Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Malik Streams raikan anak yatim dengan Jom Shopping Raya Bersama Adik-Adik


Hello pembaca kesayangan,



Kita dah menghampiri penghujung Ramadan dan Syawal akan menjelma tak lama lagi. Bila sebut bulan Syawal, salah satu perkara yang diharuskan adalah adalah berbaju baru di pagi raya. Baru-baru ini Misz-ella.blogspot.com telah dijemput menghadiri majlis meraikan anak-anak yatim dengan ber shopping baju raya anjuran Malik Streams Corporation dan syarikt subsidiarinya, Iman Health & Beauty Sdn Bhd.



Hampir 300 orang anak-anak dari lima buah rumah kebajikan iaitu Rumah Titian Kasih Al-Inayah, Persatuan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah Kg. Johan Setia Klang, Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia, Rumah Pertubuhan Kanak-kanak Insan Istimewa serta Pusat Jagaan Kanak-kanak Yatim/Miskin Rukaiyah Kajang diraikan di majlis tersebut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Malik Streams Corporation, Datuk Abdul Malik Dashtigeer bersama dengan Pengarah Eksekutif Iman Health & Beauty Sdn Bhd, Datin Dahlia Baiduri.


Pagi-pagi lagi anak-anak yatim ini telah dibawa ke Jakel Mall, Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur untuk memilih sendiri baju raya. Seronok Misz-ella menyaksikan acara murni ini, bahagia rasa hati melihat usaha murni anjuran Malik Streams Corporation dan Iman Health & Beauty Sdn Bhd berjaya menggembirakan hati anak-anak ini.



Menurut Datuk Malik, syarikat beliau sentiasa prihatin dengan golongan yang kurang bernasib baik ini dan memperuntukkan dana hampir RM300,000 tahun ini bagi membolehkan mereka ini meraikan Aidilfitri seperti yang lain. Kalau you all nak tau, Malik Streams Corporation adalah sebuah syarikat hartanah, produksi perfileman, perniagaan import dan eksport, pengurup wang serta beberapa lagi perniagaan yang telah ditubuhkan pada tahun 2007 dan juga merupakan pengedar filem Tamil dan Hindi terbesar di Malaysia.



Selain dari itu, Datuk Abdul Malik juga meminati bidang kesihatan dan kecantikan dan telah bergabung dengan Datin Dahlia Baiduri menubuhkan Iman Health & Beauty.

Informasi lanjut tentang program Jom Shopping Raya bersama Adik-Adik boleh didapati di :-
Facebook: @malikstreams
Instagram: @malikstreams



0 comments: