Hello pembaca kesayangan
Kalau ada di antara pembaca blog Dari Jari-Jari Halusku ini sedang mencari lokasi untuk berbuka puasa di lokasi sekitar Mont Kiara, Publika atau kawasan-kawasan yang berhampiran, Misz-ella nak cadangkan Restoran Ayam Penyet Blok M yang terletak di Solaris Mont' Kiara.
Antara lauk pauk membuka selera adalah Kambing Black Pepper, Ayam Penyet *yang ni memang specialty Restoran ni*, Kari Kepala Ikan, Ayam Sos Tiram, pelbagai jenis sayur dan bermacam lagi.
Pelbagai jenis kuih dan pemanis mulut turut disediakan. Ada juga Bubur durian *ok Misz-ella lupa nak ambik gambar*
Air panas dan air sejuk juga ada dan kesemua ini dapat dinikmati pada kadar RM40.00 sahaja seorang.
Walaubagaimanapun, Buffet hanya disediakan untuk tempahan minima 20 orang sahaja. Untuk pelanggan yang walk-in, boleh memilih untuk menjamu selera dari Menu A-La-Carte seperti Nasi Lalapan, Nasi Goreng Petai, Nasi Kerabu, Nasi Ayam Madu dan berbagai lagi.
Lokasi Restoran Ayam Penyet Blok M adalah di No. 13A, Jalan Solaris 3, Solaris Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur. Tel :- 013-562 2888 untuk sebarang pertanyaan dan tempahan ye. Ok Misz-ella dah habis berkongsi dengan you all semua, dan nak pergi buat kerja lain pulak. Terima Kasih baca. Bye you alls.
0 comments:
Post a Comment