Dah hari ke 3 kita berpuasa. Semalam kita berbuka puasa di rumah sendiri. Simple je juadah kita - Ayam Goreng Masak Air Asam, Sambal Telur Hancur (Kak Ngah bagi), Sup Suhun + Tofu & Kentang dan kuih Popia Basah dari pasar ramadan TTDI.
Ayam Goreng Masak Air Asam - Senang je masak lauk ni. Gaul ayam bersama garam dan kunyit, lepas tu goreng. Tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan halia sampai garing. Masukkan sebatang serai yang dah dititik terlebih dahulu. Masukkan air asam jawa. Perasakan garam dan gula. Lepas tu masukkan hirisan bawang besar dan cili api. Hummm yummy!
Yang ni ni tak yah bagi resepi la ye. Mesti korang pandai buat, kan.
Popia basah TTDI ni memang favourite Misz-ella. Tiap-tiap tahun mesti cari. Sos dia sedap, sayur tauge dan sengkuang fresh dan rangup. Lepas tu ada kacang tanah goreng dan bawang goreng garing. Bukan mudah nak dapat kan Popia ni. Kena beratur lama sebab pakcik yang buat ni sangat cermat dan teliti orangnya. Tapi sangat berbaloi sebab rasa dia sedap ya Amat you alls. Tahun ni gerai pakcik dah bertukar lokasi - depan Kedai Ayamas. Sila bertabah ye kalau you alls nak beli.
Ok hari ke 3 ni Misz-ella akan berbuka puasa di luar je. You alls berbuka apa ye?
0 comments:
Post a Comment