Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Majlis Bertandang Liana

Entry best lagi. Cerita pasal orang kahwin, mesti la best, kan. Dari kecik, jemputan kenduri kawin memang antara yang di look forward untuk pergi.  Adik beradik kita ramai so kadang-kadang hanya mama dan abah je yang pergi kenduri. Kitorang duk  rumah tunggu Mama dan abah balik dengan excitednya pastu berebut Telur kenduri. Walaupun telur rebus tu rasanya biasa jer and nothing special tapi telur dari rumah kenduri macam best je, kan. Tah apa-apa entah perangai kitorang. Tihihihihi.

Eh .. melalut. Biasa la Ella. One of my friend once commented that Ella pandai mengembangkan cerita. Tak jemu borak dengan dia. Kawan kita katalah .. bukan kita.  Kalau kita yang kata .. Itu tandanya Kita ni perasan!!. Kahkahkah.

OK .. OK .. Back to isi sebenar Entry ini. Empat hari selepas Kenduri di BJ, myself and family dijemput Kak Nani ke Majlis Bertandang Liana di sebelah lelaki. Nak tau dimana dan bila? Baca lagi ye ....

Sampai jer .. terus cari Liana yang lawa di Bilik Gombak. Terpegun sekejap sebab Liana lawa sangat malam tu. Macam Tuan Puteri.

Pastu tengok muka sendiri kat Ladies .. "Woooo .. sememehnya muka aku". Mana taknya .. pukul 5:20 baru keluar dari ofis .. "rush" ke BSD sebab Kak Nani mintak tolong ambek baju Alisya dan Pengapit yang baru siap kat Tukang Baju .. pastu kita "rush" sana sini utk 2 urusan lagi. Pukul 7 baru sampai rumah .. Siap itu .. siap ini .. before 7:30 keluar rumah. I promised Kak Nani and Liana that i will be at the place before 8 and i managed. Yuhuuuuuuuu .. hepi. Itu tandanya aku boleh diharap, kan? HIhihi.  Well .. dalam apa pun yang kita buat, "Time Management" is very important. Kalau kita pandai uruskan masa yang diberikan pada kita, "everything should be ok".  Lagipun in my life, aku dah biasa menguruskan diri sendiri dan orang lain termasuk la VVIP bergelar Tan Sri, Dato' dan lain-lain lagi. Practise, experience and challenges in life  makes us a better person, kan.

Lokasi dan tarikh dan subjek utama kejadian.

Mempelai melangkah dengan debaran diiringi Bacaan Selawat beramai-ramai. Kita siap babai .. babai Khairi dan Liana lagi tau. Sungguh tak sopan buat perangai macam Kanak-kanak Ribena riang ria tak kira di mana sahaja. Hihi.

Hahaha .. Akauntan EON dan Head of Unit kat UiTM ni pun ada. Elehhh .. memang bestfriend pun. Dimana ada Ella .. disitu ada Yanti dan Zana. Moga kekal berkawan kita selamanya ye.

Kanda Yon kesayangan saya pun ada. Dah dua tahun berkawan .. sekali kenal terus rapat. Kitorang sama spesis ~ "Spesis Gila-Gila Bukan Gila". Hihihi .. Wah .. wah .. wah .. Cantiknya Allisya malam ni .. macam Bidadari. Percaya tak kita jatuh cinta pada senyuman Allisya@Yaya ni masa kali pertama jumpa dia? Masa tu kita dijemput ke Birthday Party dia. Tengah borak dengan Mama dia tetiba dia datang. Senyum-senyum .. comel jer dia masa tu. Ciri-ciri seorang model - Sentiasa bersedia dan senyum depan kamera ada dalam Allisya ni. Auntie Ella harap satu hari nanti, Allisya akan jadi Bintang yang bersinar. You are talented, my dear.

Kahkahkah .. Tunggang terbalik gambar. Ni masa tunggu Kak Nani and the Geng sampai. Bila tengok gambar ni .. dah besar panjang anakku ini. Ni la budak kuat nangis masa baby dulu .. Ni la budak yang masa dalam perut lagi memang sukakan 'attention' Mama dia .. Ni la budak yang buat aku tak lena malam sebab suka menangis tak menentu .. ni la budak "Hyperactive" masa kecik dulu sampai aku takut nak bawak dia pegi mana selagi tak besar. Sekarang dia dah besar .. dia la peneman aku ke mana sahaja.  Ehhh ..  melalut lagi ..  terbabas pulak dari topik asal Entry. Hihi.

Compare to Hanis, Liana sebenarnya susah nak senyum tapi malam ni .. Dia serius manis dan lawa.

