Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Dari Ho Chi Minh City ke KLIA

Hari ni kita balik. Hmmmm .. sokmo 3H/2M je la .. mana boleh apply cuti lama-lama so ok la .. janji lepas hajat mama mahu borong baju kurung. Flight kita pukul 7:35 malam. Means pukul 4:35 kita kena check out dan seperti biasalah, bila check out lambat,  Hotel will charge us half day. Ekceli semalam, Fazil suggest check out awal dan simpan beg kat Restoran dia tapi masalahnya nanti nak mandi dan bersiap kat mana pulak, kan. Tak best la pegi airpot dengan muka tak mandi. Hehe.

So, pagi ni kita ke Benh Tanh Market lagi sekali dan Saigon Square sahaja. By 1 we have to go for lunch. By 3 everyone have to be in the room. By 4:30 sume orang kena turun. By 4:45 should be already in the taxi on the way to the airport ~ Camtu la kita bagi tau diaorang dan Ok. Everyone setuju dan faham.

Kak Tini took this photo. Alalalaa .. suka tau ambek gambar curi. Teringin eh jadi Mama Razzi? Hehehe.

Shopping di Benh Tanh Market pagi-pagi adalah terbaik. Harga yang kita dapat cunnnnnn sangat dibandingkan Trip pertama dulu. *Akak hepi .. akak hepi* Hehe.

Teruja tengok Air Ular dan Kala Jengking ni. Katanya bagus untuk menguatkan sendi. Upssss .. tak pe .. tak pe .. i lebih rela makan vitamin Calsium hari-hari. Hehe.

Haruss tukar wang lagi sebab belum balik udah "Muflis" .. Kali pertama pegi dulu duit berlebih .. kali ni kena 'top up'. Bila berdua segala-galanya kena double .. i overlooked that part. Hehehe. BTW, Tukar duit di Saigon Square lebih murah dari tempat kita. Nape tahhh ...

Kopi Vietnam dah naik harga ye kawan-kawan .. tak dapat dah 40,000 .. sudah 50,000 sekarang. Adik manis ni sibuk nak jual Teh kat but it's ok Miss .. No. TQ. BTW, this girl is so beautiful .. kulit dia cantek sangat-sangat.

Harusss berfotoan ramai-ramai. Sian Mama. Mama tak sehat. Hari yang kami bertolak ke HCMC tu Mama ke Klinik. Doktor kata Mama kena operate batu kat hempedu dia tapi mama kata tak boleh buat sekarang. So Doktor bagi ubat buat bekalan dulu. Tapi Mama kuat semangat, walau tak sehat dia gagahkan juga lagipun memang impian Mama mahu ke sini lagi. Mahu borong banyak-banyak, katanya. Settle di Saigon Square, kami lunch di Vietnam Delights lagi. Kali ni Menunya Special. Nanti kita cerita ye.

Pastu kita balik ke Hoang Gia Huy Hotel berjalan kaki. Dekat je .. tak sampai 10 minit pun. Tengah jalan tetiba hujan turun dengan lebat. Tumpang berteduh di bangunan ni sekejap.

Alalalala .. comeinya Fatnin Hanim. Kat bag tag tulis FatninHann. Muka Korea .. nama Bollywood. Hahaha

Jangan lupa timbang beg. Gambar kelabu habis!!! Gigil kot tangan tu. Hehe.

Ditegur di airport. Haiii .. dan ai termangu-mangu. Blog Reader .. Blog Reader. Oh ye? Haiii. Tq baca blog Misz-Ella ye. Tak da apa-apa pun blog ni .. saja suka-suka Tulis Diari buat kenangan hari tua. BTW, Fadillah, if you read this entry, Hai Again from me. Nice meeting you and i'm happy cos you and your group enjoyed HCMC as much as we do.

