Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Nak .. nak .. nak .. di Tahun 2012

Nak jadi lebih rajin.  Nak lebih tenang dan bahagia. Nak kukuhkan jati diri. Nak jadi kawan, ibu, anak, isteri, adik, kakak yang lebih baik dari tahun-tahun yang lalu. Nak lebih sihat, lebih bertenaga, lebih bercahaya, nak lebihkan senyuman, nak lebih ceria .. Nak lebih positif dan berkualiti.   Wahhhh .... wahhh .. wahhh .. Banyaknya Nak ye? Eleh .. itu biasa untuk manusia bernafsu macam kita-kita ni. Hihihi.  Oklah .. Dalam ayat mudahnya .. mahu perbaiki diri ~ Impian dan harapan kita tahun 2012 ini.

Kalau semalam kita selalu "Negatif .. Hari ini kita bertukar ke "Positif".  Kalau semalam kita malas, hari ini kita Rajin. Makanya bangun tidur terus melangkah tanpa lengah dan malas.  Jenguk peti ais dan mula merancang isi perut famili hari ini. Memasang tekad ~ Semua juadah harus dimasak sendiri. 

Sup tulang + daging .. Sayur Cendawan Goreng, Ikan Cencaru Goreng Sumbat, Limau Ais hasil tangan Aiman dan Apam Gula Hangus pemberian jiran sebelah ku Cik Yam dan Cili Api Kicap ~ Juadah famili hari ini.

Sup Tulang ni kita masak sendiri

Kali pertama menyumbat dan mengoreng Ikan Jaket (Cencaru lerrr ..). Sib baik jadi dan dipuji rasanya oleh famili. Waahhhhh .. Bermula dengan cemerlang aku hari ini*sambil senyum lebar sampai hujung telinga* Tihihihihi. 

Lepas makan, kita kerjakan sebesen Limau Kasturi yang dipetik dari pokok sendiri. Ya Rabbiii .. berjam baru siap u. Demi utk mendidik diri menjadi positif .. kita gagahkan diri agar siap walaupun bak kata Aiman sampai pedih-pedih jari. Hihi.

A very tiring day for me but still .. memberikan kepuasan yang tersendiri. Masak, bersenam, mengemas, membeli belah, menziarah .. semua yang dirancang menjadi. Alhamdulillah .. Moga impian untuk "Bermula Dan Menjadikan 2012 Ini Cemerlang" dimakbulNya. Amin.

BTW, malamnya hati sedikit tersentuh gara-gara Entry ini. TQ .. TQ .. TQ .. TQVM. Permulaan yang baik untuk tahun 2012 ini, kan.





19 comments:

fikiransaya said...

positif atau negatif sama sama ade guna

Yaya Azura said...

semoga apa yg kc nak nak nak tu menjadi kenyataan...aminn.....

Anonymous said...

meriahnya menu kc, pokok limau tanam sendiri? bestnya

Hudalatip said...

Happy New Year KC..all the best ya..nampak menyelerakan betul segala lauk2 tu..

Kakcik Seroja said...

Hari ini bercuti ke mana Ella? :)

Unknown said...

SALAM,
LF juga nak ... nak rasa yg dalam gambar tu !

Melati Qistyna's Mummy said...

Cuti lagi la ni ye...hehehe

Tie HT said...

salam singgah,

cantiknya hiasan hidangan selera nak makan :)

MasZuber said...

banyak juga limau kasturi tue kak, berapa batang pokok ada?

MasZuber said...

selamat tahun baru! :-)

shark said...

sup tulang tu nampak sedap la kak cik..nak resipi :)

Azian Elias said...

Keep it up dear..

semoga hari2 mendatang kita menjadi manusia yang sentiasa positive..


Selamat Tahun Baru.

My Little Diary said...

sedapnya ikan sumbat tu....
kalau makan kat kedai, mesti cari ikan sumbat tu dulu

nak buat sendiri, tak pandai..heehehe

SaKiNaH (*_*) said...

peerrrgghhh...memang terbaek nie..lapar2..!

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

cayalah kc...D pun sama juga berazam nak jadi lebih baik dari tahun2 yg sebelumnya...

kc kopi dah kurier...nantikan kemunculannya ye....selamat berInspirasi & berAroma ye...

Lydia Miza said...

positif..adik curi sikit sifat positif tu sis..adik rasa lemau je ni

Chekgu Azrine said...

sedap je nampak sup daging tuh.. hehehe

Cik Ina Do Do Cheng said...

kak chik sedapnya sup tulang tu, terliur cik ina, limau kasturi perah dalam sambal belacan sodap, makan ngan kulitnya sekali.sedap

akuzle ayu said...

asam limau tuh bikin aper, kce?