Hello pembaca kesayangan,
Ramadan bulan yang mulia dan sering dinanti-nantikan semua. Ramadan sangat istimewa dan datang dengan seribu rahmat. Di dalam menyambut kemeriahan bulan yang barakah ini, nasib mereka yang kurang bernasib baik tidak dilupa.
Baru-baru ini, Misz-ella berpeluang untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa dengan anak-anak yatim Paya Jaras anjuran Bonzer Corner, Castello Trading dan disokong oleh Pertubuhan Amal Bakti Semalaysia.
Majlis yang diberi nama Majlis Menyantuni Meraikan Anak-Anak Yatim Paya Jaras ini diadakan di Bonzer Corner, Jalan Alor, Kuala Lumpur.
Pusat Penjaja Jalan Alor, Kuala Lumpur memang popular di kalangan pelancong dan tersenarai di dalam 'A MUST VISIT PLACE IN KUALA LUMPUR' di dalam kalender Tourism Malaysia. Walaupun dimonopoli oleh deretan kedai makanan yang tidak Halal, tetapi tahukah anda bahawa terdapat barisan penjaja Melayu yang berniaga di penghujung Jalan Alor tersebut seterusnya menjadikan lokasi ini sebagai satu-satunya HALAL HUB di sekitar Jalan Alor ini?
Dikenali sebagai Bonzer Corner, terdapat lebih kurang 6 orang penjaja Melayu yang mula beroperasi di kawasan ini sejak Bonzer Corner ditubuhkan iaitu pada tahun 1998. Misz-ella pun pertama kali ke sini, Terima Kasih kepada Madam Sally yang menjemput Misz-ella ke Majlis ini .. bertambah ilmu pengetahuan dan dapatlah Misz-ella berkongsi dengan pembaca semua, kan.
Penganjur majlis ~ Shafiq, Ramli, Madam Sally, Samsul dan Hairol bersama anak yatim Rumah Kasih Harmoni, Paya Jaras, Selangor. Ini adalah tahun ke tiga penganjuran Majlis mulia ini di mana kali ini diberi kelainan kerana anak-anak yatim ini dibawa keluar berbanding majlis diadakan di rumah mereka pada tahun-tahun sebelumnya.
Majlis dimulakan sekitar jam enam petang dengan sessi suai kenal dan ramah mesra dengan beberapa orang kuat Majlis termasuklah Encik Hong (dua dari kiri), Pengerusi Persatuan Penjaja Jalan Alor yang turut bekerjasama dalam majlis ini dan Encik Ravi Firdaus (paling kanan) yang turut menyumbang makanan untuk majlis ini.
Anak-anak yatim seramai 30 orang dari Rumah Kasih Harmoni, Paya Jaras tiba pada jam 6:30 petang dengan menaiki van. Amboi .. comel-comel anak-anak kecil ini, semua bersemangat walaupun mereka berpuasa.
Buat pengetahuan semua, Rumah Kasih Harmoni yang terletak di Lot 46A & 46B, Kg Paya Jaras Dalam, Sungai Buloh, Selangor adalah rumah penginapan buat anak yatim, anak yatim piatu, anak-anak terbiar dan anak mangsa dera.
Rumah ini menerima anak-anak ini sehingga mereka berumur 18 tahun dan buat masa ini, terdapat hampir 100 orang anak-anak di sini yang berumur dari 6 bulan ke atas.
Penyanyi Shara Ekhnor turut hadir dan turut beramah mesra dengan anak-anak ini.
Antara juadah yang disediakan untuk menjamu tetamu-tetamu VIP mereka - ada Rendang Ayam, Masak Lemak Daging Salai ..
Kambing Panggang juga ada ..
Turut disediakan kuih muih seperti Badak berendam, Agar-agar Santan, Murtabak ..
Roti bun dan cupcakes yang disediakan oleh Encik Ravi Firdaus pun ada ... meriah, kan
Selepas berbuka dan solat, tetamu-tetamu VIP ini dibawa untuk satu lagi majlis istimewa iaitu ..
Kami jalan beramai-ramai berpimpin tangan di Jalan Alor untuk 'dessert' istimewa iaitu makan Aiskrim Kelapa. It was such a wonderful experienced ~ kenangan yang tak mungkin akan kami lupakan sampai bila-bila *love*
Sebaik sampai ke gerai menjual Aiskrim Kelapa, tetamu-tetamu VIP ini beratur untuk mendapatkan aiskrim kelapa yang ditaja khas oleh Encik Hong.
Wajah-wajah ceria setiap tetamu yang hadir dapat menikmati aiskrim kelapa bersama-sama anak-anak ini .. peluang yang jarang dapat kita nikmati, kan.
Berubah wajah Jalan Alor, Bukit Bintang pada malam tersebut ~ riuh rendah dek kerana kami semua.
And finally, group photo with everyone involved in this good cause ~ terserlah kegembiraan dan kepuasan di wajah masing-masing dapat berkongsi kegembiraan sesama mereka yang memerlukan.
Betul kata orang Tangan yang Memberi lebih baik dari tangan yang Menerima .. Terharu Misz-ella bila adik manis ini katakan .. Semoga kita berjumpa lagi ye, Kakak. Rasa nak menitis airmata masa tu. Sungguh Misz-ella tak sangka yang kehadiran Misz-ella di dalam majlis ini mampu menceriakan hati anak kecil ini. Setinggi Tahniah dan penghargaan buat penganjur majlis kerana berjaya menceria dan menghiburkan hati mereka-mereka ini.
Kebetulan acara tersebut diadakan pada 12hb Mei 2019, iaitu hari sambutan hari ibu sedunia .. such a wonderful feeling I had, to celebrate this special day with these meaningful activities .. Thank you to the organiser for counting me in. Semoga Allah SWT merahmati usaha murni kalian menggembirakan hati insan-insan kecil ini.
Untuk maklumat lanjut atau sumbangan untuk Rumah Kasih Harmoni, you all bolehlah hubungi Puan Kamariah di no telefon 010-2350475.
So pembaca-pembaca kesayangan, Misz-ella dah habis kongsikan kisah tentang Majlis buka puasa Bonzer Corner, Castello Trading dan Pertubuhan Amal Sebakti Malaysia bersama anak-anak yatim Rumah Kasih Harmoni. Lebih banyak kisah akan Misz-ella bawakan nanti. You all stay tune dan jangan lupa datang lagi, k. Selamat Berpuasa you alls!
0 comments:
Post a Comment