Aiman ~ 5 Hari selepas pembedahan

Saturday, June 30, 2012

Ramai yang dah tau tentang kemalangan yang menimpa Aiman pada 25hb Jun 2012. Terima Kasih banyak-banyak pada Ben, Kakcik Seroja, Kak Azian, Shilla Firdaus, Za Reesya dan kawan-kawan lain yang tolong sebarkan info tentang Aiman. Kalau nak harapkan kita sendiri menyebarkannya ... mana mungkin .. Dalam keadaan hati cemas .. tak terjangkau dek akal fikiran akan perkara-perkara seperti itu. Bertalu-talu deringan telefon, SMS, Ada yang berjawab .. ada yang tidak. Tapi seboleh-bolehnya saya jawab semua. Kalau ada yang tidak terjawab, Maafkan saya ..

Katil 2, Wad 7B Hospital Sungai Buloh. Bersyukur sangat-sangat Aiman dibawa ke sini. Dari mula dia sampai Hospital dibawa Cikgunya sampailah ke hari ini, layanan yang diterima sangat-sangat baik. Alhamdulillah .. Rezeki Aiman dipertemukan dengan orang yang baik-baik. Alhamdulillah.

Buat Cikgu Razali, kesungguhan Cikgu menjaga Aiman dari mula dijumpai selepas kemalangan, dibawa ke Klinik, dan kemudian ke Hospital oleh Cikgu, sangat-sangat kami hargai. Hanya Allah SWT yang mampu membalas jasa baik Cikgu pada kami.

Aiman ~ 5 hari selepas pembedahan mengeluarkan darah beku di kepalanya. Dah boleh jalan perlahan-lahan keliling Wad .. dah mula berselera makan .. dah mula baca komik dan SMS kawan-kawan. Menurut Doktor, agak banyak juga pendarahan di kepala dia. Mujur Doktor dan pasukan cepat bertindak dan Aiman yang kuat semangat .. tersenyum walau masih sakit. Alhamdulillah. Allah SWT bagi kita kekuatan melalui saat-saat getir ini.

Nanti kita akan bercerita panjang lebar tentang kejadian. Terima Kasih banyak-banyak atas Doa kawan-kawan semua. Kawan FB, Kawan Blogger, kawan masa sekolah, kawan pejabat, jiran-jiran Taman lama, jiran-jiran sekarang, Saudara Mara yang datang dari jauh dan dekat .. Terima Kasih banyak-banyak. Hanya Allah SWT yang mampu membalas jasa baik kawan-kawan semua.

Buat kawan-kawan yang datang seperti Ben, Kakcik, Kak Azian, Kak Yon, Eja, Zah dan famili yang datang dari Kedah, As, Noor, Yanti, Kak Zana, Ismayanti, jiran-jiran, kawan-kawan sekolah Aiman, kawan-kawan sepejabat, saudara mara yang datang dari jauh dan dekat Terima Kasih. Buat yang tak dapat datang, walau jauh .. Doa dan sokongan kalian kami boleh rasa ..Terima kasih banyak-banyak.

Buat adik beradik saya dan Mama yang sama-sama mengiring Aiman ke Dewan Bedah ... TQVM. Alhamdulillah. I cant do this alone .. without my family support .. Abg Pai, Kak Yang, Aishah dan Benno, Angah dan Kak Ngah, Boi, Alop dan Famili, Mama Zabedah dari Segamat.. Tak tergambar perasaan hati saat menurunkan tandatangan setuju agar Aiman dibedah. Surau-surau yang buat Solat Hajat dan bacaan Yassin .. kawan-kawan di LSI, Zah di Kedah, Mak Angkat Aiman dan kawan-kawan lain yang turut sama menangis bersama saya ... Terima Kasih. I'm praying for more and more good news for Aiman sebab Doktor belum buat keputusan tentang 'Abnormal Vein Found' .. Dah buat Cerebal Angiogram hari Rabu. Buat masa sekarang ni yang mampu dibuat adalah Berdoa. Doa sebanyak mungkin .. Zikir sebanyak yang boleh. Allah SWT sayang kita, kan.

Bismillahi rohmannir rahim.
Ya Allah Ya Tuhan Kami.
Kurniakan kami rahmat dari sisimu. Berilah petunjuk dalam urusan kami. Mudahkan urusan bagi Aiman Yusuf Bin Abu Yazid. Permudahkanlah, jangan disulitkan, kerana Engkau yang Maha Memudahkan, Segala yang susah adalah mudah bagimu. Amin.





You Might Also Like

40 comments

Follow by Email

Like My Facebook

put your fb fan page like here