Tuesday, December 27, 2011

Kenduri Kawin Liana

24/12/2011 ~ Hari yang dinanti oleh Kak Nani dan famili. Sebagai kawan rapat Kak Nani, saya tau betapa dia ingin buat yang terbaik buat Puteri Sulungnya. Saya jugak tau suka duka yang dilalui  Kak Nani  demi menjayakan Majlis ini.

Sebaik je Liana bertunang bulan April haritu, Kak Nani dah mula merancang Majlis Perkahwinan nya.  Bermula dari Kad Kawin yang kami beli di Bandung dan terpaksa ditukar sebab Liana tak suka dengan pilihan pertama, maka kami dengan rela meredah traffik jem Kota Bandung untuk ke Jalan Astana Anyar bagi mendapatkan pilihan kedua. Berbaloi. Sangat berbaloi sebab pilihan kedua lebih baik dan cantik dari yang pertama. Tukang Inai yang saya rekomen berbulan-bulan sebelum kenduri entah macam mana membatalkan niatnya sebulan dua sebelum majlis. Baju kawin dari Butik pengantin yang saya rekomen dari bulan 5 lagi 2 minggu sebelum majlis baru siap .. baru nak 'fitting'. Itu baru sikit .. macam-macam lagi. Nak tau apa? Kita tunggu Entry Kak Nani ye.

Pilihan Katering Kak Nani memang terbaik. Nasi ... nasi apa eh? Lupa nak tanya so apa-apa je lah .. yang  penting nasi ni sedap, berasnya panjang dan cantik. Lauk Ikan Keli, Ayam Golek, Sambal Sotong, Kurma Daging dan Pajeri Nenas. Kita curik gambar dari pinggan kawan kita Kak CT sebab makanan dalam pinggan dia lebih menggoda dari pinggan kita. Auwww .. Kelassss kau kak bab-bab makan ni. Hihihi.

Tukang panggang Kambing Golek paling hensem saya pernah jumpa. Tihihihi*Jgn marah Kak Zana*


Owhhh .. walau perut penuh, tak rela "Say No" to "Roasted Lamb" yang lembut dan "juicy" ini.  Satu pinggan kita sama-sama kongsi*tapi saya makan lebih* Hihi. Serius sedap korang ..

 Rojak Pasembor, Sate, Bubur Pulut Hitam, Air Sirap dan Teh Tarik. Hurmmmm .. marvellous!!

Carrot cake, Talam Cendol, Talam Suji, Pulut Seri Muka, Kek lapis, Kueh Lapis, Kueh Talam Ubi, Bingka Ubi, Cream Puff berinti durian, Jem Tart, Mashmallow dan Buah-buahan bersalut coklat. Macam Buffet kat hotel, kan. Kak Nani bab-bab makanan memang kelasssss .. tak berkira dia dengan tetamu semua. 


Yeahhhh .. mereka-mereka yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Aku kalau ambek gambar dengan diaorang berdua, memang terasa macam berdiri sebelah KLCC. Tihihihihi.

* Sian muka kita selebet sebab kita buru-buru. Pukul 11 gerak dari ofis sampai rumah pkl 12 and i have only 15 minutes to get ready. Haaaa .. ambek kau ~ muka tak sempat nak siap. Hihihi.

Pengantin lelaki dah tiba .. Flower Girl tinggal seorang sebab Demok buat hal.

Liana yang lawa 

Hanis yang manis mengiringi Liana yang lawa 

Sweet smile. Aiman kata inilah harinya Kekna paling banyak senyum."Bahagia"



OK. Cukup. Nanti kita sambung lagi di Bahagian ke 2 dan seterusnya ye. Meanwhile, boleh juga layan gambar dan cerita di blog kawan-kawan kita Kanda YonKak Zana dan Ztee.

20 comments:

My Little Diary said...

meriahnya makanan...nmpk sgt sedap...

:)

Isteri Encek Bard said...

aduhai kakcik makanan dia memang pembuka selera sangat

Tina Othman said...

meriahnya menu dia, murah rezeki kak nani lepas ni sebab tak berkira bab makan =)

pinky said...

thanks KC...dpt jgk tgk...huhuhu

ariana said...

jarang ada rojak pasembor n roasted lamb lagi dan macam2 menu lagi kat kenduri kawin..:)sedapnya..

Citarasa Rinduan said...

lama ayu tunggu entry nie..
hehehe

kakcik, ttp cunlah.. jangan risau...
vogue..

kak.. cantiknya liana.. suka tgk gambar dia

bab makanan tu.mmg terbaik, frist time tgk majlis kawin yang ada byk kuih muih y rasanya pasti nyammi

Cik Sibuk said...

Bestnya kenduri kawin makan camni..lebe kurang macam makanan time open house raya..

Slalu kenduri kawin boring sebab balik2 makan nasi minyak lauk ayam masak merah. heheee

kakcik said...

Pastinya satu majlis yang sangat meriah, kan? :)

Semoga pasangan pengantin bersefahaman dan berbahagia hingga ke hujung nyawa.

oshin-jamel said...

sedapppnye makanan die kak chik....semuanye sy ske..hehe

mr.curly said...

fuhh..selera betuiii..bab kambing tu yg xmenahan..yum yum

Cik Ina Do Do Cheng said...

cantik make up liana. cik ina suka tukang make up yang tak kedekut cam tu, semua menyerlah , lipstic ngan blusher kena sangat : ). lauk pauk pun sedap, nani pemurah jamu tetamu., patut dicontohi.

nyanyisunyi said...

cantiknya pengantin perempuan..mudah2an kekal hingga akhir hayat..

tenguk makanan yg best..

Aida Azryn said...

rojak pasembor tu yang paling tak tahan tu. >.<

Melati Qistyna's Mummy said...

X sabo nak tunggu gambo yg meriah2.... Byknyeeeee makanannnnn :)

Queenie said...

cili padi pedas berapi,
kain sarung dibuat basahan;
ikan keli tolak ketepi;
sambal sotong tuh yg takleh tahan...

bab kuih muih pun rasa takleh tahan jugak...naperlah jemput akak sekali huhu..buleh tumpang makan heheh

Anonymous said...

tqqqq sgt akak for d liana wedding entry... relli want to know bout her wedding mmandangkn akak chantek dah malas or bz thap ape ntah nk berupdate skunk nie. rellllli enjoys pics especialli da foods.hurm yummmmy.wish i was there..hu2
can i comment bout u? muka akak nmpak dua kli ganda besar n bulat drpda ur actual face size.sriousli ur hair style sucks n make u look ugly in da pic.tq fr dis entry ;)))

msredcheesecake said...

Sedapnya makanan.... Lapar...hhee

Woofer Storm said...

kak,bila hanis nak pinang sy ni..hehee

#lapar je tngok makanan tu,.hheee

Anonymous said...

kenapa xupdate lg blog neh.. brape kli da check... pmalasss

kakyon said...

akk tak sempat nak makan kuih muih..dah kenyang sangat. nasi minyak memang terbaik, yg akk pernah jumpa.