Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Dimana dia bulan hadapan?

Jiwa kacau entah apa-apa. Eleh .. bukan serius mana pun sebenarnya tapi disebabkan minda macam-macam ada .. ambek kau tido malam semalam lepas jam 12 malam*1 pagi lerrr ..* Bangun tetap 6 pagi macam biasa.  Dah habis main masak-masak .. hantar Aiman gi sekolah segala .. terus ke tempat kerja. Sampai ofis buat final check cepat-cepat sebelum Dokumen Tender cantik siap berjilid dibungkus dan 'seal' . Bismillahirahmannirahim .. Moga ada rezeki kami tahun ini. Amin.

Muka penat stress kat opis pukul 7:30 malam Khamis hari Rabu. Aku kan .. kalau minda terlalu penat dan jari-jari halus mintak rehat .. aku "Take 5" sekejap. Kalau tak "online" sekejap aku ambek handphone pastu ambek gambar sendiri. Kahkahkah ..  Kelakar!! Jangan tak tau .. Ambek gambar sendiri cara aku untuk 'stress release' ye kawan-kawan. Pastu tengok gambar senyum sorang-sorang .. OK .. minda dah tenang .. baru la boleh sambung kerja semula. Senyum sorang-sorang? Senyum sorang-sorang? Ko senyum sorang-sorang eh Ella?  Ko gila ke sawan kamera? Kahkahkah ..

Pastu Butang dan Kakak Cool turun 'floor' aku. Biasa le Butang ... dia penuh dengan lawak bodoh tapi ceria. Terhibur beb dengar lawak pagi dia saat jiwa kacau ni.

Khamis lepas aku pergi tempat ni. One of the question mark in my head .. Mungkinkah Aiman berada di sini bulan hadapan? Susah derrr  ai nak plan apa-apa selagi tak dapat jawapan dari pihak sekolah. 

Kalau rezeki Aiman disitu, pasni Mama akan ke salun sendiri. Jimat le duit sikit sebab pasni cuci satu kepala jer tapi .. kalau bertemankan Aiman Mama lebih bahagia. Nak harap Abah teman Mama? Elehhh .. dia bukan minat pun tempat cenggini. Tempat-tempat kaler 'ijo' dia suka lerr ..

Pasni mama kena biasakan diri ke Car Wash atau cuci kereta sendiri. This Gold CRV will miss your touch, dear. sob .. sob .. sob .. *Macam la keta boleh nangis* Hihi.

Hurmmmm .. lambatnya 13hb. Tarikh aku disuruh meminta jawapan. Eh .. OK lah. Got to go. Sian korang kena baca Entry ding dong entah apa-apa ni, kan. Entry ni sebenarnya aku buat Khas agar satu hari nanti Aiman boleh kenang betapa gundah gulana hati Mamanya menanti jawapan masa depannya.  Eh .. jap jap. Ada ke orang baca? Ada ke? Ke aku yang syok sendiri jer? Hihihi.





Perempuan-perempuan pulang lewat malam

Dulu-dulu mama selalu pesan .. Orang perempuan jangan balik lambat. Nanti dikata orang.  Dulu-dulu .. Macam tu la pandangan orang dulu-dulu terhadap perempuan yang balik lewat malam.  Perempuan yang pulang lewat malam seringkali dikaitkan dengan perbuatan/kerja yang tidak baik.

Zaman berubah .. begitu juga dengan pandangan manusia. Zaman sekarang, perempuan-perempuan yang balik lewat malam dilabel sebagai seorang yang sangat sibuk, berpangkat dan berkerjaya. Professional la konon ..

Alkisahnya .. semalam saya antara perempuan-perempuan yang pulang lewat malam. Pukul 9:30 keluar pejabat hampir jam 11 baru sampai rumah. Secara jujur, saya bukanlah suka dengan situasi di atas. Kalau boleh nak balik 'cun-cun' .. nak lepak depan TV dan luangkan masa berkualiti dengan famili. Makan malam dengan famili dan kemudiannya melepaskan tekanan di lantai tari bersama teman kesayangan antara aktiviti feveret di malam hari. Tapi bila bekerja dengan orang-orang yang 'fail' atau tidak peka dengan pengurusan masa .. begitu lah jadinya. Keluar pagi balik malam. Tak bagus. Sangat tak bagus. Kalau selalu begini, maka akan Tua sebelum waktunya lah kita semua. Hrmmm .. Tak mau. Tak mau macam tu. Biar tua itu datang dengan sendiri .. tak perlu kita cari dengan men 'tua' kan diri sendiri.  Sebagai manusia, kita tetap akan tua tapi kalau diizinkan Allah SWT biarlah tua dengan sihat .. bukan sakit atau tua dengan terlalu cepat.

