kreatif dengan sentuhan 'Melayu tradisional' menggunakan bahan-bahan tradisional seperti kain batik, tampi yang dianyam dari rotan dan bermacam lagi. Seronok tengok dekorasi warung-warung di sini.
Antara yang menarik perhatian Misz-ella, Daging Masak Lemak Cili Api bersama Pucuk Ubi.
Close up sikit .. favourite Misz-ella ni!
Kita boleh pilih samada nak makan dengan Nasi Putih atau Nasi Arab D'Raja yang berwarna kuning ni.
Selain dari itu, ada KIDS STATION yang menyediakan makanan anak-anak kecil .. Comel, kan.
Di Gerai Kuih Mak Siti, ada bermacam jenis kuih muih baik yang moden mahupun tradisional sebagai pemanis mulut selepas berbuka puasa dengan hidangan utama.
Fruit platters .. macam-macam jenis buah ada
Ehemmm .. ada Laksa Johor di gerai Lynn Aneka Mee ..
Dan ada jugak Spagetthi Carbonara dan Spagetthi Bolognese buat mereka yang gemarkan pasta
Ada jugak warung yang menyediakan Ikan Bakar, Chicken Chop dan Lamb Grill .. panas-panas dari kuali!
Di Kedai Minum Pak Samat, disediakan tiga jenis air sejuk dan dua jenis air panas iaitu Air Bandung Cincau, Air Lemon Blue, Sirap Selasih, Air Teh Tarik Kaw dan Air Kopi O Kampung.
Yang ni pula ialah pintu masuk ke dewan makan
Dewan makan UBE Banquet Hall sangat luas, selesa, berhawa dingin dan boleh menempatkan 15 unit meja bulat dan 150 kerusi Chiavary dalam satu masa. Dewan berhawa dingin dan selesa. Kemudahan tandas dan surau pun turut disediakan.
Paling best, ada juga Bilik Mainan untuk kanak-kanak. So tetamu boleh berbuka puasa dengan senang hati tanpa risau fikirkan anak-anak bosan sebab diaorang boleh bermain di dalam bilik ni. Sangat family oriented UBE Banquet Hall ni, kan.
Ehemmm .. tengok lah pinggan kita .. meriah dengan lauk pauk. Rasanya? Sangat sedap! Berbaloi perjalanan kami dari Kuala Lumpur untuk menghadiri Preview Buffet Nur Ramadhan di UBE Banquet Hall ini. Kesemua lauk cukup rasa, kambing yang digrill dan dimasak pedas cukup lembut dagingnya .. semua lauk sedap-sedap!
Buffet Buka Puasa Nur Ramadhan di UBE Banquet Hall D'Nilai 3 hanya akan bermula pada 10hb Mei 2019 sehingga 1 Jun 2019 dari jam 6:30 petang hingga 10 malam. Harga sangat berpatutan ataupun 'wallet friendly' iaitu :-
Dewasa ~ RM45/ Pax
Kanak Kanak ~ RM15/ Pax
5 tahun kebawah ~ Free!
*12 tahun keatas dikira dewasa
Memandangkan tempat duduk tahun ini adalah terhad berbanding dengan tahun-tahun yang lalu, tempahan awal adalah digalakkan supaya anda tidak kecewa. Cara-cara nak tempah senang jer ~ Whatsapp atau telefon no. 0107007728/0107007738. So sambil-sambil shopping di Nilai 3 tu, jangan lupa tempah tempat duduk anda supaya tak kelam kabut masa nak buka puasa nanti ye.
Buat pengetahuan kesemua pembaca blog Dari Jari-Jari Halusku ini, UBE Banquet Hall adalah syarikat yang membekalkan perkhidmatan katering yang berpengalaman. Terdapat dua dewan yang ditawarkan iaitu Dewan Seri Orked dan Seri Tanjung.
Dewan Seri Orked lebih kecil dan boleh memuatkan tetamu seramai 80 orang dalam satu masa manakala Dewan Seri Tanjung boleh menempatkan tetamu sehingga 1500 orang. Antara majlis-majlis keraian yang boleh diadakan di kedua-dia dewan ini adalah :-
Majlis perkahwinan
Majlis pertunangan
Majlis Akikah
Sambutan Hari Jadi
Sambutan Hari Keluarga (Family Reunion)
Majlis Makan Malam
Majlis Kesyukuran
Acara BBQ
Seminar, Kursus, Ceramah dan sebarang majlis ilmiah
Alamat :-
Lot 1660, Jalan Delima 1
Kawasan Perindustrian Nilai 3
71800, Nilai, Negeri Sembilan.
No. Tel :- 010-7007738/010-7007728
Butir-butir lanjut tentang Buffet Buka Puasa Nur Ramadhan dan servis catering lain oleh UBE Banquet Hall boleh didapati di :-
Facebook UBE Banquet Hall D'Nilai 3
Instagram UBE Banquet Hall
0 comments:
Post a Comment