Lamanyaaaaa .. menunggu nak chek in Beg-beg gedabak ni. Percaya tak walaupun beli macam-macam tak da sebijik beg pun terlebih 20KG? Lalalalala *hati riang tak risau kena penalti*

 Tengok tuuuu .. ramai, kan. Fadhillah kata grup dia 17 orang .. ada satu grup lagi 46 orang. Meriah pesawat MAS malam ni. Sekarang ni MAS dah strict .. sume "Hand Luggage" kena timbang ye .. setiap seorang "Hand Luggage" tak boleh lebih 7 kg. Macam we ols, 5 orang .. hanya 35kg dibenarkan bawak naik tapi memandangkan beg-beg kitorang tak berat, kitorang bawak naik 2 beg which tak sampai pun 15 kg beg-beg tu. Pastu any extra kg will be charge. 

Sampai duduk bersila. Hehehe.

Saya dan dia.

Saya dan anak saya. Hepi lah cos my son is happy with Ho Chi Minh City. Mana taknya, compare to Mama dia, dia dapat macam-macam ~ Seluar Jeans, Seluar 3/4, T-Shirt, Topi and trust me the product quality is very good. And Cheap too.

Saya dan mereka.

OK .. berakhir sudah menjadi Pengembara 3H/2M di tempat orang dan selamat sudah mendarat di  Tanah Malaysia tercinta pada jam 10:30 malam. Aiman camna? Mama hepi? Kak Tini ok? And i'm very very happy with their answer. Bak kata Kak Tini .. boleh pegi lagi bulan 12 nanti dan bak kata Mama .. nanti kita datang lagi*Aarrrrr .. habisla KC, Hehe*. 

Iyolah Kak Tini .. moh le shopping baju kurung glamer blink .. blink lagi. Berbaloi sangat-sangat beli kat sini. So buat sesiapa yang pegi keja hari-hari pakai baju kurung, kumpul lah duit dan pergilah ke HCMC .. even kalau beli Kain Cotton dan tempah disana pun masih jimat dan berbaloi compare beli kain dan jahit di tempat kita.Tu belum Jubah glamer yang 2 pasang Mama beli. Cunn sangat Mama kita pakai tau. Hehe. OK. Dah habis cerita tentang kita. I might write another entry on Tips Membeli Belah di HCMC ... berapa harga maksimum yang you should pay for the items you pick and choose. Tapi nanti-nanti dulu la ye. Terima Kasih banyak-banyak pada Teacher Cantek @ Kak Tini atas semua Foto-Foto. Disebabkan foto dalam Kamera saya tersangatlah tak lawa, 90% Foto dalam Entry Trip kali ni adalah dari handphone dia yang dihantar melalui Bluetooth sahaja. Tq Kak sebab bermurah hati dan sudi berkongsi dengan saya dan Blog Reader saya. OK lah. Dah habis dah cerita. Got to go lah. Esok-esok kita cerita lagi ye. 

12 comments:

kakcik said...

Mujur tak rebeh bahu bawa beg yang banyak tu... hehehe...

Ati Masrif said...

amboii...beranak pinak
beg yg dibw dari malaysia :)

Kak rose said...

waa..ella jln2 shopping lagi. chomelnya ella..

ummiakid-lily said...

ala KC..jalan² lagik ehhh...kalau tau nak kirim fridge magnet..huwaaaa....

Chekgu Azrine said...

sepantas kilat je erk shopink kat vietnam..wajib gi nih..hahaha

Citarasa Rinduan said...

kakcik........
walah!!!!
bestnya, paling best shopping dan kakcik syer ttg penukaran RM ke wang sana, lepas nie kena beringat...

akuzle ayu said...

ambuih, KCE g luar negara mcm g cameron ajer...muka x mandi pagi ker tuh? ehehehhe...

CT said...

wow! Cantiknya KC...banyaknya shopping...hukhukhuk

Alinaclover Premium Beautiful said...

wah p sana lg ? best nyaa

Tina Othman said...

bestnya kc

tiefazatie said...

wwaaahh..best tue kan KC..byk shopping?

el said...

byk ke sopin kc
nak tgk lah apa yg disopinkan tu