So kawan-kawan .. Mari amalkan pengurusan masa yang sempurna dalam hidup kita.






Kejutan Harijadi Kak Nani

Banyak perkara dan peristiwa best berlaku ujung-ujung 2011. Ceria dan meriah dan sungguh bermakna dan heppi gila dan "happening" dan salah satunya ialah Kejutan Harijadi Kak Nani. Eh .. ada berapa banyak "dan" dalam sebaris ayat tu? Ni dulu BM fail ke apa ni? Tihihihihi ...

Actually masa ke rumah Kak Nani di Hari Khamis Malam Jumaat menjelang hari nikah Liana Ezzana, me and Dr. Rozzana dah plan nak ke rumah dia Hari Rabu 28.12.2011 lepas kerja to have dinner with her. But things changed when i visited Kak Nani's family a day after The Big Day. Abg Zainal, husband Kak Nani cakap "Rabu ni harijadi Nani .. Y not kita surprise kan dia? Kita buat makan-makan sikit .. ajak Zana, Yanti dan famili. Kita bakar sate pastu beli kek. You let me know what i should prepare and i will try to get it done. Wahh .. cantik dan menarik idea tu.  So i said .. Let me check with them first and will get back to you a.s.a.p. sebab Kak Zana dan Yanti sokmo busy. 

Seperti biasa tugas kolling sana sini dan arrange itu ini was dedicated to me. Zana said OK. Yanti said ON. SMS and start planning with Abg Zainal cepat-cepat. Abg Zainal said I will bring Nani out lepas Maghrib .. then u all came .. set everything and once we come back >>>>>> SURPRISEEEEEE .. Hahaha .. That was the original idea.

I was worried actually. I was hoping and praying that everything will be smooth as planned cos i have a very limited time. There's a tender close on Thursday so Wednesday tu sure i kena balik lambat. Tak kira .. demi nak buat Kak Nani gembira akan ku fikirkan caranya. Luckily, if we always positive and have a good heart, Tuhan akan permudahkan segalanya. Tender berjaya ku siapkan .. Kak Nani pun berjaya kami raikan. Dan nasib baiklah kami ni duduk dekat-dekat. 15 minit sampai je dah boleh sampai BJ dari SU.

White Chocolate Macadamia Birthday Cake ~ I bought it during my Wednesday's lunch.

I was assigned by Yanti and Kak Zana to buy a gift for this beautiful woman. Hari Selasa aku pergi beli di 1Utama during my lunch hour. Phewwwww ... ligat otakku berfikir menyusun waktu dan strategi agar semuanya menjadi.

I bought the cake, Zana brought sate, Liana cooked the Spagetthi. Hafiz dan Imran contributed by preparing Apple Juice and Air Sirap Bandung.


Yanti bawak Cendol Bie.

Yanti and family dah siap pilih port menyorok. Jangan ingat terang tau sebab masa ni sebenarnya gelap gelita sebab lampu balcony kami tutup sudah.  Terang gambar tu sebab 'flash camera' ye. Masa ni kami dah ada "baik punya plan" dengan kerjasama anak-anak Kak Nani Tapi .. tapi ... tapii ... tapi  .. tapi ..

dan tapi ... 

Wahhhh .. banyaknya tapi

Kat rumah Kak Nani ada 3 pintu masuk. 1 pintu kayu ala Bali, 1 pagar besar dan 1 pagar kecik. We planned that Abg Zainal will bring her in through pagar besar but unfortunately, diaorang masuk ikut pintu ala Bali yang once masuk, terus boleh nampak Dining table kat balcony yang dah penuh dengan makanan. Kasut kitorang lagi. Mana sempat nak alih dah. OMGGGGG ..... OMGGGG .. apa lagi .. kelam kabut we ols melari dan menyorokkan diri.  Ada yang lari menyorok belakang tiang, myself dan Kak Zana pulak kelam kabut menyorok belakang 2 bijik Kerusi kayu Ala-ala Bali. Hahahaha .. kelakar!! 

Dan Kak Nani pulak sebaik je masuk off course la terus nampak meja yang penuh, kasut yang banyak dan Ehhhhh .. Ada orang la. Sapa ye ~ Camtu la skrip dia. Ingatkan nak surprisekan dia tengok-tengok dia dah nampak kita. Hihihi.

Suka tengok ekpressi wajah Allisya merenung Mamanya.

