Hello pembaca kesayangan,
Pada 15hb Mei yang lalu, telah berlangsung acara Majlis Pembukaan BAZARAYA IRAMA SELEBRITI bertempat di Lower Ground Floor, SB Mall Sg. Buloh (The Store), Sg. Buloh, Selangor.
BAZARAYA IRAMA SELEBRITI dianjurkan oleh harithmai production dan disokong oleh Konsortium IRAMA. BAZARAYA IRAMA SELEBRITI ini diadakan khas untuk
ahli-ahli IRAMA dan juga artis -artis tempatan sama sama untuk
menambah pendapatan pada bulan Ramadan.
Walaubagaimanapun, bukan sahaja ahli-ahli IRAMA diberi peluang untuk berniaga di BAZARAYA IRAMA SELEBRITI ini, malah Misz-ella juga mempunyai satu gerai di sana iaitu KEDAI MANIS ELLALEED.
Sebelum Misz-ella bercerita dengan lebih panjang lebar, marilah kita terlebih dahulu berkenalan dengan Konsortium IRAMA. Konsortium IRAMA adalah satu badan bukan kerajaan yang mengabungkan beberapa syarikat-syarikat rakaman kecil
yang menerbitkan karya muzik, rakaman audio dan kandungan digital kreatif multimedia yang berpusat di Malaysia. Konsortium IRAMA telah ditubuhkan pada tahun 2018 diterajui oleh Presidennya, Encik Ayob Abdul Majid.
BAZARAYA IRAMA SELEBRITI akan berlangsung selama 20 hari iaitu dari 15hb Mei 2019 sehingga 3hb Jun 2019. Pelbagai Aktiviti menarik telah dirancang oleh pihak penganjur untuk memeriahkan sambutan Ramadan di SB Mall sepanjang tempoh ini.
Antaranya adalah THAI FOOD FAIR
Pemberian bubur lambuk dan kurma secara PERCUMA oleh artis-artis BAZARAYA IRAMA SELEBRITI
Aktiviti-aktivi menarik yang lain adalah Jualan Lelong Raya Bazaraya Irama Selebriti, Photobooth, Cabutan Bertuah, Demo masakan, Meet & Greet artis pujaan anda seperti Dato’ Khaty Ibrahim, Raihan, Rabbani, Faizal Bin Ismail, Fitri Haris, Ben Laden, Maisarah Ukulele, Zarina Raja Lawak, Zaidi Anwari, In Team, Bob Ringgo dan ramai lagi.
BAZARAYA IRAMA SELEBRITI sudahpun bermula pada 15hb Mei yang lalu dan sedang berlangsung dengan meriahnya. Ramai pengunjung telah mula membanjiri ruang niaga BAZARAYA IRAMA SELEBRITI yang terletak di hadapan Market Place, Lower Ground Floor, SB Mall yang baru direnovasi ini. Suasana membeli belah sangat selesa, berhawa dingin dan pelbagai kelengkapan Raya boleh didapati di sini. Paling best, parking di sini percuma.
Walaubagaimapun, buat masa ini masih terdapat beberapa unit booth untuk disewa oleh mereka yang berminat untuk berniaga sepanjang bulan Ramadan ini. Sewa booth bermula dari RM1,000 ke atas. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, you all boleh hubungi Setiausaha Kehormat IRAMA (Puan Lisza) di talian 0193391445.
Walaubagaimapun, buat masa ini masih terdapat beberapa unit booth untuk disewa oleh mereka yang berminat untuk berniaga sepanjang bulan Ramadan ini. Sewa booth bermula dari RM1,000 ke atas. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, you all boleh hubungi Setiausaha Kehormat IRAMA (Puan Lisza) di talian 0193391445.
0 comments:
Post a Comment