Kan ai dah kata dia lawa. Tapi kan bukan Pengantin je .. Mak pengantin pun tak kalah lawa derrrr .. 

Satu meja berempat. Ehhh .. 10. Satu meja berempat tu makan kat Meja Lipat. Hihihi

Acara penutup Majlis iaitu Potong kek.  Tapi sekarang ni dah macam-macam orang buat, kan.  Ada yang buat Joget Lambak .. ada yang joget Poco-Poco sesama famili ...  Whatever it is .. yang penting tujuan dan niat nya ialah untuk merapatkan lagi ikatan sesama sendiri dan memeriahkan lagi Majlis. Ehhh .. Jom kita joget Poco-poco masa Kenduri Hanis. Waaaaaaa .. Bila la agaknya turn Hanis ye? 

Biasa le .. sebelum balik mesti nak berfotoan together-gether dulu. Lawa kan kitorang sume pakai kaler kelabu @ silver? 

Walau dah banyak "fotoing together" ... masih tak pernah jemu bergambar dengan Hanis yang manis. Sian dia penat sebab baru balik dari travel banyak tempat untuk urusan kerja. Nak tau dia buat apa? Ehhh .. mana boleh bagitau .. Kena la tunggu dia cerita sendiri. Hahaha .. Saja jer nak bikin peminat Hanis suspen. 

Dr. Rozzana kata .. Biar Student Fakulti Sains Kesihatan jelesss tengok ai dengan Hanis. Tihihihi ..

Bakal Lelaki Melayu Terakhir tahun 2020 nanti. Knowing their family personally, anak-anak teruna Kak Nani ni baik budi bahasa.  Hormat orang tua tapi mungkin boleh disalahertikan kerana ada antara mereka yang terlalu diam and too shy.  Never mind .. changes will be with them as times goes by.  Aku masa kecik dulu pun pendiam dan pemalu.  Pastu "level of confident" memang tersangatlah rendah. Bila dah kerja sana sini .. exposed pada itu dan ini .. hambek kau  .. mulut tak reti nak diam. Hihihi. 



20 comments:

Rina Rahamat said...

kita suka tgk kak cik sbb kak cik ni aktif..


liana ni anak kak nani rupanya :)

Hudalatip said...

cantik kan liana..mesti kak nani dah tarik nafas lega, settle sudah majlis..

Unknown said...

comelnya pengantin.. :)

Dr K said...

Pasangan pengantin yang bagai pinang dibelah dua....:)

~dulu2 masa kecik2 pun saya suka berebut telur kenduri kawin! haha

My Little Diary said...

huhuuuu pengantin cantik... tetamu pun cantik2...
:)

Kakcik Seroja said...

Kakcik suka sangat warna '[erak' tu. Dah lama mengidam nak pakai sedondon sekeluarga, tapi tak tercapai lagi.

Semoga rumahtangga Liana dan Khairi berpanjangan bahagia dan sefahaman hingga ke hujung usia mereka. Amin.

noor said...

lawa liana ...mak dia awet muda la

ayeesha anna said...

encem si aiman anak bujang kak ella. BTW mak aiman lagi cuns hehe

faraherda.razalan said...

Wow! Meriahnya! Suka warna tema. Suci.

Happy Newlyweds utk mereka!

munna said...

cantik pengantin... anak sulunG kakak cantik ke KC....

Cik Ina Do Do Cheng said...

anak lelaki nani rostam encem, muka lebih kurang ngan aiman gak. amboi mesti ada anak dara yang duk kerling. anak dara nani , hanis ngan baru kahwin ni pun cantik ikut mak dia yang cantik : )

akuzle ayu said...

errrkkk...asyik2 baca tetiba abeh? mcm kiter pon berada kt kenduri tuh KCE weh....ahaahhah

Hanis Azla said...

sukanya tgk gambar org cantik2 kat sini.. terasa kemeriahannya..

K.zai said...

cantik Liana jd raja sehari..perawakan muka manis..

Anonymous said...

wah team silver, cantik

Melati Qistyna's Mummy said...

Mak pengantin tu mcm kakak pengantin je... Hehehe


Sama theme ngan Adik ipo abby ritu la... Silver... :) cantik

madammondoq said...

kelab shah alam selangor??? i dah blacklist tempat ni.. haha..

safurara said...

heeee canteknya pengantin.k.ella pon cantek.heee

Ardini Humaira said...

cantiknye kekna! :) tahniah buat beliau

Mak Wardah said...

KC lak mcm pengapit...Liyana Gorgous sangat...