Kurang seorang. Hanis tak ada. 
Bukan suka-suka. She was outstation atas urusan kerja.

Kitorang yang excited lebih. Hihi.

Ini lah muka-muka yang bekerjasama dengan famili Kak Nani dalam Misi mensurprisekan Kak Nani di Hari Lahirnya. Menjadi. Memang menjadi tapi ... Ya Rabbi kelakarnyaaa .. It was fun and will be remembered forever. Yang penting hepi, kann kawan-kawan. I'm sure Yanti, Kak Zana dan Kak Nani senyum sorang-sorang sebaik sahaja membaca entry ini. Hihihi. Owhhh .. BTW, sila abaikan muka penat kitorang kat atas tu ye. Masing-masing baru balik kerja .. gitewww la rupanya. Hihi. Hurmmm .. OK lah. Sekian sahaja Entry Mengenang Hari Mengejutkan Kak Nani di tanggal 28.12.2011 untuk kami kenang di hari tua nanti. Bye.





Bedak batu

Bedak Batu dulu-dulu.  Masa zaman anak dara dulu, Abah kita belikan bedak batu ni sorang satu untuk kami bertiga (yg perempuan sahaja). Pastu dia baca-baca .. hembus-hembus .. pastu dia kata  .. Nah .. pakai sorang satu. Selawat dulu. Entah jampi apa la abah kita baca tu ye? Hihihi. 

Sebenarnya cantik atau tidak seseorang itu bukanlah terletak pada baca-baca dan jampi-jampi .. tapi terletak pada hati budi dan ciptaan Allah SWT itu sendiri. Cantik pun ciptaan dan kurniaan Dia .. tak cantik pun dari Dia. So, bersyukurlah kita dengan pemberianNya. Tak yah suntik-suntik .. tak yah jampi-jampi .. biarkan je semulajadi. Cantik jugak, kan .. macam kita. Eh .. perasan lak kau ni Ella. Tihihihi. 

Baru-baru ni terjumpa Bedak Batu Siam ni kat Pasaraya Mydin. Terus kita beli pastu bagi kat Aiman. Masa bagi tu kita cakap ... Nah .. pakai. Selawat dulu. Dia tanya ..Kenapa? Kita jawab .. Saje je .. sebab dulu Atok bagi kat Mama, Ibu Yang dan Ucu sorang satu pastu dia cakap nak pakai Selawat dulu. Entah dia ikut ke tidak kita pun tak tau. Nanti kita tanya dia eh. Ehhh .. ada sapa-sapa yang berpengalaman dengan Bedak Batu ni macam ktia tak?

Bahagia dan Kenapa ..

I have a very very long list of entries to be done. Banyak. Sangat banyak. Best. Sangat best. Best kepada orang-orang yang telah melalui peristiwa dan kejadian tersebut bersama saya dan mungkin tak best buat orang yang tidak melaluinya dan tidak ada kena mengena.

Selain dari best .. "Bahagia". Penutup 2011 dan pembukaan 2012 yang sangat 'happening' buat kami semua. Spending quality times with kesayangan i.e. adik beradik, kawan-kawan dan famili. Bertemankan ubat nyamuk dan tikar buruk .. mandi-manda di air sungai yang bersih, suci dan dingin tanpa klorin .. minum petang sambil bergurau senda bersama kesayangan di Rumah Banglo Kembar Dua .. dan menemani kesayangan membeli belah diakhiri dengan minum kopi  bersama ~ Segalanya saya lalui dalam 3, 4 hari ini. Penat tapi Bahagia dan Gembira. "BAHAGIA DAN GEMBIRA". Itu yang paling penting, kan.

Dan hari ini bertambah-tambah bahagianya bila menerima bungkusan dari Mak Encik Ladyzul yang jauh dari Utara datangnya. Ingatkan sebungkus dua rupanya kotaknya dua. Alahaiiii .. mekasih banyak ye D. Macam tau je yang KC peminat kopi.

Walau terselit sedikit persoalan "Kenapa" dibalik gembira dan bahagia yang ada .. nampaknya perkara itu tidak penting dan tak perlu difikirkan lagi. Biarkan mereka dengan "rasa" yang entah apa-apa.  Kita mungkin tak boleh merubah manusia tapi kita boleh mengajar diri kita menerima kekurangan mereka. Just teach ourselves to accept them the way they are since we cannot change them. Buat apa nak pening-pening. After all .. tiap ciptaan Tuhan itu indah dan ada kelebihannya, kan. 

Majlis Bertandang Liana

Entry best lagi. Cerita pasal orang kahwin, mesti la best, kan. Dari kecik, jemputan kenduri kawin memang antara yang di look forward untuk pergi.  Adik beradik kita ramai so kadang-kadang hanya mama dan abah je yang pergi kenduri. Kitorang duk  rumah tunggu Mama dan abah balik dengan excitednya pastu berebut Telur kenduri. Walaupun telur rebus tu rasanya biasa jer and nothing special tapi telur dari rumah kenduri macam best je, kan. Tah apa-apa entah perangai kitorang. Tihihihihi.

Eh .. melalut. Biasa la Ella. One of my friend once commented that Ella pandai mengembangkan cerita. Tak jemu borak dengan dia. Kawan kita katalah .. bukan kita.  Kalau kita yang kata .. Itu tandanya Kita ni perasan!!. Kahkahkah.

OK .. OK .. Back to isi sebenar Entry ini. Empat hari selepas Kenduri di BJ, myself and family dijemput Kak Nani ke Majlis Bertandang Liana di sebelah lelaki. Nak tau dimana dan bila? Baca lagi ye ....

Sampai jer .. terus cari Liana yang lawa di Bilik Gombak. Terpegun sekejap sebab Liana lawa sangat malam tu. Macam Tuan Puteri.

Pastu tengok muka sendiri kat Ladies .. "Woooo .. sememehnya muka aku". Mana taknya .. pukul 5:20 baru keluar dari ofis .. "rush" ke BSD sebab Kak Nani mintak tolong ambek baju Alisya dan Pengapit yang baru siap kat Tukang Baju .. pastu kita "rush" sana sini utk 2 urusan lagi. Pukul 7 baru sampai rumah .. Siap itu .. siap ini .. before 7:30 keluar rumah. I promised Kak Nani and Liana that i will be at the place before 8 and i managed. Yuhuuuuuuuu .. hepi. Itu tandanya aku boleh diharap, kan? HIhihi.  Well .. dalam apa pun yang kita buat, "Time Management" is very important. Kalau kita pandai uruskan masa yang diberikan pada kita, "everything should be ok".  Lagipun in my life, aku dah biasa menguruskan diri sendiri dan orang lain termasuk la VVIP bergelar Tan Sri, Dato' dan lain-lain lagi. Practise, experience and challenges in life  makes us a better person, kan.

Lokasi dan tarikh dan subjek utama kejadian.

Mempelai melangkah dengan debaran diiringi Bacaan Selawat beramai-ramai. Kita siap babai .. babai Khairi dan Liana lagi tau. Sungguh tak sopan buat perangai macam Kanak-kanak Ribena riang ria tak kira di mana sahaja. Hihi.

Hahaha .. Akauntan EON dan Head of Unit kat UiTM ni pun ada. Elehhh .. memang bestfriend pun. Dimana ada Ella .. disitu ada Yanti dan Zana. Moga kekal berkawan kita selamanya ye.

Kanda Yon kesayangan saya pun ada. Dah dua tahun berkawan .. sekali kenal terus rapat. Kitorang sama spesis ~ "Spesis Gila-Gila Bukan Gila". Hihihi .. Wah .. wah .. wah .. Cantiknya Allisya malam ni .. macam Bidadari. Percaya tak kita jatuh cinta pada senyuman Allisya@Yaya ni masa kali pertama jumpa dia? Masa tu kita dijemput ke Birthday Party dia. Tengah borak dengan Mama dia tetiba dia datang. Senyum-senyum .. comel jer dia masa tu. Ciri-ciri seorang model - Sentiasa bersedia dan senyum depan kamera ada dalam Allisya ni. Auntie Ella harap satu hari nanti, Allisya akan jadi Bintang yang bersinar. You are talented, my dear.

Kahkahkah .. Tunggang terbalik gambar. Ni masa tunggu Kak Nani and the Geng sampai. Bila tengok gambar ni .. dah besar panjang anakku ini. Ni la budak kuat nangis masa baby dulu .. Ni la budak yang masa dalam perut lagi memang sukakan 'attention' Mama dia .. Ni la budak yang buat aku tak lena malam sebab suka menangis tak menentu .. ni la budak "Hyperactive" masa kecik dulu sampai aku takut nak bawak dia pegi mana selagi tak besar. Sekarang dia dah besar .. dia la peneman aku ke mana sahaja.  Ehhh ..  melalut lagi ..  terbabas pulak dari topik asal Entry. Hihi.

Compare to Hanis, Liana sebenarnya susah nak senyum tapi malam ni .. Dia serius manis dan lawa.

Kan ai dah kata dia lawa. Tapi kan bukan Pengantin je .. Mak pengantin pun tak kalah lawa derrrr .. 

Satu meja berempat. Ehhh .. 10. Satu meja berempat tu makan kat Meja Lipat. Hihihi

Acara penutup Majlis iaitu Potong kek.  Tapi sekarang ni dah macam-macam orang buat, kan.  Ada yang buat Joget Lambak .. ada yang joget Poco-Poco sesama famili ...  Whatever it is .. yang penting tujuan dan niat nya ialah untuk merapatkan lagi ikatan sesama sendiri dan memeriahkan lagi Majlis. Ehhh .. Jom kita joget Poco-poco masa Kenduri Hanis. Waaaaaaa .. Bila la agaknya turn Hanis ye? 

Biasa le .. sebelum balik mesti nak berfotoan together-gether dulu. Lawa kan kitorang sume pakai kaler kelabu @ silver? 

Walau dah banyak "fotoing together" ... masih tak pernah jemu bergambar dengan Hanis yang manis. Sian dia penat sebab baru balik dari travel banyak tempat untuk urusan kerja. Nak tau dia buat apa? Ehhh .. mana boleh bagitau .. Kena la tunggu dia cerita sendiri. Hahaha .. Saja jer nak bikin peminat Hanis suspen. 

Dr. Rozzana kata .. Biar Student Fakulti Sains Kesihatan jelesss tengok ai dengan Hanis. Tihihihi ..

Bakal Lelaki Melayu Terakhir tahun 2020 nanti. Knowing their family personally, anak-anak teruna Kak Nani ni baik budi bahasa.  Hormat orang tua tapi mungkin boleh disalahertikan kerana ada antara mereka yang terlalu diam and too shy.  Never mind .. changes will be with them as times goes by.  Aku masa kecik dulu pun pendiam dan pemalu.  Pastu "level of confident" memang tersangatlah rendah. Bila dah kerja sana sini .. exposed pada itu dan ini .. hambek kau  .. mulut tak reti nak diam. Hihihi. 



Nak .. nak .. nak .. di Tahun 2012

Nak jadi lebih rajin.  Nak lebih tenang dan bahagia. Nak kukuhkan jati diri. Nak jadi kawan, ibu, anak, isteri, adik, kakak yang lebih baik dari tahun-tahun yang lalu. Nak lebih sihat, lebih bertenaga, lebih bercahaya, nak lebihkan senyuman, nak lebih ceria .. Nak lebih positif dan berkualiti.   Wahhhh .... wahhh .. wahhh .. Banyaknya Nak ye? Eleh .. itu biasa untuk manusia bernafsu macam kita-kita ni. Hihihi.  Oklah .. Dalam ayat mudahnya .. mahu perbaiki diri ~ Impian dan harapan kita tahun 2012 ini.

Kalau semalam kita selalu "Negatif .. Hari ini kita bertukar ke "Positif".  Kalau semalam kita malas, hari ini kita Rajin. Makanya bangun tidur terus melangkah tanpa lengah dan malas.  Jenguk peti ais dan mula merancang isi perut famili hari ini. Memasang tekad ~ Semua juadah harus dimasak sendiri. 

Sup tulang + daging .. Sayur Cendawan Goreng, Ikan Cencaru Goreng Sumbat, Limau Ais hasil tangan Aiman dan Apam Gula Hangus pemberian jiran sebelah ku Cik Yam dan Cili Api Kicap ~ Juadah famili hari ini.

Sup Tulang ni kita masak sendiri

Kali pertama menyumbat dan mengoreng Ikan Jaket (Cencaru lerrr ..). Sib baik jadi dan dipuji rasanya oleh famili. Waahhhhh .. Bermula dengan cemerlang aku hari ini*sambil senyum lebar sampai hujung telinga* Tihihihihi. 

Lepas makan, kita kerjakan sebesen Limau Kasturi yang dipetik dari pokok sendiri. Ya Rabbiii .. berjam baru siap u. Demi utk mendidik diri menjadi positif .. kita gagahkan diri agar siap walaupun bak kata Aiman sampai pedih-pedih jari. Hihi.

A very tiring day for me but still .. memberikan kepuasan yang tersendiri. Masak, bersenam, mengemas, membeli belah, menziarah .. semua yang dirancang menjadi. Alhamdulillah .. Moga impian untuk "Bermula Dan Menjadikan 2012 Ini Cemerlang" dimakbulNya. Amin.

BTW, malamnya hati sedikit tersentuh gara-gara Entry ini. TQ .. TQ .. TQ .. TQVM. Permulaan yang baik untuk tahun 2012 ini, kan.